Skip to main content

nasihat : jauhi sikap ini

Assalamualaikum... 

selamat malam kawan-kawan semua. teringat akan nasihat seorang abang tu. bukan abang kandung, bukan juga abang angkat. cuma abang alam maya. terima kasih akan nasihat beliau. amat-amat syieda amik sebagai pedoman hidup. hingga hari ni. -.-


katanya : dik, hidup ni jangan meninggi diri, jangan sombong, dan jangan cakap besar.

dan banyak lagi sambungannya, tapi syieda terlupa dah pesanannya macam mane. sebab syieda ni short term memori. ayat di atas pun, syieda ingat part-part yang penting saja. hukhuk teruk betul!

meninggi diri? 
tinggi diri bukan bererti amik tali pengukur, ukur ketinggian kamu. sapa paling tinggi dialah tinggi diri. meninggi diri bermaksud; sombong. seperti, menolak kebenaran serta memandang remeh kepada orang lain. 

"syieda taknak berkawan dengan Sameah (bukan nama sebenar) ni, dah la berpakaian comot. pergi sekolah pun baju tidak ber"iron". ishhhh.. tak suke!" 
- pandangan negatif

"Sameah ni, comot-comot pun result dia tak pernah comot macam kita ni. harap baju orang gaji yang iron, siap ada line. tapi keputusan kita lagi comot dari baju Semeah ni. ape kata, kita suruh dia ajar kita nak tak kawan-kawan?"
- pandangan positif



bercakap besar?
bukan bermaksud mulut kamu besar, kamu bercakap pun besar. ini membawa maksud kepada meninggi diri. kan sama saja maksudnya. erkkk.. -.- tapi kekadang maksud yang sama ni lah kita selalu alpa. kan?

"ishh tak nak berkawan dengan Dan (bukan nama sebenar) tu, dia cakap besar dowh."
- pandangan negatif

"ape kata kita kawan dengan Dan ni, nanti bila dah rapat, boleh kita nasihat kan dia. kesian dia, takda sorang pun penduduk kampung yang mahu berkawan dengan dia"
- pandangan positif




jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.




yang benar

Comments

  1. betul tu. tak boleh sombong. kena sentiasa muhasabah dan perbaiki kelemahan diri. :)

    ReplyDelete
  2. bgus nsihat ni...kdg2 kita xsdar yg kita pn cmtu gk..

    ReplyDelete
  3. yang penting kena selalu berfikiran positif :)

    ReplyDelete
  4. true! jangan sesekali riak, wpun kat mana pun kita...kita ni apalah sgt syieda.. :)

    ReplyDelete
  5. betul tu.. tapi sebgai manusia kita sama je disisi ALLAH.. ;)

    ReplyDelete
  6. @A sebelom tido kene muhasabah diri.. baru dapat tido dengan aman. -.-

    ReplyDelete
  7. @Liza Razak kne positif dalam setiap hal. -.- insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. @Munnafendy yup. tiada yang sempurna. kekadang dgn sikit kebaikan, kita mengharapkan jutaan penghargaan. T__T

    ReplyDelete
  9. betul tu...rugi kalau sombong nie

    ReplyDelete
  10. @Kancil 8349 betul tu :) mintak2 antara kita semua dijauhkan dari sifat tu, amin

    ReplyDelete
  11. positive thinking , berlapang dada, sentiasa memaafkan. tu sifat wajib dalam bersahabat . :)

    ReplyDelete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…