tips hilangkan perasaan marah

Assalamualaikum 
Selamat Malam..

Jikalau perasaan marah mulai menguasai diri. ingatlah kita akan perkara-perkara berikut :

  1. Perlu berasa malu dengan Allah s.w.t atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
  2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
  3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
  4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.
  5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.
  6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.
  7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
  8. Apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.
  9. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
  10. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
  11. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.



A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Maksudnya: 
“Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”



credit : sinergihati


yang benar

1 comment:

  1. tenq sharing

    mudah2an kita dijauhkan dari sifat marah ni

    tak elok kan ;)

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you