bukan sekadar menahan diri dari makan dan minum

Assalamualaikum


pejam celik pejam celik rupa dah masuk hari ke-6 kita sebagai umat Islam berpuasa. berpuasa ni bukan sekadar menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. tapi menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa.

haaa.. jangan ingat puasa ni hanya tak makan dan minum di siang hari saja. itu sama sekali tidak betul! kita perlu dan mesti berpuasa mata, hidung, mulut, telinga, tangan dan kaki kita pada siang hari.

tajuk entri bukan main panjang berjela-jela. hihihi

macam mana nak berpuasa mata, hidung, mulut, telinga , tangan dan kaki kita ni ya?

- berpuasa mata seperti tidak melihat benda-benda tak elok. tengok tb sepanjang hari.

- berpuasa hidung seperti tidak boleh menghidu bau busuk yang meloyakan ketak sampai termuntah-muntah. 


- berpuasa mulut seperti tidak mengumpat, mengeji, mengungkapkan sesuatu yang buruk samada kepada orang lain, mahupun diri sendiri. mencarut tu macam mana pula? paham-paham saja la.. :p

- berpuasa tangan dan kaki pula seperti tidak melangkah ke tempat maksiat, mahupun melakukan maksiat. disko berjimba tu sendiri pikir la :)

dulu syieda pun selalu fikir. puasa ni sekadar tak makan dan minum saja. tapi rupanya silap. kena puasa semua dari atas kepala hinggalah ke hujung kaki. :p solat yang selalu dilewatkan, kenalah on time sekarang. :) kalau boleh sampai bila-bila on time pun ok :)

pukul emak tak nak puasa

dan kawallah diri kita dari membuat perkara-perkara yang memudaratkan keluarga mahupun diri sendiri. semalam, emak menjadi mangsa gara-gara menegur anak sendiri tidak berpuasa. kesian emak. tegur untuk kebaikan. tapi tetakan yang dapat. dari anak kandung pula tu, kalau anak tiri lain la.. :(

yang paling menyedihkan, dah la emak menanggung makan minumnya. hanya disebabkan teguran itu, dia bertindak sedemikian. nak marah pun tak boleh.

macam-macam pendekatan yang dilakukan oleh orang sekarang untuk meleraikan sesuatu perkara. membunuh, menculik, bunuh diri. 

diharapkan Ramadhan kali ini lebih bermakna. insyaAllah..



yang benar

Segmen : Jom Blogwalking Di Bulan Ramadha

Assalamualaikum

klik banner di bawah untuk ke blog penganjur :)



syarat-syarat :
1.Follow blog nabila
2.Buat entri
- Tajuk "Segmen : Jom Blogwalking Di Bulan Ramadhan"
- Letak banner yang comot atas tu dan linkkan semula
- Tag 2 Orang blogger dan pastikan mereka tahu
3.Bagi link entri bukan link blog dia bahagian komen ye

tag :



dateline :
29 Julai 2012




yang benar

BEN ASHAARI : RAMADHAN 2012 /1433H

Assalamualaikum

klik header di bawah untuk joint :)



Jelaskan kenapa mereka patut pilih blog anda ?
untuk menambah kawan disamping menambah list blog untuk syieda blogwalking. :)


syieda akan mula melakukan blogwalking setelah balik dari kampung iaitu hari ke-4 Ramadhan. 




tamat tempoh
malam ni
jam 11:59 malam
(waktu ni syieda di dalam bus) hihi





yang benar

puasa

Assalamualaikum 

idea untuk berblogging masih ke laut. sekarang hanya mampu search berkaitan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. berdebar-debar untuk menempuhi nya. :) semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. insyaAllah.. di bawah syieda sertakan sekali apa yang syieda perolehi. :)


Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”


Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.


Syarat Wajib Puasa
  • Berakal
  • Akil Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa
  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa

Rukun Puasa
  • Berniat
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan sejak dari terbit fajar sampai terbenam matahari

Perkara Yang Membatalkan Puasa
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh disiang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa
  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.



credit : puasa


yang benar

URL baru

Assalamualaikum

hari ini sudah genap 3 minggu pakcik Latib pergi meninggalkan Azizul sekeluarga. Al-Fatihah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin..

tadi lepas waktu kerja, syieda dan en. muncit pergi menziarah arwah di kubur. en.muncit nampak sedih. kuatkanlah hatimu untuk teruskan kehidupan ini. mungkin ada hikmah semua kejadian ini berlaku. sama-samalah kita mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. insyaAllah..

seminggu syieda hanya mampu memandang kosong blog sambil blogwalking. dan hari ini, mesti menaip juga. walaupun tiada idea untuk diketengahkan. yela.. kepala asyik menghitung hari untuk balik ke kampung berpuasa dengan mak, ayah, abang dan adik tu.. :)

serasanya, selepas syieda keluar belajar tahun 2007 sampai sekarang. belum pernah syieda menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga. rindunya.. :( insyaAllah, jika tiada aral melintang. syieda akan balik untuk menyambut 1 Ramadhan dengan keluarga tersinta! :)

hrmmm dalam tiada idea, dah 3 perenggan saja untuk intro :p hihihi.. sebenarnya syieda cuma nak beritahu kalian semua. 

URL blog ni sudah bertukar. :) bertukar URL saja lah. bukan bertukar ke domain semua tu. :p

kalau URL dah bertukar, mood pun kenalah dibawa-bawa bertukar juga ye? hihihi :) insyaAllah.. semuanya kenalah bertukar. ok jom sambung blogwalking!  :)




yang benar

ketandusan

Assalamualaikum

rindunya pada kalian semua. rindu nak mengarut dalam blog. sudah 4hari ketandusan idea nak mengupdate.  sejak update hari Senin hari tu, terus hilang idea. waduhhh gawat! :( serius, asyik meredah blog kawan-kawan saja. 

dari semalam rasanya syieda mengedit blog. takla pandai sangat. buta IT juga syieda ni. kuikui edit pun ikut tutorial. hahaha 

google saja. penuh! pilih saja mana yang berkenan di hati. kalau malas nak pening kepala, boleh la tempah dekat syieda mana-mana blogger yang ada membuka tempahan mengedit blog. cuma kena keluarkan duit saja. :p

syieda nak tempah. tapi muncit melarang keras! srott2.. katanya jangan melebih-lebih pula! yela.. awak jeles! kalau blog bersama , boleh pula die senyum sampai ke telinga. hihihi.. katanya belanja Tutti Frutti lagi ada faedahnya. ok, ini tipu muslihat saja. 

sebenarnya banyak sangat benda yang syieda nak ceritakan. tapi bila buka dashboard saja. idea terus larikan diri dari kepala ni dengan kadar 110km/j. memang pandang kosong sajalah dashboard ni.. :( last-last blogwalking saja. hihihi

semangat datang nak mengupdate petang ni sebab terpaksa berkampung di opis sementara tunggu hujan berhenti. :) tak boleh balik. harini pakai baju kurung. macam mane nak sarung baju hujan ni. hahaha tergelak besar sekejap..

tak boleh la macam mereka ni. syieda kan berbaju kurung. ce cite macam mana nak sarung? hahaha

malam ni muncit ada pesan suruh book tiket wayang. nak tengok citer 8jam. macam 1st time jumpa dulu la gendot! tengok wayang. makan control-control. gelak pun tutup mulut. hihihi :p ok. ini pun tipu. 1st time jumpa makan MCD dengan kawan muncit dan Neeya, Mimi dan Diman. :) no wayang-wayang.

syieda ada kemusykilan sikit tentang anon. tapi biarlah dulu. later syieda cerita ok? :) ok, jom la balik.. bermandikan hujan la jawabnya. opis dah nak tutup. srott2.. demam la jawabnya..

sejak balik dari kampung, nasi belum dijamah lagi. :) happy.. hihiih




gambar : sini 


yang benar

30.6.2012 - alhamdulillah.. selamat sudahh.. :)

Assalamualaikum

alhamdulillah.. selamat sudah majlis syieda dan muncit pada hari sabtu lepas... :) majlis yang diadakan tersangat kecil dan hanya keluarga terdekat saja yang dijemput. kata mak. biarlah bersederhana untuk majlis ni. nanti majlis akan datang insyaAllah besar-besar disamping tidak membazir. :)

gambarnya... ini saja yang mampu syieda snap. yang lainnya ada pada abang sepupu. nanti dah siap albumnya. syieda akan postkan ye? pic handphone kabur.. sob2.. :( ini adalah buah betik. di ukir. suka sangat, teringin nak makan. tapi belum dapat merasa lagi. muncittt.. :))



selamat malam semua.. insyaAllah esok syieda akan update mane yang termampu. dan akan follow serta bw mana yang tersempat. kunonnya nak tengok final Euro. tapi macam tak mampu mata ni menahan. :( selamat malam semua.. :)




yang benar