tips ketahui petanda awal kekasih curang

Assalamualaikum... 

mesti kita tidak terfikir orang yang selama ni rapat dengan kita, baik dengan kita. berkongsi rase air tapi gelas masing-masing akan bertindak curang di belakang kita. syieda sendiri pun tidak pernah terpikir. sebabnya kita percayakan sang teruna kacak lagi menawan + gagah berani ni. 101% pulak tu.

namun kita tidak sedar, diri kita telah di permainkan. hinggalah tiba hari-hari penting seperti pertunangan, perkahwinan baru kita dapat tahu hal yang sebenarnya. di saat itu, tiada apa yang mampu kita gambarkan dengan perasaan sedih tu, kan? oleh itu, jom syieda huraikan sedikit situasi tanda-tanda ini berlaku :


1. Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan kita. kesilapan kecil yang anda lakukan secara tidak sengaja, akan menjadi kesilapan besar bagi dirinya. sehinggakan diri anda di malukan walaupun di khalayak ramai. walaupun sedaya upaya anda mengelak dari melakukan kesilapan, tetapi dia tetap mencari kesilapan anda. walaupun kesilapan itu tidak senyum pada dia. kan dah haru namanya. kalau pasangan anda begini, lebih baik anda tinggalkan dia untuk sementara waktu supaya dia tenang jiwa. (sakit jiwa kot)

2. Tidak membenarkan anda membelek handphone. kalau di awal usia percintaan, belum sempat duduk sudah dihulurkan handphone untuk "check". kalau-kalau ada nama perempuan lain. namun, sekarang. usahkan belum duduk, handphone pun langsung tidak kelihatan di tangan si dia. sorok! sedaya upaya mengelak berbincang mengenai handphone. jikalau anda pegang handphonenya, sepantas kilat dia pun akan kelam kabut untuk call sana sini. kunonnya busy. pppppdahhhh!!

3. Perbualan terbatas. jikalau mula-mula bercinta, on call hingga 2,3 pagi pun sanggup. dok "i lap u, u lap me", habis satu restoran mengelap. takpe, sanggup. namun sekarang call hanya untuk kepentingan saja. itu pun "hello, nanti jumpe dekat restoran Ali Baba jam5 petang tau? bye!" tutt tuutt.. belom sempat jawab ok. haha. dia akan putuskan talian dengan anda secepat mungkin, sebabnya malam nanti sudah plan hendak bergayut dengan kekasih baru.

4. Asik lewat di dalam setiap temujanji dengan anda. setiap kali temujanji, pasti si dia akan terlambat. sekarang, anda yang menunggu dia. berpanas terik. langsung dia tidak hiraukan. langsung tidak di tanya. hanya yang terucap di bibirnya, "sorry lambat jem la.. ade eksiden. jom kita masuk shopping mall". padahal, anda pun baru melalui jalan yang sama.

5. Kerap memberi alasan penat dan busy. sudah menjadi trend alasan dia. penat dan busy. orang lain pun kerja jugak. takde penat sampai tak boleh bangun. PM kita pun ada masa untuk keluarga dia. kalau terlalu kerap alasan penat dan busy yang dia berikan, anda hendaklah menjadi penyiasat untuk mengetahui apa aktiviti dia. samada di rumah atau di luar rumah.

6. Tidak berkongsi aktiviti bersama anda. anda langsung tidak dibenarkan untuk mengetahui aktiviti dia. apabila di tanya, langsung anda akan di marah. setiap aktiviti hujung minggunya akan di isi dengan aktiviti luar. baik anda cek semula. -.-

7. Nama di dalam handphone. kalau dia selalu bermesej, whatsupp, bbm dengan seseorang sepanjang hari. even namanya Naresh ke, mesti ada sesuatu yang disembunyikan. Naresh ke Narisha. hikhik.. jangan betul-betul Naresh sudah la.. haha.. terus reject!

8. Selalu tersasul nama perempuan lain. kalau ini yang terjadi. lebih baik berbincang. samada hendak meneruskan perhubungan dia dengan anda, ataupun berhenti di sini. kerana makin lama anda bermasa dia, makin susah untuk anda melepaskannya. walaupun hakikat sebenar sudah anda ketahui.


kalau si dia memiliki ciri-ciri ni. lebih baik anda mula mengorak langkah untuk mencari jalan penyelesaian, dari membiarkan ia berlarutan. ataupun kecundang di tengah jalan. tidak semua orang sempurna. cuma kita mencari yang boleh membimbing kita ke jalan yang di redhai. insyaAllah...

semoga tips-tips di atas dapat membantu anda. -.- tapi kalau di awal perkenalan dia memang berperangai sebegini. tiada apa yang nak di risaukan. hihihi




yang benar syieda

14 comments:

  1. alhamdulillah tak terjadi lagi .. sem0ge dijauh kan bende-2 macam ni :)

    ReplyDelete
  2. nak jugak menyibuk . alhamdulillah tak terjadi jugak . hehehe . peace kak yana^^

    ReplyDelete
  3. @yanamirul syieda pun takot jugak dear.. hope tiada apa yang terjadi.. -.-

    ReplyDelete
  4. @ain vanilla insyaAllah ain.. -.- aik? k.yana je? hihihii

    ReplyDelete
  5. Paling ketara tak kasi belek handphone secara tiba2

    ReplyDelete
  6. hihhiihih...... =) beware =)

    ReplyDelete
  7. pasangan curang otomatik kita boleh tahu kan.. mmg terasa perubahannya. thanks for da info...

    pssstt.. tumpang tanya, awak guna template apa ni eh? simple template ke? tp nmpk mcm picture window je.. boleh tahu?

    ReplyDelete
  8. @aimi tu la aimi.. naseb baek si mamat ni xda lagi gejala ni. hihihi

    ReplyDelete
  9. @@ deqla manjew bagi syieda, klau kite nak orang setia pada kite, kite kene setia pada diri kite jugak.. -.-

    *syieda xtau bab2 templete ni. syieda amik dlm edit tmplete je.. hihihi

    ReplyDelete
  10. aduhhh... entri ni sebiji pernah akak lalui dulu.. tp masa tu akak yg jahat..hehe

    ReplyDelete
  11. @Nida tapi sekarang dah tiga anak dah akak.. hihihi -.-

    ReplyDelete
  12. Wahh, info yang baik. Hihihihi. Nak share lahh. Boleh tak kaka? :D

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you