Jalan TAR, cari baju raya

Assalamualaikum

malam Isnin yang lepas. syieda dan muncit pergi mencari baju raya. yeay!! kali ini muncit belanja. terima kasih. :) saja berjalan. kami berjalan ke The Mines (pekerja di dalam The Mines agaknya dah boring tengok muka yang sama saja bulan ni) hihihi. selepas itu, muncit kemukakan idea untuk ke Jalan TAR. nak usha baju raya. 

parking moto saja. kami terus ke deretan kedai sekitar Jalan TAR. last-last syieda masuk First Lady. haha.. akhirnya beli baju di First Lady. :) "First Lady tempat lain pun ada", kata muncit. :p

tengah seronok berjalan. tetiba ramai anggota Polis, Rela, dan orang awam berlari-lari. takut! kami tidak tahu kejadian sebenar. kata muncit ada rusuhan. entah la.. malas nak amik peduli. Polis dah ada, ok la tu :) 

muncit the Wanted :) haha rokok xkan lupa! :(

ada kereta Polis. lori DBKL.

gambar takda motif :p

setelah penat berjalan, syieda duduk di bangku tepi jalan ni sementara tunggu muncit belikan jagung bakar. makan lagi

bangku ni la.

CK Rahim, usha tudung, tapi satu pun muncit tak berkenan. syieda pegang semua xnak. :(

burger Kaw-Kaw :((

dalam perjalanan pulang, muncit terus ke Wangsa Maju. nak belikan syieda burger Kaw-Kaw. yela, saban hari asyik sebut saja. nasib baik hari tu naik skuter syieda. kalau tidak penat kaki muncit nak tukar gear masa jalan jem. kereta pun orang nak gune keta auto kalau masuk KL. hihihi

kedai tu tutup malam Isnin sahaja. maksudnya kami datang salah hari :( sadis...!! jap lagi nak buat-buat demam la, minx burger kaw-kaw dekat muncit. hihihi

*petang ni half day dah. badan panas. :(




yang benar

6 comments:

  1. x sihat lagi?? tu ;lah asyyik berjalan je,,,


    *komen dengki ahahhahahah

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya dari KA sekeluarga, mohon ampun maaf andai ada salah & silap ye

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
    Selamat bercuti dan jika pulang ke kampug hati-hati di jalanraya
    Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
    Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
    Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  4. haz pun pergi jalan tar hari isnin lepas! tp time tgh hri till ptg la. x pernh g sane waktu mlm2~ hikhik

    ReplyDelete
  5. wah..wah...wah...mesti best jalan2...tu. biasalah bujang2...janji jangan lupa balik rumah k...peace.

    pls: pape nanti visit dan komen kad raya saya k....

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you