Skip to main content

dilema betoi la

Assalamualaikum 

bila tengok dashboard blog ni lama-lama, baru perasan satu benda. satu benda saja. takde dua mahupun negatif. errkk apa benda tu?


perasan gap antara setiap entri adalah 2hari ke atas. aigooo.. pemalasnya syieda! update la hari-hari. hurmmm bukan taknak update hari-hari. tapi idea takde. kang update benda merepek, tak sedap pulak. dah la sekarang ni pun update tah ape-ape. hukhuk

tengah dilema ni, antara nak balik kampung mnggu ni atau minggu depan. atau hujung bulan. persiapan rumah kene juga buat. takkan nak mengharapkan mak sorang. :(

dah la rumah di kampung tu ade 3orang lelaki. mak sorang je perempuan. penat la die. lelaki sume tu tolong sepahkan ade la. hahaha..

even majlis simple mimple je. mak still nak buat makan nasi. aigoooo... yela orang kolumpo nak bertandang. kang belum jejak kaki masuk dalam kete, dah lapar semula. hihihi orang cakap kite kene muliakan tetamu. haaa...

syieda ada bertanyakan tentang pakaian dan majlis, dah majlis simple, kan?

muncit
katanya pakai tshirt je. tak payah buat kenduri segala bagai. syieda sokong :)

mak,
pakai la baju cantik-cantik sikit. mak nak buat nasi jugak. nanti diorang datang takde benda nak makan. mak memang macam ni hihihi

mak cik
kalau ikut makcik, pakai short je. xpayah pakai cantik-cantik sangat. bukan nak buat majlis besar-besar. lagi dasyat. ni lagi sokong. kekeke

ayah
ayah ikut saja. janji semuanya berjalan lancar insyaAllah ayah. :)

abang sepupu
kalau nak photoshoot gitau, nak sponsor. haaa abang sepupu ni lagi la. photoshoot segala bagai. xmo la :) malu aihh..

bila di bincang semula dengan makcik. katanya better pakai baju kurung yang simple but nice. tak payah yang labuci penuh macam baju orang tawen tu. 

niat di hati nak macam ni, tapi kene ukur baju di badan sendiri la. ehh badan en muncit la. hihi :) kang settle majlis makan pasir masing-masing. weee.. settle yang wajib sudah.
 

* dah tak best bile borak dengan mak cik. die serius. dulu kalau borak, bukan main ketawa sampai terkentut-kentut. ok ini tipu. hhahaha mungkin topik yang dibincangkan serius kot. :( selamat malam semua.. hukhuk




yang benar

Comments

  1. Syida ni ex uitm segamat ke?

    ReplyDelete
  2. yg simple tu lg berkat n xhbskn duit...hihi..dila pun dlu pkai bju krung je..bila simple rasa tnang..:)

    ReplyDelete
  3. betul tu buat la ikut kemampuan...ukur baju di badan sendiri, jgn di badan orang lain...

    ReplyDelete
  4. Akan menjalin ikatan ya? Tahniah.

    :)

    ReplyDelete
  5. bleh je nk trunkan 3 kilo..bleh cuba guna pakej utk 2 minggu..Insyaallah berkesan :)

    ReplyDelete
  6. hehe, besnyaaa nak bertunang dah ye.. happy sangat. dulu masa family afiq hantar cincin, mas pakai t shirt labuh je. sebab tak de majlis melibatkan jiran2 dgn sedara. sempoi2 je.. hehe asalkan semua berjalan dgn lancar..

    Tahniah syieda dan muncit ;')

    ReplyDelete
  7. terkentut kentut?hahaha..ganas tu ketawa..haha.

    eh kamu nak tunang ke dik :) tahniah ..semoga majlis berjalan lancar dan dipermudahkan..

    simple2 je dik :) jimat cermat amalan mulia..aisey..haha

    ReplyDelete
  8. @rerehalim: yup :) heee.. pasti tak kenal, kan?

    ReplyDelete
  9. @kak dila: ok terima kasih kak. baru konfiden nak pakai baju kurung. takut jugak nanti orang cakap syieda ala kadar je. sebab majlis simple2 je.

    terima kasih kak dila :)

    ReplyDelete
  10. @kak Haryati: syieda pun taknak meriah-meriah sangat kak, sebab malu la nak duduk depan orang ramai. tambah2 orang nak tengok kite. auuu.. malu @_@

    terima kasih kak tuk nasihat ni :)

    ReplyDelete
  11. @kakcik: insyaAllah kak. dengan izinNYA.. :)

    ReplyDelete
  12. @fieha: ok tqvm tuk info ni. tapi syieda maybe akan postpone dulu. ade benda nak kne utamakan. :)
    insyaAllah, nanti syieda akan try :)

    ReplyDelete
  13. @fiQRa: insyaAllah mas. semoga semua berjalan dengan lancar.
    berdebar-debar lak rasanya.. heee... :)

    terima kasih mas tuk info ni. sekurang-kurangnya, syieda takde la takut sangat nak pakai baju kurung. hihi

    tahniah tuk mas dan afiq jugak. :)

    ReplyDelete
  14. @kak Arina Shamsul: amin..

    insyaAllah kak, harapkan semuanya berjalan dengan lancar. :) tq kak..

    *haha terkentut2 tu tipu2 je kak..hihihi kalau la macam tu punye gelak.boleh putus urat kentut. kekeke.. :)

    ReplyDelete
  15. kenal lah syida. muke familiar. tapi tak tegur sgt kan. ehehe. dah nak kawin ehhh?:P congrats:)

    ReplyDelete
  16. @rerehalim: hihihi :) belum kawin lagi. baru nak ikat.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…