puasa

Assalamualaikum 

idea untuk berblogging masih ke laut. sekarang hanya mampu search berkaitan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. berdebar-debar untuk menempuhi nya. :) semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. insyaAllah.. di bawah syieda sertakan sekali apa yang syieda perolehi. :)


Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”


Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Syarat Wajib Puasa
  • Berakal
  • Akil Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa

Rukun Puasa
  • Berniat
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan sejak dari terbit fajar sampai terbenam matahari

Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh disiang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.



credit : puasa


yang benar

5 comments:

  1. salam....
    selamat menyambut bulan ramadan dan selamat berpuasa.....bukan sekarang
    tau....??? 3 hari lagi sabar sabar.....!!!!!semoga penuh dengan keberkatan....!!!!!

    ReplyDelete
  2. @yan's cottage wsalam..
    selamat berpuasa juga dear :) hihihi moga puasa tahun ni lebih meriah dan diberkati. insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. @yan's cottage kak, blog kak ade kluar warning malware :((

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you