AKTA KETERANGAN (PINDAAN) 2012 Berkuat-Kuasa 1 Jun 2012

Assalamualaikum

tadi syieda berblogwalking, ada terbaca satu entri di blog ini dan ini. kalau ada antara kita yang sudah ketahuinya, baguslah. syieda ni tertinggal sikit. berita ni dah berlepas dua hari lepas, syieda baru baca. hikhik.. :) dah alang-alang membaca, syieda kongsi la dengan kalian semua ye?

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.

Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:

  1. Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  2. Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  3. Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  4. Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  5. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  6. Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.

kalau betul AKTA A1424 ni berkuatkuasa, baguslah, takde la gosip-gosip liar tentang artis tercetus. takde la mulut laser lagi. dan takkan ada si anon comel tu lagi. heee..

semua ni tanggungjawab pemilik akaun blog, fb, twitter, dan segala macam lagi untuk menyekat jikalau ada-ada unsur yang tidak sihat di dalam laman sosial mereka sendiri. ini untuk menjadikan kita lebih bertanggungjawab. bukan sebab apa. 


maaf jikalau info ni salah. kredit untuk amanz

* pening...


yang benar

10 comments:

  1. Info yang berguna~ Fiza pon baru tau ! Eerrkk =,="

    ReplyDelete
  2. ehhhh, ada ye benda ni.. hehe baru tau

    ReplyDelete
  3. @CiK FizA: syieda pun baru tahu syg :) hihihi entah betul ke tidak.

    ReplyDelete
  4. @fiQRa: syieda pun xpasti mas. tapi ini yang syieda dapat. betul ke tidak, xpasti lak. hukhuk

    *xkonfiden

    ReplyDelete
  5. tapi kalau betulla cmtu, kesian jugak kalau org kene hack. hackers yg buat fitnah,owner lak yg kena.

    ReplyDelete
  6. @rerehalim: kesian jugak kan? tapi tu la.. syieda dapat ni pun dari blog amanz.

    entah betul ke tidak :) harap2 la tak betul.

    ReplyDelete
  7. eh ade kredit la..kredit kt Amanz yg penting. Man xde pape pun.
    tq komen kt entri Man tu..hehe
    btw, Man folow skali la.. mcm best je blog ni :)

    ReplyDelete
  8. @Khazman88: blog ni blog main2 je man. hihihi.. terima kasih folo syieda :)

    rasa2 betul ke info ni man? @_@ pening lak

    ReplyDelete
  9. Sallam,

    Undang2 yang ke 5 dan ke 6 tu rasanya tak adil untuk tuan punya blog, twitter dan FB, sukar juga bagi kita nak menghalang orang dari menceroboh wifi kita, tapi kita pula yang disalahkan. Yang 1,2,3, tu ok, kita boleh kawal.

    ReplyDelete
  10. @LIPISLADY: harap AKTA ni ada juga kebaikannya untuk semua pihak.

    syieda nak cakap pun xberapa reti gak bab ni, sebab bukan orang law. :)

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you