BERSIH lagi!

Assalamualaikum...

(MAAF, ENTRI NI PUN TUAN BLOG SENDIRI TAK BERAPA SUKE)

BERSIH. tahu ape tu BERSIH? syieda baru tahu apa tu BERSIH. bukan bersih rumah dari habuk. bersih baju dari kotor. BERSIH dalam segi bahasa bermaksud kesucian dari segala jenis kekotoran dan pencemaran. Bersih juga merupakan bahagian daripada iman. Dan bersih juga satu amalan yang mulia.


gambar xda kene mengena dengan entri. sekian.

tapi.. bersih yang tengah ramai orang perkatakan ni, adalah perhimpunan BERSIH. pagi ni opismate (chinese) asik perkatakan tentang BERSIH yang akan berlangsung esok iaitu 28 April 2012. bertempat. google la. teman xmasuk campur. hihi

katanya, "u xdak joint itu BERSIH ka esok". mentang-mentang ramai yang hadiri perhimpunan tu MELAYU. amboi. den xmain la perhimpunan-perhimpunan ni. xsuke tau!

katanya, 
"hutang mesti bayar ma. nanti anak-anak kita susah nak dapat pinjaman kalau sekalang kita buat hal. mereka mesti mau sedikit upah untuk pinjaman kepada kita. kalau kita xmau bayar ptptn, kena skor la baru dapat free. itu kerajaan mana mampu bagi belajar free untuk semua pelajar Malaysia, bukan sikit ma. aiyaakk.. ini makin susah o.. saya pun ptptn lorh. bayar saja. dah berhutang."

emmmm kalau dah bukan Islam pun tau hutang patut di bayar. inikan orang Islam. tahu hukum hakam. dulu masa memohon sain semue syarat-syarat yang pihak PTPTN kemukakan. sekarang? 

duit tu pun dah jadi darah daging kita dah. ishhh serius langsung tak paham apa yang korang nak lagi. kerajaan dah bantu banyak dah. semua nak free, cepat la jadi PM ke Agong ke. free je dapat.

emmmm maaf la emo pulak pepagi ni. hihi..

**BERSIH takde kaitan dengan PTPTN. harap maaf.. -.-



*kenapa sekarang asik busy je? xsempat nak borak dengan kawan-kawan. T_T 

yang benar

kaki novel

Assalamualaikum..

pagi tadi dah buang tebiat update awal-awal pagi. petang ni tah ape pulak yang bakal syieda update. -.- seharian di opis kepala asik pusing je. pusing sebab pikirkan masalah negara la. + rindu mak di kampung. hukhuk.. mak, datang la keyel, nak bawak mak jejelan! @_@

dua tiga minggu lepas, syieda ada beli novel secara online dari pihak Kaki Novel. semua bookstore sudah kehabisan. itupun baru masuk hari ke-16 novel itu dipasaran.

pihak Kaki Novel menjanjikan seratussatu kemudahan kepada ahli-ahlinya, iaitu menyediakan penghantaran secara percuma ke seluruh pelosok Malaysia SAHAJA. stok novel pun tidak pernah putus. -.- itu yang bestnye  online shopping. kihkih.. -.- yuran keahlian pun takde. -.-

jadi, syieda order novel yang syieda cari-cari tu. iaitu I.S.M. -.- best cerita ni. romantik versi kucing dengan tikus. kihkih sinopsis novel ni boleh baca di SINI

 

ini adalah novel M.A.I.D dari penulis yang sama. kak Suri Ryana.. best! -.- kalau nak baca lebih boleh ke blog kak Suri sendiri


dan di bawah ni, adalah novel-novel baru untuk bulan ni. cepat-cepat kita beli. murah-murah dari harga pasaran. haaaa... xmo tunggu. (alamak macam promosi lak) 

      




*warning : jangan daftar main-main pulak ye? hihi



yang benar

gambar kawin

Assalamualaikum... 

pepagi ni dah buang tebiat gamaknye, update blog. hakhak.. fb terpaksa dijauhkan dari syieda pada waktu begini, sebab musababnya, encik muncit akan pantau dari handphone die. maka, dengan ini cara yang paling selamat adalah mengupdate blog. (encik muncit takde blog) hahaha gelak jahat. opsss nakal la.. -.-

disebabkan tidak tahu nak membebel apa pepagi ni. otak sudah beku. sejuk pepagi ni kan? syieda nak tepek beberapa keping gambar ukuran passport. muka sapa? hihi muka ahli keluarga muncit. -.- (bakal) insyaAllah..



macam gengster. kekeke.. bile pakai spek mata, nampak lebih tua dari umur sebenar. hihihi ok zzzzzzzzz..




yang benar

funfair

Assalamualaikum... 

sebelom mula menaip, nak bagitahu cerita ni dah hampir basi. tetibe tengah asik kemain buat kerja teringat kisah ni. jadi, saja nak taip la. hihihi.. -.-

kisah ni terjadi awal bulan April tahun ni. -.- perlu ke mention macam tu syieda? ok. awal bulan ni la.. hihihi baru lepas gaji. terasa nak hiburkan hati ni. kekeke.. tertinggal satu. bersama sang kekasih.. wahaha..

nak pergi Genting semata-mata nak main permainan, macam tidak berbaloi. nak panjat Genting tu.. uishhh tersangatlah mustahil di waktu sang kekasih baru sembuh dari kemalangan. jadi kami berdua mengambil options untuk ke satu tempat yang murah, dah berbaloi. kahkah.. ok jangan cakap tempat tu Time Square! -.-

haha.. kami berdua menyusuri denai belukar sawah lombong semua untuk sampai ke tempat tu. ok ini hypebola! kami pergi ke funfair. wakakaka..@_@ funfair Balakong tu. mane lagi yang terdekat dengan saya. kihkih

dalam jam 9malam, kami sudah terpacak di depan pintu gerbang funfair tu. kebanyakkan yang datang bawa anak, isteri. malam masih muda. sebab tu tidak ramai budak-budak muda. ahhh biarkan mereka. -.-

berbekalkan RM50. tak boleh banyak-banyak, amalan syaitan.. @_@ kami memilih untuk bermain permainan yang mencabar kekuatan dalaman dalam diri masing-masing. muncit memilih untuk bermain :

2 token sorang : takot naik benda ni sebab bergoyang sangat. si muncit siap goyang-goyang kandang besi tu. aduhhhh nak marah pun tak boleh. gelak je lah.. cover line. kihkih syieda ni ciap pegang besi kandang. takot. kahkah.. muncit gelakkan syieda. xpe2... -.-

2 token sorang : ni pun pilihan muncit. kunonnya nak ajar syieda drive kete. haaa amik kau. langgar semua orang. kahkah.. sekali muncit dilanggarnya. laju sangat! hihi dah nama pun kete langgar kan?  seronok je die kenekan syieda malam ni.. xpe2.. -.-

2 token setiap permainan : die main tembak burung papan. kompom xkene sebab burung tu burung papan. bukan burung diletakkan di atas papan. sampai kucing tumbuh tanduk pun, burung tu xjatuh. best sangat la.. -.-

jam sudah menunjukkan jam11 malam waktu tu. kami tinggal sorang 2 token lagi. si muncit tanya syieda nak main apa pulak. hrmmmm tetiba terpandang benda ni :


2 token sorang : kami naik berdua satu seat yang disediakan. mula-mula best je die gelakkan syieda. muncit gelakkan syieda sebab tudung dah xbetul. hahaha.. lama kelamaan, benda ni berputar ligat atas bawah atas bawah.. mengucap panjang si muncit. siap cakap nak muntah. hahahaha.. kali ni turn saya pulak gelakkan die. agagaga...

turun je dari permainan ni, terus ajak balik. kahkah.. jalan die pun dah tak betul, tapi cover jalan agar tak jatuh.. hahaha.. muncit muncit.. die ade cakap, kalau benda tu tercabut. terjelopok kami berdua atas jalan raya. kompom polis trafik pikir kami ni orang dari bulan jatuh ke bumi. kelepekk!! bunyinya..

*muncit, lepas ni nak main kapal layar terbang tu la..hahaha




gambar : jejaka

yang benar

sape yang pening sebenarnya?

Assalamualaikum... 

sebelom balik kerja. akan di jengah sekejap cbox untuk tengok pelawat yang tinggalkan pesanan untuk syieda. mane tau, kot-kot ada yang hantar kad jemputan kawin. dapat makan nasi minyak. insyaAllah... namun apa yang syieda pelik. adalah pesanan dari pelawat syieda ni. @_@ 


kenapa berdoule, bertriple semue ye? aduhhh sudah cuba berkali-kali untuk baiki keadaan ni. tapi cbox ni still degil. keras kepala, keras hati hempedu limpa semua. asik buat hal je.

akhirnya terpaksa create new cbox. hopefully xda dah berdouble2.. semua tu. sadis. @_@ lepas bw baru la delete cbox lame tu. sekarang dah pasang kekuda kuat-kuat utk cbox ni. jangan meragam lagi. haaa.. kang terus cek xguna dah cbox semua ni. haaa..

ok, jom semua bersiap siaga untuk memecut balik ke rumah.. hihihi



daaaa...

yang benar

6 perkara yang melalaikan kita

Assalamualaikum... 

ok last update 19 April 2012. hahaha.. lama sudah tak hupdate blog ni. biasa lah penyakit M datang lagi. srooottt sroooottt sambil lap hingus. wahaha pengotor la! sekarang ni syieda cukup lalai dalam melaksanakan tugas harian. termasuklah mengemas rumah, memasak, membasuh baju. tapi nasib baik la duduk dengan kawan.-M-

banyak benda yang boleh melalaikan kita dari melakukan tugasan harian kita. percaya atau tidak, sedar atau buat-buat pending. semua ni perlu kita ketahui. baik tua, mahupun muda. lelaki mahupun perempuan. -.- antaranya :


1. hiburan
salah satu cara untuk melepaskan tension disebabkan oleh kerja, mahupun masalah 'rumah tangga'. namun, harus diingatkan, masalah tidak dapat diselesaikan dengan hanya terpekik terlolong di dalam pusat hiburan sampai ke Subuh. cara yang paling berkesan, dekatkan diri dengan Pencipta.

2. tv
pernah tak antara kita perasan, kita akan duduk didepan tv selama berjam-jam walaupun cerita/drama yang disiarkan tidak menarik perhatian kita. dari satu channel ke channel yang lain, kita akan cari. cuba kita pikir "lagi baik masak/tolong mak/tolong ayah/buat kerja sekolah dari tengok tv ni" haaa.. kan elok.. -.-

3. telefon
(blushing) setiap orang yang tengah hangat bercinta akan menggunakan handphone tak kira la cap ayam ke cap gajah ke, janji handphone sebagai medium untuk mengenali pasangan masing-masing dengan lebih dekat. -.- dari buat Hot Tiket ke Super Saver, tak cukup lagi buat SOS top up. (pengalaman) . tambahan sekarang ada kemudahan seperti bbm, whatsupp, xpayah nak topup-topup.. keypad pun boleh tercabut sebab menekan keypad 25jam. nonstop! pendekatan yang lebih baik, utus la surat. kan romantis gitu. -.-

4. komputer
komputer ni pun boleh melekakan kita sendiri. terutama, game! mana tidak leka nya, kalau dah boleh main. ditambah menang atau memperolehi markah tertinggi. mulalah gian nak main lagi. sampai sedar-sedar dah Subuh. hihi (itu terjadi semasa study dulu). sekarang pun!! @_@ cuba buka Zuma, The Scruff, dan banyak lahi. gian kan? @_@ caranya adalah unistall segala game-game best. tinggalkan dalam laptop/komputer game yang tak best. mesti kejap je kita main game tu. kihkih

5. internet
ni usah dicakap. semua orang termasuk syieda sendiri akan leka. kalau dapat berchatting, berbalas-balas komen, bertweet2, macam-macam ber lagi la. segalanya lupa. tersengih hingga ke telinga pun ada. macam-macam. tambahan pulak, nak cari apa saja, google je. macam-macam dicarinya. dari A - Z .. cara yang paling mudah, cuba langgang internet yang paling kecil koutanya. haha bila loading lame, mula la tarik muka enamblas..-.-

6. novel
yang ni cuma tambahan untuk diri sendiri. hihihi kalau dah dapat mengadap novel, + jalan cerita tangkap lentok punya. sanggup bersengkang mata untuk habiskan sebuah novel. kunonnya bila berhenti tidak dapat menghayati jalan cerita! tipu tipu!! esoknya mata macam panda. caranya adalah, sediakan satu kotak besar untuk novel, packing dan letakkan gam gajah di penutup kotak tu.



sumber : ukhwah

sekian hehehe..
yang benar

bagi salam elok-elok sikit!

Assalamualaikum... 

tak jawab salam berdosa.-.- masa kecik-kecik dulu selalu cakap macam ni dengan kawan mahupun sepupu sepapat, ikan sepat ikan keli semua. dengan orang yang tak berapa nak kenal pun bedal cakap macam ni. -.- entah apa yang orang pikir entahlah.. janji dah bagi salam, settle. pemikiran budak-budak macam tulah.. bagi salam, larikkk!! hiiihi


sekarang ni perkataan As-salam ni kurang dah. tak amerika la! hello, hi, hoi, woi, oit.. tu yang menjadi kata sapaan. apa-apa an.. salam mane? alaaaa.. orang yang bercakap ni pun apa kurangnya, kan? @_@ sebab sendiri tau la, entri ini di buat. untuk sedarkan diri sendiri.

hello, hi, hoi, woi, oit ni digunakan untuk kawan-kawan sama waktu dengan kita. kan? alaa.. biasa la, kawan. bukannya bapa mertua, mak mertua, biras, abang ipar, dato' untuk formal cenggitu. -.- ehhh "halimah? skemanya kau, bagi salam semua bagai. dah buang tebiat gamaknya."

betul ke idak? ce jawab? hihi

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan …Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

di bawah adalah maksud setiap perkataan "salam" yang selalu kita gunakan dalam kehidupan kita tanpa / mungkin kita sedari.

As-salam - membawa maksud yang sama "Assalamualaikum"

salam - selamat tinggal 

bye - jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

semekom - “Celaka Kamu. ”

a'kum - binatang 
(gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi dalam bahasa Ibrani. singkatan daripada ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’. yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT". ) 

Jawab salam yang betul ialah ;
WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya ; “WAALAI KUM SALAM

beri salam yang betul :
ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

lepas ni, bagi salam penuh ye syieda. mendoakan kesejahteraan orang lain.-.- haaa.. kan elok. takde la orang nak hentam lagi. hihi bukan ada apa pun. manusia biasa la. paku dulang kayu serpih, ........ lu pikir la sendiri (Nabil cakap)




“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye”

Dan bukannya :
 
“Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti 

” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

gambar : gambar
sumber : As-Salam


xda size!


yang benar

under construction

Assalamualaikum..

setelah selesai makan malam, akhirnya berjaya juga siapkan blog ni.-.- walaupun agak lama "under construction", akhirnya siap juga. dah macam diari berwarna. nak cerita apa pun, suara-suara kecil tak kan mampu bersuara. hihihi 

sekarang blog sudah boleh di buka seperti biasa. -.-

saja nak tambah.. -.-

seronok pulak melayan cerita Cinta Buat Emelda di tonton.com.my ni. Emelda dan Arief Fatah. adik Mia ni comel pulak ye? hihi petah bercakap budak ni. dah la comel, cerdik pulak tu. -.- untung mak ayah si Mia ni. -.-


alamak langsung tidak boleh update blog. sebelah blog sebelah cerita Cinta Buat Emelda. fokus langsung takde. kihkih.. kalau macam ni, nampak gayanya terpaksa cepat-cepat update blog. hihihi.. 





yang benar,

baby gurl baru!

Assalamualaikum... 

pepagi lagi dah sampai opis. opismate pandang saja. senyum sajalah, takkan nak mengelupur atas lantai opis semata-mata tak bagi diorg tengok.. -.- "asal semua orang pandang saya lain saja arini??" tertinggal hidung di atas jambatan Singapura ke? emmm jauh bebenor ye syieda. 

orang-orang kampung sekalian!! disini ada satu pengumuman..

harini syieda nak bagitahu, syieda baru dapat anak buah. erkk anak sepupu tu anak buah ke? tibai je la labu! -.- baru xbaru sangat la der.. dah sebulan dah. selagi xbalik kampung tengok baby gurl ni, selagi tu perkataan "baby baru" akan tertanam dalam benak ni. haaaa..

nama baby gurl pulak Nur Afina Sofia. maksud nama tu, panggil abg google tolong searchkan. hihihi setakat ni, abang sepupu syieda tu dah ada sepasang. dua-dua ikut muka maknya. yang kecil ni macam ikut ayahnya je. hahaha.. tau2 je ko ni syieda!

cerita pun kalau takde bukti orang tak percaya pulak. ihihi -.- kejap ye nak upload. -.- weeee...



nilah Nur Afina Sofia

haaa... tengah pikir, name panggilan ape yang sesuai untuk baby gurl ni ye? -.- dalam kepala mesti nak panggil pelik-pelik untuk senang ingat. haha Sofia kot. @_@ nenek di kampung mesti panggil Sepia.. ohhh sephia shiela on 7 gitu. nenek, biase la "f" nye xberapa nak dengar.

 ni pula abang dan kakak Sofia ni.



Mohd. Aliff Iskandar dengan Siti Nur Ainul Balqis. si kakak tu pos bukan main lagi. haaa.. sakit pinggang ke kakak? @_@ cik abang tu, kire control hensem dah. hihi merepek la syieda!

ok, rasa cukuplah sekadar cerita dapat baby baru. hihi. esok cerita lain pulok ye? -.-





yang benar

penulisan hancus

Assalamualaikum... 

nampak sudah berabad lama blog ini tidak berupdate. hihi penyakit M asik datang melanda saja. buka lappy jogging2 then layan tonton.com.my je. haha -.- kemarin ada jugak rasa nak update sebab nampak contest. kalau tidak memang tak kan syieda menekan keyboard lappy di rumah tu.

sekarang sudah asik dengan group abg sham and the geng ni. seronok jugak. kekadang dapat sedikit ilmu. yela, diorang semue ade pengalaman. anak-anak pun ade sebaya syieda ni. entah macam mane syieda leh tersesat. -.- dah macam rusa masuk kampung. ngeh2..

minat ke dalam bidang penulisan ni? owwhh syieda bab karangan hancur. SPM karangan syieda hancus. samelah dengan writing. pengetahuan am lagilah melingkup. -.- 

sebab tu mak cakap jangan. itulah yang dibuatnya. tak reti bahasa Melayu. mak cakap "syieda, jangan maen tepi sungai". last-last jatuh dalam sungai. merasa la makan air sungai yang warna coklat tawar tu. "syieda, takmo gaduh dengan abg!" last-last kepala abg di hinggap ketul simen. "syieda, g belajar naek moto dengan abg. nanti boleh bawak mak jejalan". last-last dengan abg masuk sungai. dengan mak masuk sawah.-.- yela mak, syieda dah bawak mak jalan-jalan dalam sawah. -.- ngeh2..


dulu masa di kampung selalu buat mak naik angin. -.- tapi mak cool blog je. diam-diam.. last-last kalau dia tempit, berkeliaran lari. suspek utama syieda la. ayah masuk campur bila adik kacau syieda. hehe.. cisss syieda, amik kesempatan! mula-mula adik kejar syieda dengan ular plastik. last-last ayah kejar die dengan tuala. hahaha lari lintang pukang mamat tu. -.-

terasa seronok pulak bila teringat zaman kecil-kecil dulu. macam lelaki. tapi bila dah besar, lembik bukan maen. aduhhhh... tak tahu penyakit apa yang datang buat enzim-enzim dalam badan ni jadi lembik. -.-

ok-ok sudah mau pulang. jumpa di rumah ya? hihih daaa...





ehhh lupa nak cakap, abg sham tu kawan abg zul, abg li, abg wan, kak farah. kak farah pulak kenal kak jie. kak jie pulak satu tempat dengan along. abg apai pulak kawan baek abg zul. abg adi tu, kawan abg sham. ahhhh.. semue la dalam tu kenal abg sham. xingat2... -.- tulun2!! ok tuutp cerita. shut up syieda! 






yang benar

aku & dia dah putus..

Assalamualaikum...

“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”


beberapa bulan kemudian


“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum ” ada…mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur


copy paste saje. tiada kene mengena dengan tuan blog. -.- insyaAllah..


*sumber :  http://jatuhbangunmiszcahye.blogspot.com/ 


yang benar

survey cincin

Assalamualaikum...

pertama sekali, syieda ingin bersyukur kerana, kita masih mampu bernafas di atas muka bumi ini. amin.. syukur sangat-sangat. dengan kejadian gempa bumi yang berlaku pada jam 4.38petang tadi. berukuran 8.7 pada skala Richter. di dalam group bbm semua orang bercerita tentang gempa bumi. ya Allah... takot sangat-sangat. namun siapa tahu, itu semua ketentuan Yang Esa. syieda tidak rasai gegaran tu sebab syieda tengah tolong muncit di kedai die. hukhuk.. 
-sumber_ondscene-

dan di tambah dengan hari ni adalah hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. dalam hati. ada sedikit rasa bangga jadi anak jati Negeri Jelapang Padi itu. -.- peace! semoga semuanya akan berjalan lancar. insyaAllah...

dan... (amboi banyak betul dan dan tu syieda!)

tadi muncit ajak syieda dating dekat Poh Kong! amboi-amboi abg lemang tu suka-suka saja nak g sane. haha.. dia nak survey cincin. suruh syieda try semue jenis cincin. yang paling menyedihkan. saiz cincin! hohohoho....

kenapa? 

sebab jari teman kecik! uwaaa... pekerja Poh Kong senyum saja, cari saiz tak jumpe! hukhuk.. @_@ si muncit ni asik suruh cari saiz yang ngam dengan syieda. hakhak..



bila cerita pada mak, mak gelak berdekah-dekah.. kata mak, jari syieda ikut jari arwah atok sebelah mak. jari kecik tapi panjang. kalau pakai inai, kene gune inai dalam kuantiti yang banyak. sebab panjang. haha.. sayang arwah atok. Al-Fatihah...

**ayah pun same gelakkan syieda. mana nak cari saiz 8 1/2 or 9 tu.. hukhuk.. dah kene tido, ayat dah tunggang langgang. penat berjalan. hukhuk.. esok berjalan dalam blog pulak. hihi c u later. daaaa...




yang benar

tips ketahui petanda awal kekasih curang

Assalamualaikum... 

mesti kita tidak terfikir orang yang selama ni rapat dengan kita, baik dengan kita. berkongsi rase air tapi gelas masing-masing akan bertindak curang di belakang kita. syieda sendiri pun tidak pernah terpikir. sebabnya kita percayakan sang teruna kacak lagi menawan + gagah berani ni. 101% pulak tu.

namun kita tidak sedar, diri kita telah di permainkan. hinggalah tiba hari-hari penting seperti pertunangan, perkahwinan baru kita dapat tahu hal yang sebenarnya. di saat itu, tiada apa yang mampu kita gambarkan dengan perasaan sedih tu, kan? oleh itu, jom syieda huraikan sedikit situasi tanda-tanda ini berlaku :


1. Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan kita. kesilapan kecil yang anda lakukan secara tidak sengaja, akan menjadi kesilapan besar bagi dirinya. sehinggakan diri anda di malukan walaupun di khalayak ramai. walaupun sedaya upaya anda mengelak dari melakukan kesilapan, tetapi dia tetap mencari kesilapan anda. walaupun kesilapan itu tidak senyum pada dia. kan dah haru namanya. kalau pasangan anda begini, lebih baik anda tinggalkan dia untuk sementara waktu supaya dia tenang jiwa. (sakit jiwa kot)

2. Tidak membenarkan anda membelek handphone. kalau di awal usia percintaan, belum sempat duduk sudah dihulurkan handphone untuk "check". kalau-kalau ada nama perempuan lain. namun, sekarang. usahkan belum duduk, handphone pun langsung tidak kelihatan di tangan si dia. sorok! sedaya upaya mengelak berbincang mengenai handphone. jikalau anda pegang handphonenya, sepantas kilat dia pun akan kelam kabut untuk call sana sini. kunonnya busy. pppppdahhhh!!

3. Perbualan terbatas. jikalau mula-mula bercinta, on call hingga 2,3 pagi pun sanggup. dok "i lap u, u lap me", habis satu restoran mengelap. takpe, sanggup. namun sekarang call hanya untuk kepentingan saja. itu pun "hello, nanti jumpe dekat restoran Ali Baba jam5 petang tau? bye!" tutt tuutt.. belom sempat jawab ok. haha. dia akan putuskan talian dengan anda secepat mungkin, sebabnya malam nanti sudah plan hendak bergayut dengan kekasih baru.

4. Asik lewat di dalam setiap temujanji dengan anda. setiap kali temujanji, pasti si dia akan terlambat. sekarang, anda yang menunggu dia. berpanas terik. langsung dia tidak hiraukan. langsung tidak di tanya. hanya yang terucap di bibirnya, "sorry lambat jem la.. ade eksiden. jom kita masuk shopping mall". padahal, anda pun baru melalui jalan yang sama.

5. Kerap memberi alasan penat dan busy. sudah menjadi trend alasan dia. penat dan busy. orang lain pun kerja jugak. takde penat sampai tak boleh bangun. PM kita pun ada masa untuk keluarga dia. kalau terlalu kerap alasan penat dan busy yang dia berikan, anda hendaklah menjadi penyiasat untuk mengetahui apa aktiviti dia. samada di rumah atau di luar rumah.

6. Tidak berkongsi aktiviti bersama anda. anda langsung tidak dibenarkan untuk mengetahui aktiviti dia. apabila di tanya, langsung anda akan di marah. setiap aktiviti hujung minggunya akan di isi dengan aktiviti luar. baik anda cek semula. -.-

7. Nama di dalam handphone. kalau dia selalu bermesej, whatsupp, bbm dengan seseorang sepanjang hari. even namanya Naresh ke, mesti ada sesuatu yang disembunyikan. Naresh ke Narisha. hikhik.. jangan betul-betul Naresh sudah la.. haha.. terus reject!

8. Selalu tersasul nama perempuan lain. kalau ini yang terjadi. lebih baik berbincang. samada hendak meneruskan perhubungan dia dengan anda, ataupun berhenti di sini. kerana makin lama anda bermasa dia, makin susah untuk anda melepaskannya. walaupun hakikat sebenar sudah anda ketahui.


kalau si dia memiliki ciri-ciri ni. lebih baik anda mula mengorak langkah untuk mencari jalan penyelesaian, dari membiarkan ia berlarutan. ataupun kecundang di tengah jalan. tidak semua orang sempurna. cuma kita mencari yang boleh membimbing kita ke jalan yang di redhai. insyaAllah...

semoga tips-tips di atas dapat membantu anda. -.- tapi kalau di awal perkenalan dia memang berperangai sebegini. tiada apa yang nak di risaukan. hihihi




yang benar syieda

oblong CM

Assalamualaikum...

nampaknya sudah hampir seminggu tidak menghupdate blog ni. rasa macam setahun tidak update. wahahaha... kepada semua pemenang ga syieda, alhamdulillah semua sudah mendapat hadiah. cuma tinggal pemenang saguhati syieda belom post lagi. -.-




hari ni lunch oblong central market. sedappp.. sampai menjilat jari. hahaha ni 1st time makan oblong central market setelah hampir setahun setengah bekerja sebelah central market. wahaha...

sedap sangat sebab setiap rasa memenuhi citarasa syieda. pedas, masam, rangup dengan timun. wow! superb! bagi syieda, ni lah antara oblong terbaek pernah syieda makan. -.- sebelom ni xpernah makan pun. wahaha.. 

dulu taksub makan mekdi. hari-hari makan mekdi. selama hampir setahun. wahaha.. -.- muka pun dah bulat macam ayam dan burger mekdi dah. kene stop dah makan mekdi ni. -.-

lepas ni nak update selalu la blog ni. biar readers syieda pening, dashboard penuh dengan link syieda. hahaha.. -.- 

jom la ke Central Market perkena oblong CM (Central Market) ni. thumb up! kepada readers, selamat menjamu selera di blog syieda ni. -.- 




yang benar

pemenang ga lovestory313

Assalamualaikum... 

maka tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua peserta GA kali ni. seperti yang syieda cakapkan, malam ni pemenang akan di tentukan. dengan ketangkasan 50km/j, syieda akan membuat cabutan sekarang. yeayy!! kepada semua peserta sila bersedia semua. -.-


sila email selewat-lewatnya 5 April 2012 (Khamis). kalau tiada feedback, cabutan untuk pemenang baru akan di buat. -.-





cabutan pertama
no 60

cabutan kedua
no 2

cabutan ketiga
no 148

1. pemenang cabutan 1 hingga 3, sila emailkan syieda no cabutan dan;
no fon (jika mahu syieda top up)
no akaun (jika mahu syieda bank in)
ke loves_313@yahoo.com



saguhati
no 242

2. pemenang cabutan bertuah, sila emailkan syieda no cabutan dan;
nama, alamat penuh, no fon
ke loves_313@yahoo.com

maaf sebab syieda tidak dapat upload bukti cabutan tadi sebab internet loading slow sangat-sangat. mengalahkan siput berjalan. over kuota. sape la punye keje download sampai terlebih kuota ni! sabar je la.. hukhuk.. dari jam 9 malam tadi loading xlepas-lepas. @_@

dan kepada semue peserta, terima kasih yang tak terhingga kerana sudi joint ga ni. nanti ade ga ape-ape syieda pulak joint. ye? -.-






yang benar,

perhatian peserta ga !

Assalamualaikum..

kepada semua peserta giveaway, sila semak status kalian semua. takot ada yang tertinggal. kalau semua ok, syieda akan memulakan cabutan pada petang atau malam esok. ok? -.- yeahhhh!! xsabar pulak syieda. hihihi cek jangan tak cek. hihihi


dan...

selamat malam readers. dah makan ke belom? mesti uolls semua dah makan kan? tengok jam la, sudah jam berapa nak tanye soalan makan tu syieda. hiihihi 

malam ni sangat-sangat keletihan sebab hari ni window shopping dengan sang teruna sorang tu. window je la. nak bershopping, tak berminat. takde benda yang nak di beli. dalam erti kata lain, save untuk masa akan datang. hakhak.. merepek!

di sini, syieda nak ucapkan tahniah kepada semue readers dan peserta Giveaway syieda ni sebab telah berjaya mengharungi pahit getir pada tahun 2012 ni. pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke-4 dalam tahun 2012. umur pun makin hari makin meningkat. -.- tapi syieda belom matang-matang lagi! huhuhu

semoga tahun ni kita akan beroleh kebaikan dan lebih pengalaman serta pengajaran dari tahun-tahun lepas. insyaAllah.. 

ok, selamat memanjakan diri. selamat malam readers. -.-




yang benar,

Giveaway di tutup!

Assalamualaikum...



alhamdulillah.. akhirnya tamat jua Giveaway yang diadakan sebulan yang lalu. syieda ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua sebab memberikan kerjasama dalam menjaya Giveaway ni. insyaAllah ada rezeki lebih, syieda akan buat lagi. =.= 


dengan ini, syieda dengan rasminya menutup giveaway ni. =.=


hadiah saguhati
teeeetttt tetttttttttt....




yang benar,

Lovestory313 1st Giveaway

STICKY POST UNTIL 1 APRIL 2012
SILA KE BAWAH UNTUK ENTRI TERBARU
Assalamualaikum...

Selamat pagi Ahad yang indah..
dari feedback yang syieda dapat. syieda buat keputusan untuk mengadakan 1 Giveaway. ni adalah Giveaway pertama syieda bagi blog ni. =.= insyaAllah kalau tiada aral melintang, Giveaway ni akan berlangsung selama 1 bulan lebih. selepas tamat Giveaway ni. senarai pemenang akan diberitahu kelak (5hari waktu bekerja) hihihi..


syarat-syarat penyertaan :
1. buat 1 entri mengenai Giveaway ni. bertajuk Lovestory313 1st Giveaway
2. letak banner Giveaway di atas dalam entri anda, dan linkkan ke entri ni.
3. Follow blog syieda . dan kalau rajin LIKE fanpage syieda. 
4. tag kawan-kawan yang laen.
5. akhir sekali. letakkan link entri anda di ruangan komen Giveaway ni. link yang betul : http://lovestory313.blogspot.com/2012/02/lovestory313-1st-giveaway.html. BUKAN http://lovestory313.blogspot.com/

pemenang ditentukan melalui :
 cabutan manual


hadiah-hadiah menanti pemenang bertuah :
cabutan pertama : RM60.00
cabutan kedua : RM30.00
cabutan ketiga : RM10.00
(anda punyai dua pilihan sama ada untuk bank in ke dalam Maybank/CIMB anda ATAU top up untuk semue jenis talian)

saguhati : akan diupdate.. 


dateline :
1 April 2012
12 : 54 pm





Senarai Peserta