abortion

Assalamualaikum 

“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.

Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik”
(Al-Mukminun:14). - sumber


apa itu abortion?
abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaja seperti terjatuh, tergelincir, dan atas sebab masalah kesihatan ibu. keguguran secara sengaja ni seperti penguguran hasil hubungan sulit, dan banyak lagi.

Menurut Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal, mengikut Seksyen 312, Kanun Keseksaan, individu yang menggugurkan anak boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - sumber


kenapa syieda cerita tentang ni? malam sepupu bermalam di sini, dia ada menyatakan, semasa dia bertugas di Sentul Medical Centre. hampir setiap hari terdapat 4 hingga 5 pasangan belom berkawin datang membuat abortion ni. kebanyakkan yang datang adalah Melayu. dan katanya lagi, sebahagian besarnya adalah berasal dari negeri pantai timur. maaf tidak mahu cakap

dia pernah dipaksa oleh staff di sana untuk tolong doktor buat abortion. sebaik saja bermula, terus dia lari keluar. tidak tahan bau darah katanya. :) hihi dia tu praktikal saje. haha boleh la lari-lari. :) hari ni adalah hari last dia di KL. hukhuk sedihnye..

kekadang kita selalu tunding jari pada orang lain hanya kerana rupa fizikal. tapi kita tidak sedar, lagi 4 jari menunding ke arah kita. dan kita tidak sedar, kita bakal punyai zuriat. jagalah mulut untuk zuriat anda nanti. orang lain yang dah berkawin mahukan anak, sebagai penyeri rumah. namun, lain pula pada yang tidak berkawin ni.

entri ni di type selama dua hari. idea takde. haha jom layan cita hindustan! haha sepupu syieda tu bakal jururawat. dan gambar baby di atas adalah gambar anak buah syieda. hihi ok daaaa....




yang benar

22 comments:

  1. akk tomey nyew anmak buah akk tu . pipi comey . gelammmm . (geram)
    heheh . eeeeeaaaaa . nice info ^^

    ReplyDelete
  2. @ain vanilla: bile ain cakap macm tu, terasa nak balik kampung cepat-cepat. belom dapat jumpe die lagi ni.

    pic ni pun mnx dari mak and abah die. sob2.. :(

    ReplyDelete
  3. akk kerja kew sekarang ??
    apa nama budak omey2 tu ??

    ReplyDelete
  4. dosa kalau menggugurkan ank dgn sengaja kn..

    ReplyDelete
  5. @ain vanilla: dah hampir 2tahun dah keje. hihi :)

    si comel ni namanya nurul aina safia. :) geram pipi die..!

    ReplyDelete
  6. @Ieyza Afieyna: yup. sebab janin tu dah hampir jadi sbahagian dari manusia. banyak syieda tak tahu tentang kandungan. ni pun sedikit sebanyak sepupu cakap. :p

    ReplyDelete
  7. kalo ikutkan penjara 3 yahun ni masih belum cukup selari dengan kesalahan yang dibuat kan?

    comel baby tuh.
    ni yang buat tak sabar nak kahwin nih.
    hahahha

    ReplyDelete
  8. zaman sosial ....gugur anak ini macam biasa ajer.....sedih...

    ReplyDelete
  9. Huh.Ape ni budak tomey2 sume.

    ReplyDelete
  10. sedih bila dengar begitu ramai yg melakukan perkara ni. Hilang entah kemana pedoman diri mereka. Tidak berfikir secara betul semasa melakukannya. Teringat akan pasangan yg lama menunggu untuk memiliki cahya mata, tapi mereka senang2 je membuang

    ReplyDelete
  11. dunia akhir zaman . . anak dibuang sesuka hati . . manusia sekarang dah lupa , lebihlebih lagi perempuan. dulu, kita tak dibenarkan hidup pun. pantang bunyi anak perempuan dilahirkan, mesti kene tanam hiduphidup. tapi selepas kedatangan islam, kita dipelihara , diangkat maruah kita . tapi sekarang , kita sendiri yang telah menjatuhkan maruah kita sebagai wanita . mogamoga kita iman kita dipelihara .

    #btw, thanks folo belg izzah . :) #follower1058

    ReplyDelete
  12. truk ank melayu zamn skrg

    ReplyDelete
  13. dunia akhir zaman.. sungguh tidak takut mereka pada Allah

    ReplyDelete
  14. sgt tak suka dgn org yg nak buat abortion ni. please la...bby tu pun nak gak hidup. berani buat, tp tak berani tanggung. PENGECUT!

    tetiba emo plak zie

    ReplyDelete
  15. @Syazwan Che Deraman insyaAlllah.. nanti wan kawin, jangan lupe jempot syieda :)

    penjara 3 tahun tu syieda rasa tak cukup tuk mereka ni.. tapi itu hukuman dunia.. akhirat nanti wallahua'lam.. takut.. :(

    ReplyDelete
  16. @abg Hanif betul tu.. mintak2 dijauhkan dari segala ni..amin... :(

    ReplyDelete
  17. @izzahamin..
    betul tu.. sekarang kita sendiri yang menjatuhkan maruah kita.. Ya Allah.. takutnya... :((

    ReplyDelete
  18. @aimi sangat takut dengan keadaan zaman sekarang ni.. :((

    ReplyDelete
  19. @kak syiela :(( sedih bila dengar sepupu cerita.. tak sakit ke diorang buat abortion ni? sampai sanggup berkali2 buat.. :((

    ReplyDelete
  20. @kak Zie Madini kesian baby yang belum sempat melihat dunia atau baru sekali nafas di dunia ni dibunuh oleh bapa or ibu sendiri. :(( mana hilangnya kemanusiaan kita? :((

    ReplyDelete
  21. @abg Razif Mokji betul tu.. ada pasangan yang nak anak, tapi belum ada rezeki. tapi remaja senang2 buang/bunuh. kalau diserahkan kepada rumah kebajikan tertentu ada lagi baik.. :((

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you