Skip to main content

bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum

Assalamualaikum


pejam celik pejam celik rupa dah masuk hari ke-6 kita sebagai umat Islam berpuasa. berpuasa ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. tapi menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.

haaa.. jangan ingat puasa ni hanya tak makan dan minum di siang hari saja. itu sama sekali tidak betul! kita perlu dan mesti berpuasa mata, hidung, mulut, telinga, tangan dan kaki kita pada siang hari.

tajuk entri bukan main panjang berjela-jela. hihihi

macam mana nak berpuasa mata, hidung, mulut, telinga , tangan dan kaki kita ni ya?

- berpuasa mata seperti tidak melihat benda-benda tak elok. tengok tb sepanjang hari.

- berpuasa hidung seperti tidak boleh menghidu bau busuk yang meloyakan ketak sampai termuntah-muntah. 


- berpuasa mulut seperti tidak mengumpat, mengeji, mengungkapkan sesuatu yang buruk samada kepada orang lain, mahupun diri sendiri. mencarut tu macam mana pula? paham-paham saja la.. :p

- berpuasa tangan dan kaki pula seperti tidak melangkah ke tempat maksiat, mahupun melakukan maksiat. disko berjimba tu sendiri pikir la :)

dulu syieda pun selalu fikir. puasa ni sekadar tak makan dan minum saja. tapi rupanya silap. kena puasa semua dari atas kepala hinggalah ke hujung kaki. :p solat yang selalu dilewatkan, kenalah on time sekarang. :) kalau boleh sampai bila-bila on time pun ok :)

pukul emak tak nak puasa

dan kawallah diri kita dari membuat perkara-perkara yang memudaratkan keluarga mahupun diri sendiri. semalam, emak menjadi mangsa gara-gara menegur anak sendiri tidak berpuasa. kesian emak. tegur untuk kebaikan. tapi tetakan yang dapat. dari anak kandung pula tu, kalau anak tiri lain la.. :(

yang paling menyedihkan, dah la emak menanggung makan minumnya. hanya disebabkan teguran itu, dia bertindak sedemikian. nak marah pun tak boleh.

macam-macam pendekatan yang dilakukan oleh orang sekarang untuk meleraikan sesuatu perkara. membunuh, menculik, bunuh diri. 

diharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna. insyaAllah..



yang benar

Comments

  1. adesss..bnyk mende kene tahan but still enjoy an :D

    ReplyDelete
  2. ape lah nak jadi dgn anak sekarang smpai tetak ibu dia

    ReplyDelete
  3. yg dulu pernah dengar jugak pemuda yg tetak mak dia sbb x bagi duit..pemuda tu penagih dadah..yang ne lebih teruk lagi..mmg anak derhaka.neraka la tempatnya.

    ReplyDelete
  4. @neslO_ais yap :) even banyak kena tahan, tapi kite still leh enjoy :)

    ReplyDelete
  5. @cikeyrah tu la, takut pun ada sekarang ni :( bukan sebab apa, takut kite terjerumus sekali :(

    ReplyDelete
  6. @Nick Nashram kalau penagih tu mungkin sebab dah ketagih.. ni sebab puasa je :( hrmmm.. itu yg kita takut tu, di dunia mungkin selamat, akhirat nti :((

    ReplyDelete
  7. btol2..puasa ni mcm kena thn.. hihi.

    ReplyDelete
  8. salam..

    paling penting, bila berpusa, kita boleh berubah menjadi lebih baik dalam semua benda. berubah kerana Allah bukan kerana org lain ;)

    ReplyDelete
  9. teruk nye bila syaitan dah kuasai diri sendiri.....

    syg cm ner nk tukar link nie????

    ReplyDelete
  10. banyak kes macam ni....bila kita kaji balik kebanyakkan kerluarga tak
    ada agama .....

    ReplyDelete
  11. Salam, blogwalking.Follow u. Follow me back ya :-)

    Jemput join GA di blog saya.
    http://mama-iloveu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. @aimitakut sebenarnya aimi benda-benda mcm ni. :(

    ReplyDelete
  13. @yan's cottagetu la kak :( agama tidak di ambik berat. :(

    ReplyDelete
  14. puasa semua kena tahan . hee :D
    http://ceritalieya.blogspot.com/2012/08/ah-masjid-bukan-playground.html

    ReplyDelete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…