Skip to main content

cincin belah rotan

Assalamualaikum

sudah terlalu lama syieda tidak menghupdate blog ni. dah bersawang sampai ke bawah lantai dah. rumput-rumput pun dah naik ke atas syiling dah. erkk apakah ini? takde apa-apa cuma pendahuluan pasti dan mestilah hiperbola sikit. hikhik  bukan bola-bola api.

baru-baru ni muncit dan maknya ada ajak pergi cari cincin. aigoo.. malunya. berdebarnya. tak pernah rasa berdebar macam ni. :) pergilah dengan menunggang moto sedut-sedut kesayangan (skuter) ke Jusco. ehh dah tukar nama la. sekarang Aeon la. dah siap parking, sampai lah si muncit dengan motonya. maknya dah memang lama sampai. :)

setelah bersalam dengan mak muncit. terus syieda diberi pelbagai jenis cincin. naik rambang biji mata dan halkum ni nak memilih. tapi semasa dikampung tempoh hari, mak syieda ada pesan. jangan kita pilih cincin apa-apa pun. biar orang yang pilih. :) jadi, sebagai anak yang solehah pesanan mak akan dituruti. :) kenapa ye?


namun mak muncit still suruh syieda pilih. lepas ditolak-tolak, akhirnya syieda tolak kepada muncit. hahaha minta muncit yang pilihkan. janji simple cincin tu. setelah diukur saiznya, maka cincin yang muncit pilih tu saiznya sedang-sedang di jari ni. kalau duduk dalam air-cond lame-lame pasti tercabut cincin tu. sebab munasabab nya, air-cond kan sejuk, jari akan mengecut. haha teori sape ni syieda?? saya sendiri! :p

selesai membeli cincin, muncit terus cabut. katanya ada janji dengan kawan untuk main badminton. jadi syieda temankan maknya beli barang-barang beliau. hee.. teman saja. kalau nak membeli karang tak muat moto nanti. haha :p

sampai dirumah hampir jam 10 malam. sangat letih di sebabkan ada sindrom badan panas. hukhuk. tekak perit. hidung bermukus. :( hinggalah hari ni sindrom tu masih bertapak kukuh di badan ni. 

dalam hati teringin sangat nak pakai cincin belah rotan ni. soooo simple. tapi . . . mak cakap jangan pilih! haha janji simple sudahh :p harga murah mahal belakang kira. janji SIMPLE. weeee.. teruk!


mak cik call sebentar tadi bertanyakan pilihan warna. syieda cakap "cek tak kesah, bantai ja warna apa pun, janji simple dan light-light ja, xmo terang-terang, silau!! haha"

saja nak menghupdate blog ni. sebab nebes la. huahua.. :p semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin

kepada kawan-kawan, buat masa seminggu dua ni mungkin blog tak selalu syieda update. busy :) heee.. harap kawan-kawan semua tak kesah. perlahan-lahan syieda akan membalas  kunjungan kalian. :)


yang benar

Comments

  1. hehe mas paling suka cari cincin.. cincin tunang mas pilih sendiri.. hahaha, jahat kan.. semoga mjlis syieda berjalan dgn comelnya.. amin ;)

    ReplyDelete
  2. salam..

    semoga majlis pertunangan itu akan berjalan lancar nanti yea..

    ReplyDelete
  3. nak bertunang ek? Alhamdulillah.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    ReplyDelete
  4. mas >> amin..
    hahaha.. syieda kalau mak tak pesan memang syieda pilih macam mas la. haha eksaited bukan main lagi nak pilih, tapi apakan daya.. :) hehe terima kasih mas

    ReplyDelete
  5. kak syira >> amin..
    waalaikumussalam terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  6. abg nasz >> insyaAllah :)
    terima kasih abg nasz..

    ReplyDelete
  7. cincin tunang mak mertua pilihkn n dila xtgk lngsung..bsar plk tu sbb xth saiz..xpsal2 kna kerat blk..hihi..bila tarikhnye?:) smoga brjln lncr

    ReplyDelete
  8. cincin sudah berada ditangan =)

    ReplyDelete
  9. kak dila >> amin.. :)
    hikhik.. kalau besar takpe lagi kak, leh kerat. kalau kecik, nak sarung pun xlepas. lagi seram..hehe.. :p

    ReplyDelete
  10. aimi >> ditangan muncit je aimi. belum sampai pada syieda lagi. hihi :) insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Semoga majlis pertunangan berjalan lancar...
    wah!! beli cincin sama mak mertua...

    ReplyDelete
  12. abg hanif >> insyaAllah.. :)
    beli sebab jari syieda kecil.

    ReplyDelete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…