demam doyan crepe

Assalamualaikum

sudah lama benar syieda tidak mengupdate blog. ini berikutan kelajuan kelembapan internet di rumah makin menjadi-jadi. kesabaran yang ada pun makin lama makin menipis. :( sebelum apa-apa terjadi, adalah ada baiknya syieda terus tidak online. :)

setelah hampir berminggu-minggu meng'google' durian crepe. semalam dapat juga merasa durian crepe! tergoda. memang terus syieda masuk dalam perut dua ketul. nak makan banyak, orang ramai. nampak sangat syieda ni tamak. terpaksa makan dengan sopan. hehe


apabila perut dapat dimanjai dengan durian crepe. hati terasa senang sangat! :p hikhik 

insyaAllah, mulai Ahad ini syieda akan berada di kampung selama 2minggu. yeay!! balik kampung! agak-agaknya dapat lah buat durian crepe sendiri. hihihi

dan berkemungkinan syieda akan jarang online :(. kepada yang sudi melawat blog ini. tinggalkan jejak langkah kalian. syieda akan cuba membalas semua. :)


pic kredit to : kak Intan

yang benar

12 Lagu ke Juara Lagu !

Assalamualaikum



sebelum terlambat. syieda nak update berkenaan Separuh Akhir Muzik-Muzik 27. Antara lagu-lagu yang layak ke pentas Juara Lagu adalah :


1. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Lirik : Azlan


2. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Lirik : Tun Teja


3. Anak Kampung
Artis : Jimmy Palikat & One Nation Emcees
Komposer : Jimmy Palikat
Artis :  Jimmy Palikat & One Nation Emcees


4. Terukir di Bintang
Artis : Yuna
Komposer : Yuna
Lirik : Yuna


5. Ombak Rindu
Artis : Hafiz & Adira
Komposer : Zaidi
Lirik : Zaidi


6. Tanpamu
Artis : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Lirik : Amir Jahari


7. Lagu
Artis : Bedroom Sentuari
Komposer : Bo Amir Iqram
Lirik : Bo Amir Iqram


8. Teman Pengganti
Artis : Black
Komposer : Malique
Lirik : Malique


9. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer : Ajai
Lirik : Ajai


10. Simetri
Artis : Hazama & Amy Search
Komposer : Audi Mok
Lirik : Firdaus


11. Andai ku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim


12. Patah Seribu
Artis : Shila Amzah
Komposer : Shila Amzah
Lirik : Shila Amzah





Fida dah bertukar fesyen tudung ye? btw. suka sangat Shila Amzah pun dah kenakan hijab. :)

yang benar

Jom BW sambil Follow sampai Lebam

Assalamualaikum


disebabkan takde kerja. jom joint! :) 
hangpa tak joint, hangpa rugi. :p

dateline :
-



yang benar

Hafiz & Dato' Siti - Muara Hati

Assalamualaikum



Lagu : Muara Hati
Artis : Hafiz & Dato' Siti

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu…
Biarkan aku merasuk dalam hati cinta..

yang benar

Separuh Akhir Muzik Muzik 27 (minggu ke-2)

Assalamualaikum

entri sudah basi. :)


11 buah lagu dipertandingkan ke Peringkat Separuh Akhir ke-2. dan antara 6 lagu yang memperoleh markah tertinggi dan layak ke pusingan seterusnya adalah..

Anak Kampung
Artis : One Nation Emcees & Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat
Penulis Lirik : Jimmy Palikat & One Nation Omcess

Tanpamu
Artis : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Penulis Lirik : Amir Jahari

Terukir Di Bintang
Artis : Yuna
Komposer : Yuna
Penulis Lirik : Yuna

Ombak Rindu
Artis : Hafiz & Adira
Komposer : Zaidi
Penulis Lirik : Zaidi

Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer : Bo Amir Iqram
Penulis Lirik : Bo Amir Iqram

Tapi Bagaimana
Artis : Spider
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : M.Nasir



dihiburkan oleh Meet Uncle Hussien dan Fuziah dengan lagu Sekadar diPinggiran dan Lagu Untukmu.


yang benar

Shahir - Aku Yang Berdosa

Assalamualaikum 


Lagu : Aku Yang Berdosa
Artis : Shahir

Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu

Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah
Apa yang bisa
Ku tebus kepada-Mu
Atas dosaku

Ya Allah
Ku hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu

**ok done! sila hanyati sampai meleleh air hidung untuk lagu ni.

yang benar

Banana Split di Paparich

Assalamualaikum

layan Paparich dengan en.tunang. gambar sekeping sahaja. masing-masing malu nak bergambar. hahaha :) terpandang Banana Split dalam buku menu. syieda bersuara "eh? ada banana split la!". en.tunang sekali teruja. siap tengok semula dalam buku menu di hadapan dia.


sambil makan, sambil online, sambil borak, sambil isi borang BR1M tu. kekeke.. :p

kawan-kawan yang layak sudah memohon ke? syieda sudah. sebabnya gaji syieda bawah rm2k. :p insyaAllah ada rezeki dapat la sikit.

kalau belum, sila ke laman web rasmi LHDN. seperti gambar di bawah. isi online pun ok. :) dan syieda konfius samada bujang yang ada tanggunggan layak atau tidak. :(





yang benar

Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas

Assalamualaikum

blogwalking tadi terjumpa segmen ni. jom juin. :)









dan follower terkini saya adalah




dateline
30 November 2012



yang benar

tips : kilatkan barang kemas

Assalamualaikum

hari ini syieda ingin berkongsi sedikit tips untuk mencuci barang kemas kita agar nampak lebih berkilat dan berseri. macam tuannya. tips ini boleh di aplikasikan dimana-mana ruangan bilik mandi di rumah kalian.

kalau rajin, kumpulkan kesemua barang kemas mak, nenek adik dan kakak. buat sekali harung. cepat. 5minit pun dah siap! :) tak caya? meh nak tunjuk...

cara-cara :
  1. tanggalkan kesemua barang kemas kalian. masukkan ke dalam satu bekas.
  2. guna Colgate (pelbagai brand), sapukan pada berus gigi yang tidak di gunakan. Awas! jangan guna pada berus gigi harian. bahaya! hahaha
  3. berus barang kemas satu persatu dengan satu arah. jangan terlalu kuat, jangan terlalu perlahan. 
  4. bilas dengan air suam, air masak.
  5. ting! lihatlah hasilnya! :p 

kamera cap ayam.. :(


tips dari mak syieda. Selamat Mencuba!



yang benar

Separuh Akhir Muzik Muzik 27 (minggu pertama)

Assalamualaikum 


11 lagu berentap pada malam ini bagi menempa nama ke pentas Anugerah Juara Lagu 27 yang bakal berlangsung pada Januari 2013 nanti. 6 lagu layak pada minggu pertama ini adalah :

Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audit Mok
Penulis Lirik : Azlan

Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik :Tun Teja

Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry
Penulis Lirik : Edry

Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis Lirik : Aepul

Watak
Artis : Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : AD Samad

Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid


dihiburkan oleh Tanya Sama itu Hud Hud dari Salam, Bangkit dari Salam dan Altimate


yang benar

pengalaman panjat divider

Assalamualaikum

setelah hampir seminggu bertungkus lumus di pejabat. akhirnya badan ini patut diberikan penghargaan atas kerjasama yang diberikan. alhamdulillah.. jadi syieda memilih port kegemaran syieda iaitu Sup Tulang Mak Jando. ok ini adalah kedai makan. :) jangan salah cakap. 

syieda tidak pergi berseorangan. syieda pergi Mak Jando dengan seorang kenalan. setelah buat report kepada en.tunang. maka, dapatlah menjamu selera dengan hati yang lapang. :)


sup tulang + nasi putih + teh o panas


tengah makan. tetiba beliau ni, dapat call ada kereta rosak di dalam terowong. kesesakan berlaku. dan pada masa yang sama, hujan mulai turun dengan lebat. jadi, inilah pengalaman pertama naik ranjer ITIS, DBKL. miahaha.. 


mendebarkan saat ni, sebabnya, ranjer ni pecut mencelah


di dalam terowong hadapan, kereta rosak




abam polis yang baik hati.


ok cukuplah sudah merasai pengalaman ini sekali seumur hidup. ranjer panjat divider. miahaha. idea gilos.


yang benar

aktiviti di kampung

Assalamualaikum

entri ini sambungan dari entri di kampung. seronok walaupun syieda sempat tido di rumah hanya 1 malam. sedih tu memang sedih. tapi. banyak aktiviti yang sempat syieda buat. :) 

antaranya adalah :
1. melawat nenek, sedara-mara. raya tahun ini walaupun duduk di kampung 2hari sahaja. tapi habis semua rumah sedara-mara syieda pergi. sebelum ni cuti panjang, banyak kerja nak diselesaikan. separuh saja sedara-mara yang sempat di lawati. :) hikmah cuti pendek! 

2. menyicah. kebetulan pokok mangga di belakang rumah ada berbuah. terus petik dan menyicah. sedap sangat makan dengan garam sahaja. kurang sedap makan dengan garam belacan pemalas ni. haha. pedas giler. mana tidaknya. cili syieda tenyeh sampai 6biji. sakit perut. lagipun mangga ni tak masam sangat. :p



3. berebut sudip. bila dua beradik masuk dapur. hal ini pasti terjadi. tapi sudah terbiasa dengan keadaan ini. mak biarkan saja anak teruna dan anak dara dia. haha :) ni gara-gara ikan di bawah ni la. salahkan ikan ni! berebut nak masak. adoii.. akhirnya abang syieda menang. dia buat goreng rempah. boleh tahan juga. :p 


haaa..hamek kaw..yang garing + hangit tu, hasil kerja syieda. kunon nak rangup. haha


bila balik di sini, kl. teringat suasana di kampung. udara ringan saja. hurmm bila dapat balik kampung lagi ye? :) 



yang benar

di kampung

Assalamualaikum

alhamdulillah.. selamat pergi dan balik kampung. bertolak dari Pudu jam 10malam, dan sampai ke Shahab Perdana dalam jam 8.30pagi. berkampung dalam bas tu. macam balik Segamat tu. :( jalan sesak bermula di Tol Duta hinggalah ke Sempadan Negeri Perak. huhh.. harap-harap apabila keretapi baru sudah siap, kesesakan ini akan berkurangan. haha :p

sampai di kampung. terus syieda snap beberapa keping gambar ukuran passport untuk tatapan kalian. tidak banyak gambar yang di amik. syieda ni kurang sikit bab-bab amik gambar. en.tunang memang gila bergambar. kahkah.. tahun ni still balik berseorangan. mungkin tahun depan berdua gamaknya. :p

handphone masih di dalam mood aircond kot. kabur je gambar

selepas berehat. tengah harinya pergi ke rumah spupu

sebelah petang. kiriman en.tunang. PETAI! haha

ini pinjaman dari abg google. :p


hari ni mahu beraya di sekitar Kulumpo. jom! :)

yang benar

selamat hari raya !

Assalamualaikum

blog akan terbiar selama 2,3 hari. ini adalah berikutan kepulangan syieda ke kampung halaman. nun jauh di Kedah. :) kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya. semoga semuanya selamat pergi dan balik.

syieda ingin mengucapkan :

Selamat Hari Raya AidilAdha. maaf zahir dan batin. semoga ceria-ceria selalu. :) 




yang benar

selesai mengedit blog

Assalamualaikum

fuhh akhirnya.. setelah merajinkan diri mengedit blog. baru tersembul 1 entri dari syieda. bermula awal bulan 9, 10 , dan berkemungkinan bulan 11. syieda akan sibuk dengan urusan pejabat. banyak berblogwalking dari menerbitkan entri. :p ayat macam penerbit drama

blog decoration baru ini tidak berubah 100% dari blog lama. cuma syieda menekankan warna biru dan pink untuk kali ini. dan lebih simple berbanding sebelumnya. kan? :) keupayaan loading page, insyaAllah akan dititik beratkan lagi. asal sekema nya ayat ni?

sebelum

komen dari en.tunang :
1. sapa yang bertenggek atas tu ye?
2. pinknya! macam kanak-kanak ribena
3. susah nak baca tulisan tu la. 

selepas

komen syieda :
1. takda sapa pun bertenggek atas header tu. awak silap tengok kot.
2. mana ada pink. biru kan? salah masuk blog kot!
3. seketul-seketul tulisan dia. ke awak rabun?


lepas ni awak kritik lagi blog saya. saya letop awak! paham..! hihihi 




yang benar