celebrate bersama kawan muncit

Assalamualaikum

sate kajang : itulah destinasi kami berbuka puasa beramai-ramai sempena menyambut hari kelahiran syieda. kunonnya perancangan syieda dan muncit saja berbuka. namun last-last ramai yang datang. kekeke.. semalam cancle. hari ni serbu! :p 

abang yang bekerja di restoran Sate Kajang Haji Samuri tu tersangat ramah. kerusi tidak cukup dia tolong carikan. walaupun hakikat sebenar setiap meja sudah penuh dengan pelanggan yang datang berbuka. :) 

walaupun hari ni tiada kek, alhamdulillah tersangat kenyang. syieda habiskan 13 cucuk sate. muncit 15 cucuk sate. :) memandangkan ramai yang datang, sudah tidak terkira berapa cucuk kami order. mula-mula muncit order 40 cucuk. then syieda datang order 40 cucuk lagi. dan mereka yang baru datang, entah berapa mereka order. :)

memang muncit makan sorang la sate tu sebab sepinggan di hadapan dia. 

gambar yang muncit ambilkan. muncit ni tangan vibreto. hehe

disebabkan silap order air, saya terpaksa minum teh ais. ohhhhoooo

dalam plastik merah tu kuih charkue dan roti john. syieda mula cicah kuih charkue dengan kuah sate, last-last semua folo. sedap! serius :) roti john muncit sorang habiskan (peberet dia)

kami terpaksa duduk berasingan meja. sapa suruh tidak rancang betul-betul. kalau tidak muncit sudah menempah meja awal-awal. hihi mana yang sempat je la. makan secara berasingan. tapi ketawa, masih boleh bersahut :p

lepas balik dari makan sate. muncit bawa syieda ke the Mines. shopping!! ok duit sendiri :) hahaha.. saja berjalan mencari baju raya. last-last syieda beli beg 1. murah saja. heee..

macam biasa, lepas habis shopping, muncit akan temankan syieda balik ke rumah :) tq dear 


*kawan muncit dah macam kawan syieda. kami mula kenal antara satu sama lain semasa muncit eksident dulu. hingga sekarang. kalau ada apa-apa function dengan kawan-kawan dia, dia akan bawa syieda sekali. dan semestinya mereka mengalu-alukan kedatangan syieda. alhamdulillah.. :)

yang benar

20 comments:

  1. lama KA tak pekena satay hj samuri ni...!

    ReplyDelete
  2. waii..lama gila tak makan satay.. satay zaman skang ni kecik2 harga makin mahal. kuah tak sedap..haha.. rasa tak berbaloi gila..tapi bila tengok gambaran ini rasa cam teringin pulak!

    ReplyDelete
  3. msh sdp lg ke sis sate kajang nieh??

    ReplyDelete
  4. wah, dah lame tak makan sate..dap dap. hehe

    ReplyDelete
  5. Kuat makan si muncit ini..hahahahahha.
    Baguslah kenal kawan2 tunang...

    ReplyDelete
  6. Memang puas kan makan sate kajang nie.

    ReplyDelete
  7. @Kesuma Angsana jom kak KA, bila lagi nak merasa, time2 posa ni la best.. hihihi :p

    ReplyDelete
  8. @Rai syieda order aritu 40 cucuk + 3 jenis air total bawah dari rm40 ringgit. heee.. jom la kak rai :)

    ReplyDelete
  9. @LubLy syieda ni semua sedap kak. hihihi sedap ! :)

    ReplyDelete
  10. @Munnafendy aah kak Moon, dah btunang dah. :) 30.6.2012 aritu :)

    ReplyDelete
  11. @Hanif Idrus tapi badan die keding macam tu juga abg Hanif, jeles je.. kite ni nak makan kena berjaga, nanti badan naik :( hukhuk

    ReplyDelete
  12. @Mieya Atiera best sangat :) heeeeee nanti nak g lagi la

    ReplyDelete
  13. mmg seronok bila kawan si dia jadi kawan kite juga =)

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you