demam panas

Assalamualaikum

hari Khamis yang lepas syieda diserang demam panas yang agak melampau di opis. sebaik terjaga dari tidur yakni terlelap. hewhew terasa kaki, tangan tersangat sejuk, ditambah kepala tersangat sakit. manakala badan dan muka tersangat panas. bertahan sehingga waktu kerja habis

tepat jam 4.30 petang, terus syieda balik. maksudnya 4.25 petang semua peralatan atas meja sudah siap dikemas. PC sudah dishutdown . akak sebelah pandang saja. syieda pula menonong keluar opis. kekeke..

dari opis terus syieda ke klinik berdekatan rumah. otw balik, alhamdulillah kesesakan belum bermula. jadi boleh syieda bawa moto semaksima yang mampu agar tidak rebah di tengah jalan. :(

sebaik sampai di klinik, doktor memeriksa syieda dua kali. doktor laki pula tu, segan i tau?? hehehe tapi doktor tu pasti musykil tentang kepanasan dalam badan syieda waktu tu. :( aduhhhhh

doktor : adik belajar di kolej mana? esok ada kelas tak? sebab doktor nak bagi surat cuti ni.
syieda : erkk doktor, saya dah keja dah (muka pasrah)
doktor : saya ingat kamu student tadi. keja di mana?
syieda : saya kerja di CM. (saya dah sentap nak beramah dengan doktor, hahaha)
doktor : swasta ke? ok saya bagi kamu cuti esok. sebab demam kamu teruk sangat. ada batuk2, bersin2, sakit tekak tak?
syieda : terasa tekak perit sikit je doktor, tak pasti kalau2 esok tekak ni nak sakit. hehehe
doktor : haha pandai kamu ye? yela saya bagi kamu ubat sakit tekak sekali dengan ubat yang lain.
syieda : terima kasih ye?
doktor : sama2..:) 



balik tu terus tidur, beli makan tidak semua pun tidak. mujur en. tunang tu sanggup datang hantar makanan setengah jam sebelum berbuka. dah la terpaksa naik tingkat 5. lepas hantar makanan dia turun semula, untuk balik berbuka dirumahnya. 

semalam pun sama, hantar makanan, balik berbuka di rumahnya. cuma petang tadi syieda dan makin baik, dipaksanya berbuka rumah dia. sebabnya mak dia buat nasi Arab! yummy2.. tapi syieda nak makan tomyam!! :(( uwaaaa... gambar tak da

tomyam..tomyam.. sampai sekarang masih belum dapat lelapkan mata sebab teringin tomyam. :( ini bukan mengidam, ingin bahana tekak nak makan tomyam hahaha 




yang benar

6 comments:

  1. aik untung nye ade en.tunang...hiihihi =)

    ReplyDelete
  2. haha dah kerja pn ingt budak sekolah lagi.tak pe , awet mude lah kak!!haha
    tenkiuuuuu taw singgah belog cendol.cendol dah follow sini ^__^

    ReplyDelete
  3. hamboi..nasik harab dye..takpe,nanti g bli tomyam sendiri ek..

    mgkin doktor tuh egt syieda muda lg kot..tuh yg dye egt syieda nh studnt.. :D

    ReplyDelete
  4. @aimi aimi pun xlama dah tu :) hihihi

    ReplyDelete
  5. @Cendol sadis betul. ni kalau nak g interview susah la.. hukhuk :)

    ok dear, jap lg follow u back :)

    ReplyDelete
  6. @ajos safian hihihi hr ni bbuke dgn tomyam :) yeay!!

    * dah 23 tahun dah, hahahaha :) xmuda sangat dah ajos :)

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you