Skip to main content

kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Assalamualaikum

beberapa minggu yang lepas syieda ada buat entri budak sekarang sudah up-to-date. tapi hari ni, syieda nak tulis pasal orang berumur pula. bukan entri berbaur emosional ataupun perli-perli


------------------------
situasi 1 : staff baru, baru hari ni start keja. ingin beramah mesra dengan rakan sepejabat. 

staff baru : assalamualaikum..kak, saya staff baru. Minah. minta tunjur ajar dari akak ye? (sambil tangan dihulurkan untuk berjabat tangan)

staff lama : (tengok staff baru atas bawah) ehhh! Timah! mane kau pergi tadi? (berlalu tanpa pedulikan staff baru tu)

si Timah tu pending sekejap. padahal dia g tandas saja.
-------------------------

situasi 2 :  dengki orang muda lebih sikit dari dia 

Salmah : ehh Senah, kau tahu budak tu umur baru 20tahun. buat macam dia tahu semua. benci aku tengok budak tu. 

Senah : budak mana yang kau maksudkan itu Salmah? Minah ke?

Salmah : yela. benci la aku nak sebut nama dia. buat geli tekak aku saja.

Senah : ishh tak baik kau cakap macam tu Salmah. kita tak kenal lagi siapa dia. mana tau, sedikit sebanyak kita boleh berkongsi ilmu dengan dia.

Salmah : ahh aku malas nak amik pusing apa yang dia cakapkan. tengoklah! suatu hari nanti, aku akan kenakan dia habis-habisan.

Senah : dah kau kenapa Salmah. biarlah budak tu nak berkongsi ilmu. kau tak suka, janganlah sampai malukan dia. tak baik!

Salmah : persetankan! 

Senah : aku malas nak berkawan dengan orang macam kau ni. pantang orang lain dapat lebih tumpuan dari kau. ada saja cara kau nak jatuhkan orang tu. dah kita putus kawan!

padan muka kau Salmah! hahaha

--------------------

walaupun kita sudah banyak makan garam. rasanya tidak patutlah kita bermegah-megah dengan apa yang kita pernah lalui. cukuplah sekadar merendah diri. jangan setiap perbuatan serta percakapan kita berbaur riak.

apa yang penting, berkelakuanlah seiring umur awak. :p nak cari pasal macam-macam. sabar saja..


malam semalam kami (syieda, en.tunang, abang, kakak ipar, serta anak buah en.tunang) ke LCCT untuk menghantar mak en.tunang berlepas ke Indonesia. seronoknya kalau dapat g sana! :p so far, gambar di LCCT tiada dalam koleksi syieda, en.tunang saja yang meroyan snap bagai-bagai. 


yang benar

Comments

  1. semua tu berpunca dari hati...kalau hati busuk, tak kira tua muda, ia boleh busuk kalau nafsu mahukan...

    ReplyDelete
  2. kalo da busuk hati sbar je la

    ReplyDelete
  3. Ni perkara lumrah dalam dunia pekerjaan..yang junior kena hormat yang senior..hehehe

    ReplyDelete
  4. @Cikgu Ma betul tu cikgu, kesian staff baru tu. hrmmm :(

    ReplyDelete
  5. @BeLLa kena sabar dengan orang macam ni. kalau tidak sekali dengan kita dapat darah tinggi :)

    ReplyDelete
  6. @Hanif Idrus hihihi kekadang senior tu, poyo kerek pula. haha

    ReplyDelete
  7. ahahahhahah lempang je lau dpt kawan g2 =)

    ReplyDelete
  8. bukan staff jer cam nie, dlm campus pun ada situasi cam nie tau. maklumlah senior rasa bangga diri lak dpn junior2 nie.

    ReplyDelete
  9. Akan berlaku situasi mcm nie....apa pun byk bersabar...

    ReplyDelete
  10. (: jgg ikutkan sngt emosi dan kata hati, kena berfikir byk kali sblm akibat buruk berlaku nanti.

    baru jejakan kaki di sini 1st time. balas balik kunjungan kamu dari http://steffanylife.blogspot.com on segmen follow sampai lebam.

    ReplyDelete
  11. hye dear.. you being tagged here http://alyajane.blogspot.com/2012/10/contest-blog-siapa-yang-kawaii-tu.html

    ReplyDelete
  12. @mizsfatima tu la, padahal dulu diorg pun junior juga. geram pun ada :(

    ReplyDelete
  13. @azie namico :) kkadang geram dengan diorg yang suka bt perangai gini :)

    ReplyDelete
  14. @Jane. P kalau ada kelapangan saya akan joint :)

    ReplyDelete
  15. btul2.. hehe..

    wah.. gi indon, bestnye.. mak die gi b'cuti ke syieda?

    ReplyDelete
  16. @Nisa Greennnpanda mak muncit je g indon. syieda insyaAllah tahun depan ke sabarh :)

    ReplyDelete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…