funfair

Assalamualaikum... 

sebelom mula menaip, nak bagitahu cerita ni dah hampir basi. tetibe tengah asik kemain buat kerja teringat kisah ni. jadi, saja nak taip la. hihihi.. -.-

kisah ni terjadi awal bulan April tahun ni. -.- perlu ke mention macam tu syieda? ok. awal bulan ni la.. hihihi baru lepas gaji. terasa nak hiburkan hati ni. kekeke.. tertinggal satu. bersama sang kekasih.. wahaha..

nak pergi Genting semata-mata nak main permainan, macam tidak berbaloi. nak panjat Genting tu.. uishhh tersangatlah mustahil di waktu sang kekasih baru sembuh dari kemalangan. jadi kami berdua mengambil options untuk ke satu tempat yang murah, dah berbaloi. kahkah.. ok jangan cakap tempat tu Time Square! -.-

haha.. kami berdua menyusuri denai belukar sawah lombong semua untuk sampai ke tempat tu. ok ini hypebola! kami pergi ke funfair. wakakaka..@_@ funfair Balakong tu. mane lagi yang terdekat dengan saya. kihkih

dalam jam 9malam, kami sudah terpacak di depan pintu gerbang funfair tu. kebanyakkan yang datang bawa anak, isteri. malam masih muda. sebab tu tidak ramai budak-budak muda. ahhh biarkan mereka. -.-

berbekalkan RM50. tak boleh banyak-banyak, amalan syaitan.. @_@ kami memilih untuk bermain permainan yang mencabar kekuatan dalaman dalam diri masing-masing. muncit memilih untuk bermain :

2 token sorang : takot naik benda ni sebab bergoyang sangat. si muncit siap goyang-goyang kandang besi tu. aduhhhh nak marah pun tak boleh. gelak je lah.. cover line. kihkih syieda ni ciap pegang besi kandang. takot. kahkah.. muncit gelakkan syieda. xpe2... -.-

2 token sorang : ni pun pilihan muncit. kunonnya nak ajar syieda drive kete. haaa amik kau. langgar semua orang. kahkah.. sekali muncit dilanggarnya. laju sangat! hihi dah nama pun kete langgar kan?  seronok je die kenekan syieda malam ni.. xpe2.. -.-

2 token setiap permainan : die main tembak burung papan. kompom xkene sebab burung tu burung papan. bukan burung diletakkan di atas papan. sampai kucing tumbuh tanduk pun, burung tu xjatuh. best sangat la.. -.-

jam sudah menunjukkan jam11 malam waktu tu. kami tinggal sorang 2 token lagi. si muncit tanya syieda nak main apa pulak. hrmmmm tetiba terpandang benda ni :


2 token sorang : kami naik berdua satu seat yang disediakan. mula-mula best je die gelakkan syieda. muncit gelakkan syieda sebab tudung dah xbetul. hahaha.. lama kelamaan, benda ni berputar ligat atas bawah atas bawah.. mengucap panjang si muncit. siap cakap nak muntah. hahahaha.. kali ni turn saya pulak gelakkan die. agagaga...

turun je dari permainan ni, terus ajak balik. kahkah.. jalan die pun dah tak betul, tapi cover jalan agar tak jatuh.. hahaha.. muncit muncit.. die ade cakap, kalau benda tu tercabut. terjelopok kami berdua atas jalan raya. kompom polis trafik pikir kami ni orang dari bulan jatuh ke bumi. kelepekk!! bunyinya..

*muncit, lepas ni nak main kapal layar terbang tu la..hahaha




gambar : jejaka

yang benar

16 comments:

  1. heaven nye! cemburu pulak. hehe.

    ReplyDelete
  2. best main kat funfair hehehe :)

    ReplyDelete
  3. hahaha . kelepek! bunyik dy kelakar pulak.hahaha

    ReplyDelete
  4. @zera eira haha..jangan cemburu dengan syieda ni..hihihi :)

    ReplyDelete
  5. @BellaJane mula-mula sebab xpergi Genting, jauh. sekali seronok pulak..hihi

    ReplyDelete
  6. bestnya...amboi byknya follower dia..jeles aii..
    jemput singgah blog aii
    merahitusagaymail.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. hahaha , gelak goleng2 ain bace .
    btw , rmntikk gettew .
    *engt kan bbtol g genting

    ReplyDelete
  8. aahahahhahah sgt seronok kalo g fun faor sbnr ny =)

    ReplyDelete
  9. dulu time kecik2 dgr je FUNFAIR seronok gile..excited nak gi..skunk most funfair tak best.. n agak mahal la tokennye..hihi..tp klu g free token cam best je..haha

    ReplyDelete
  10. wah dlu masa kecik2 mmg selalu g funfair....
    best tu....

    ReplyDelete
  11. @princessrayha hihi terima kasih kepada followers syieda jugak sebab sudi folo cini -.-

    ReplyDelete
  12. @aimi seronok sangat aimi. macam zaman kanak-kanak. tapi xboleh selalu pergi, koyak poket,,hihihi

    ReplyDelete
  13. @ah MOi cHanTek dulu macam2 ade.. skrg ni dah kurang best. tapi syieda pergi je..hahaha nak releks2 kan diri -.-

    ReplyDelete
  14. @Azmi Khan skrg kalau masuk rumah hantu, hantu yang kene usik..hihihi -.-

    ReplyDelete
  15. @♥!!✿ Ain sajee ✿!!♥ nak g Genting xmampu ain dengan kondisi muncit tu. takot jugak..hihihi -.- tq dear

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you