Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

di kampung

Assalamualaikum
alhamdulillah.. selamat pergi dan balik kampung. bertolak dari Pudu jam 10malam, dan sampai ke Shahab Perdana dalam jam 8.30pagi. berkampung dalam bas tu. macam balik Segamat tu. :( jalan sesak bermula di Tol Duta hinggalah ke Sempadan Negeri Perak. huhh.. harap-harap apabila keretapi baru sudah siap, kesesakan ini akan berkurangan. haha :p
sampai di kampung. terus syieda snap beberapa keping gambar ukuran passport untuk tatapan kalian. tidak banyak gambar yang di amik. syieda ni kurang sikit bab-bab amik gambar. en.tunang memang gila bergambar. kahkah.. tahun ni still balik berseorangan. mungkin tahun depan berdua gamaknya. :p
handphone masih di dalam mood aircond kot. kabur je gambar
selepas berehat. tengah harinya pergi ke rumah spupu
sebelah petang. kiriman en.tunang. PETAI! haha
ini pinjaman dari abg google. :p

hari ni mahu beraya di sekitar Kulumpo. jom! :)
yang benar

selamat hari raya !

Assalamualaikum
blog akan terbiar selama 2,3 hari. ini adalah berikutan kepulangan syieda ke kampung halaman. nun jauh di Kedah. :) kepada yang memandu, berhati-hati di jalan raya. semoga semuanya selamat pergi dan balik.
syieda ingin mengucapkan :
Selamat Hari Raya AidilAdha. maaf zahir dan batin. semoga ceria-ceria selalu. :) 



yang benar

selesai mengedit blog

Assalamualaikum
fuhh akhirnya.. setelah merajinkan diri mengedit blog. baru tersembul 1 entri dari syieda. bermula awal bulan 9, 10 , dan berkemungkinan bulan 11. syieda akan sibuk dengan urusan pejabat. banyak berblogwalking dari menerbitkan entri. :p ayat macam penerbit drama
blog decoration baru ini tidak berubah 100% dari blog lama. cuma syieda menekankan warna biru dan pink untuk kali ini. dan lebih simple berbanding sebelumnya. kan? :) keupayaan loading page, insyaAllah akan dititik beratkan lagi. asal sekema nya ayat ni?
sebelum
komen dari en.tunang : 1. sapa yang bertenggek atas tu ye? 2. pinknya! macam kanak-kanak ribena 3. susah nak baca tulisan tu la. 
selepas
komen syieda : 1. takda sapa pun bertenggek atas header tu. awak silap tengok kot. 2. mana ada pink. biru kan? salah masuk blog kot! 3. seketul-seketul tulisan dia. ke awak rabun?

lepas ni awak kritik lagi blog saya. saya letop awak! paham..! hihihi 



yang benar

tips hilangkan perasaan marah

Assalamualaikum  Selamat Malam..
Jikalau perasaan marah mulai menguasai diri. ingatlah kita akan perkara-perkara berikut :
Perlu berasa malu dengan Allah s.w.t atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.Cuba bayangkan betapa buruknya rupa ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.Apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mu…

Malam Bintang UKM 2012

Assalamualaikum
kejadian : 06 Oktober 2012
nak upload malam tu juga, syieda sampai di rumah hampir jam1 pagi. tersangat penat. terus tido tanpa basuh muka. teruk! :(
siangnya puas berpusing 1 TS tu dengan Neeya. dari jam 11.30 pagi kami berdua mula merayap. habis semua tempat di takluk. terutama tandas. dari tingkat teratas orang penuh, dan akhir sekali tandas terkebawah menjadi pilihan kami. ya.. memang orang tidak ramai. haha :)
merayap makan mcd, cari cool blog, cari baju, dan yang terakhir, renew lesen :) jam 6.20 petang sampai di rumah.
lepas maghrib, terus ke UKM. ada Malam Bintang UKM. sapa student, staff UKM pasti tahu akan hal ni kan? :) seronok  memang seronok. sebabnya dapat hilangkan tension. :)
di bawah syieda sertakan sedikit gambar untuk tontonan semua. :) 
Malam Bintang UKM 2012 :)
juri untuk malam pertandingan. pasti semua kenal kan? :)
ini salah seorang peserta. yang lain semua gambar bergegar :p haha
pemenang di umumkan..
inilah juara. kategori staff (perempuan) dan pe…

dinner d Old Town

Assalamualaikum
genap seminggu kami berjumpa semasa mencari cap en.tunang. minggu ni berjumpa lagi. :) malam tadi en.tunang ajak dinner di Old Town White Coffee. mula-mula keberatan hendak pergi disebabkan baru lepas makan Burger Samurai + Bubur Ayam MCD. hahaha sekarang tank sudah besar la. entah berapa berat sekarang
kami memilih tempat yang dekat rumah syieda. kalau jauh en.tunang kena berhantar pula. esok dia nak kerja. :) pergi dinner makan nasi lemak. kompom balik je terus tido. mengantuk! ingat nak minum kopi Old Town punya. bertuah en.tunang! :p

ni syieda punya. :p
itu en.tunang punya :)
setelah kenyang macam dugung saja

kebetulan terpakai baju yang sama. tidak berjanji. haha dah jadi boria Old Town. haha segan-segan pula. padahal masa couple dulu, beli baju yang sama. pakai dating bersama, tidak pernah. :)
ok sudah mahu bersiap, shopping with Neeya! jom! :)
yang benar

Selamat Pengantin Baru!

Assalamualaikum

"orang lain semua dah kawin. hang bila lagi syieda oi?"
"kalau semua kawin sekarang, setahun dari sekarang sapa pula nak kawin? saya cop kawin tahun depan la kalau takda aral melintang. :)"

sapa yang bakal jadi raja sehari tu, Selamat Pengantin Baru. :)


*saja nak update sebab sekarang banyak dapat jemputan kawin. hihi


yang benar

kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Assalamualaikum
beberapa minggu yang lepas syieda ada buat entribudak sekarang sudah up-to-date. tapi hari ni, syieda nak tulis pasal orang berumur pula. bukan entri berbaur emosional ataupun perli-perli

------------------------ situasi 1 : staff baru, baru hari ni start keja. ingin beramah mesra dengan rakan sepejabat. 
staff baru : assalamualaikum..kak, saya staff baru. Minah. minta tunjur ajar dari akak ye? (sambil tangan dihulurkan untuk berjabat tangan)
staff lama :(tengok staff baru atas bawah) ehhh! Timah! mane kau pergi tadi? (berlalu tanpa pedulikan staff baru tu)
si Timah tu pending sekejap. padahal dia g tandas saja. -------------------------
situasi 2 :  dengki orang muda lebih sikit dari dia 
Salmah : ehh Senah, kau tahu budak tu umur baru 20tahun. buat macam dia tahu semua. benci aku tengok budak tu. 
Senah : budak mana yang kau maksudkan itu Salmah? Minah ke?
Salmah : yela. benci la aku nak sebut nama dia. buat geli tekak aku saja.
Senah : ishh tak baik kau cakap macam tu Salm…