Skip to main content

kanak-kanak sekarang sudah up to date

Assalamualaikum

teringat zaman kanak-kanak dulu. lumba basikal, panjat pokok, main aci sembunyi dalam pokok padi, lompat getah, lubang tikus, batu seremban, main masak-masak, baling slipar, bola beracun, badminton, polis pencuri dan banyak lagi, dah menjadi permainan kanak-kanak pada zaman itu.

mana-mana yang sezaman dengan syieda, pasti dan mesti bersetuju, inilah permainan kami. seronok sangat. kekadang yang abang-abang, pakcik-pakcik pun nak turut serta. meriah dulu. hehe

tapi kanak-kanak zaman sekarang sudah up to date. permainan mereka Playstation, shopping, lumba moto (merempit), lepak sampai lewat malam, handphone mahal-mahal. sangat berbeza dengan kita masa dulu.

takde touching sebab masa dulu semua ini tidak mudah diperoleh. zaman dah maju, takkan kita masih mahu di takok lama. kan? tak salah untuk majukan diri sendiri. :)


cuma apa yang dikesali tentang kanak-kanak sekarang. adalah tutur bahasa mereka. tersangat up to date! bahasa-bahasa yang kita sendiri tidak pernah sebut, disebut mereka dengan lancar, dan tanpa segan silu. :(

pantang ditegur, kita pula di balas dengan kata-kata kesat. bercakap dengan kawan pun mencarut barut segala bagai. s***, b***, F*** sudah menjadi kebiasaan mereka dalam tutur kata setiap hari. wajib sehari akan keluar 1 perkataan ini dari mulut mereka. syieda akui sendiri. sebab syieda selalu dengar dari orang yang sama. (fakta:tidak semua yang macam tu)

kalau nak bergurau pun biarlah bertempat, awak dah pakai baju kurung tapi bercakap dengan kawan dalam kain pun disebutnya. :(( sedih betul! itu belum bergaduh lagi. dalam fb, myspace, twitter, bbm, viber belum kire lagi. kan? kan? :p

dua hari ni asik publish entri tidak puas hati saja syieda ni. hehe bukan apa. dah lama terpendam tidak sempat berblogging. :) hehe..

*nanti petang mahu ziarah arwah dengan en.tunang. Al-Fatihah..



yang benar

Comments

  1. betul tu! budaK2 sekarang dh lain..kurang moralnyer

    ReplyDelete
  2. tu lah kan.. bila budak dah uptodate, dah mcm jadi perkara biasa plak.. dapat compare zaman dlu ng skrg

    ReplyDelete
  3. mmg jauh beza nya dgn kita dulu...i2 yg takut anak2 mudah terikut2..click nuffnng awak

    ReplyDelete
  4. betul 2...sya setuju entry awk....bdk2 skang mag up to date dr segala segi..

    ReplyDelete
  5. zaman sekarang byk yg dah tak mcm dulu2.... hilang segala kehormatan pada yg lebih tua.... tutur kata yg kekadang menjelikkan telinga....

    ReplyDelete
  6. jauh perbezaan kanak-kanak dulu dgn kanak kanak skrg kan. kanak kanak skg mmg tersgt up to date...hemprhhh

    ReplyDelete
  7. mencarut??mmg nak kene tampar laju laju!tak suka la org mencarut..

    ReplyDelete
  8. @DAIRI FARISHA nak salah ibu bapa pun tak boleh. salahkan diri sendiri sajalah.. :(

    ReplyDelete
  9. @KorN tu la korn. takut sedih pun ade.

    ReplyDelete
  10. @Mrs Velentine tak tahu faktor ape yang menjadikan mereka begitu. sebabnya banyak faktor :(

    ReplyDelete
  11. @Remy hazza tu la abg Remy, budak taska pun dah reti mencarut. menakutkan saja

    ReplyDelete
  12. @aimi adilah pergi ziarah arwah abah muncit, aimi, rindu :(

    ReplyDelete
  13. @Zie Madini kite yang takut dengan diorg kak.. sabar je..

    ReplyDelete
  14. @:: Mrs.Eady :: tu la, berdesing telinga kalau dengar orang mencarut ni. macam terus nak jalan tinggalkan orang macam tu

    ReplyDelete
  15. stuju sangattt !
    dulu main galah panjang, baling selipar, gasing ramai2...
    tpi sekarang dieorang main ipad, iphone semua tuuu !

    zaman dulu mmg best sgt2 ! tp skrg ssh nk tgk budak2 main mcm dulu :D

    ReplyDelete
  16. @~Apam Gemok~ betul tu. best sangat zaman dulu. kalau boleh nak kekalkan permainan ni sebagai permainan tradisi, dan wajib ada dalam setiap pertandingan sekolah. best! haha

    ReplyDelete
  17. Setuju sangat. Sekarang diorang cakap semua prkataan tu macam makan biskut je. Takde rasa segan langsung.

    ReplyDelete
  18. @Nur Emilya kite pula yang segan dengan apa yang diorang cakap tu. aduhh

    ReplyDelete
  19. zaman da makin maju org pula yang makin pelik

    ReplyDelete
  20. @Hnahdy dah lain diorang sekarang. kita pula yang takut.

    ReplyDelete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…