Hanif Idrus Segmen Menerjah

Assalamualaikum

hanifidrus

jom joint sekali? klik banner di atas :)

sebelum raya lagi syieda sudah demam, sampai lah ke hari ni, baru baik dari demam. jadi dikesempatan ni, syieda nak sertai segmen abg Hanif ni. kalau kalian nak joint juga. amat dialu-alukan. :) di samping menambah kawan, boleh juga kita berblogging sambil mencari ilmu dari blogger lain. :)


ok syieda nak tag :
dan lain-lain..



dateline
30 September 2012



yang benar

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Assalamualaikum

dijempot hadiri sekalian untuk joint segmen ni . Sekian terima kasih :)



Mereka yang tersenarai bakal menerima:
*******************************************************
1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Hadiah #1 dan #2 adalah tertakluk kepada availability warna




dateline
31 Ogos 2012
12 tengah malam



yang benar

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

setelah selesai packing barang-barang untuk balik ke kampung. tinggal tidak kurang dari 3jam untuk syieda berangkat balik ke kampung. kawan-kawan ada yang sudah balik ke kampung dua hari lepas. untunglah dia. jumpa di kampung ya? hehe :)

disini syieda, Noor Shuhaida dan muncit Azizul Hafiz ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat semua. insyaAllah..

seminggu akan bercuti blogging. pasti merindui kalian semua. jangan la segan-segan datang tinggalkan jejak di shoutbox sebelah ni. lepas raya syieda akan meraya di blog kalian semua. insyaAllah..

ok, sudah mahu bersiap. daaaa... :)




yang benar

Jalan TAR, cari baju raya

Assalamualaikum

malam Isnin yang lepas. syieda dan muncit pergi mencari baju raya. yeay!! kali ini muncit belanja. terima kasih. :) saja berjalan. kami berjalan ke The Mines (pekerja di dalam The Mines agaknya dah boring tengok muka yang sama saja bulan ni) hihihi. selepas itu, muncit kemukakan idea untuk ke Jalan TAR. nak usha baju raya. 

parking moto saja. kami terus ke deretan kedai sekitar Jalan TAR. last-last syieda masuk First Lady. haha.. akhirnya beli baju di First Lady. :) "First Lady tempat lain pun ada", kata muncit. :p

tengah seronok berjalan. tetiba ramai anggota Polis, Rela, dan orang awam berlari-lari. takut! kami tidak tahu kejadian sebenar. kata muncit ada rusuhan. entah la.. malas nak amik peduli. Polis dah ada, ok la tu :) 

muncit the Wanted :) haha rokok xkan lupa! :(

ada kereta Polis. lori DBKL.

gambar takda motif :p

setelah penat berjalan, syieda duduk di bangku tepi jalan ni sementara tunggu muncit belikan jagung bakar. makan lagi

bangku ni la.

CK Rahim, usha tudung, tapi satu pun muncit tak berkenan. syieda pegang semua xnak. :(

burger Kaw-Kaw :((

dalam perjalanan pulang, muncit terus ke Wangsa Maju. nak belikan syieda burger Kaw-Kaw. yela, saban hari asyik sebut saja. nasib baik hari tu naik skuter syieda. kalau tidak penat kaki muncit nak tukar gear masa jalan jem. kereta pun orang nak gune keta auto kalau masuk KL. hihihi

kedai tu tutup malam Isnin sahaja. maksudnya kami datang salah hari :( sadis...!! jap lagi nak buat-buat demam la, minx burger kaw-kaw dekat muncit. hihihi

*petang ni half day dah. badan panas. :(




yang benar

nasi arab sri kembangan

Assalamualaikum

malam tadi syieda berbuka bersama kawan-kawan muncit. ramai juga yang datang. namun semua gambar ada di dalam handphone muncit. :( handphone cap ayam syieda bateri dah nak habis waktu tu. sadis nya.. hanya ada dua tiga keping gambar saja yang mampu syieda sisipkan di dalam entri ini. :)

kami berbuka beramai-ramai di Taste of Middle East Resturant, Sri Kembangan. menu hari ni, adalah nasi Arab! perut saya sepanjang bulan puasa ni, nasi Arab saja. :)

ini nasi Arab kambing. kena makan kambing. ayam tak dibenarkan oleh muncit. pantang. and again! :( kambing pun kambing la. nasi nya sedap. :)


ini adalah dessert yang diberikan. 

macam biasa. walaupun berpantang larang banyak benda. syieda juga majlis perbandaran muncit ni. sebab tu semua benda buka 1 dulu. :( macam mane perut tak kedepan kalau hari-hari macam ni.

sampai rumah dah macam paus terdampar di bilik. :) apa-apa pun terima kasih muncit. lepas ni ayah susah la nak cakap "awat anak ayah macam tak cukup zat ja

update 31 Ogos 2012 : di sini syieda sertakan peta lokasi :) ihihi





yang benar

sengkuang calit!!

Assalamualaikum

selamat malam, dan selamat beristirehat buat yang berkeluarga. syieda baru sampai rumah dari berbuka bersama en.tunang dan kawan-kawan dia. hrmmm hari ni senior ramai pula. yang dah berkawin, dah bertunang. 30-an, 20-an pun ada. hari tu sama baya. :)

seperti yang dijanjikan, syieda nak cerita tentang sengkuang calit. :) yeay!!

sengkuang calit ni dijual di Downtown Mines. orang ke'el pasti mesti semestinya tahu lokasinya kan? :p ini semua gara-gara en.tunang la. ishhh tak sedap la panggil en.tunang. :( dia tertarik dengan kaset nyanyi budak kecil tu. "mai singgah..! mai singgah..! sengkuang calit sengkuang calit..!" 

terus muncit beli dua keping sengkuang yang dicalit dan dipotong. calit ape? calit sos nye. sedap. di bawah ni gambar sengkuang calit. beberapa hari lepas syieda pergi Downtown Mines lagi. saja pergi hanya untuk makan sengkuang calit ni. ini kerja muncit!!


dah makan tinggal separuh baru teringat nak snap pic. kekeke.. kualiti gambar kurang memuaskan. harap maaf. :)

syieda suka topping nya. rangup sangat. terdapat dua perisa. original ataupun spicy. hrmmm disebabkan syieda ni banyak pantang sikit. muncit belikan original sahaja. haha :)

esok malam nak ajak muncit pergi lagi sekali la sebelum berangkat balik kampung Khamis nanti. :) jom berjalan ke Downtown Mines untuk merasai keenakan sengkuang calit ni!!



*   kenapa akhir-akhir ni entri berkisar tentang makanan saja. jalan-jalan cari makan ke syieda? :p
**  ohh tidak!! belum packing apa-apa barang lagi!!


yang benar

khamis balik kampung!

Assalamualaikum

entri sengkuang calit postpone :p heeee.. 

tinggal kurang dari seminggu lagi kita nak merayakan Hari Raya Aidilfitri. meraikan setelah sebulan berpuasa. sapa yang tak puasa penuh tak boleh raya ok? ada juga blogger yang menganjurkan GA, Contest di blog masing-masing sempena hari raya ni. alhamdulillah.. niat dalam hati memang nak joint, namun masa yang ada amatlah terhad :(

tinggal lagi 2 hari syieda di KL. Khamis petang akan terus balik ke kampung. ohohoho balik kampung. tetiba lagu Allahyarham Sudirman berkumandang. :) yeay..!! seronoknya yang tidak terhingga. bagai nak melompat-lompat. dalam dua hari ni, en.muncit en.tunang merangka satu kerja cadangan kepada syieda dan mak nya. kahkah. ayat tak hengat!

dalam kertas yang tak berapa nak jadi kertas tu. cadangan beliau. hari ini, nak keluar makan dengan syieda bersama kawan-kawan nya. mak nya pula berbuka dirumah makngahnya di Gombak. disamping menghantar kuih raya :( then esoknya pula. kami bertiga akan pergi ke kedai mamak tempoh hari lagi. tapi kali ni bertiga. hepp hepp horray!! sebenarnya suke makan nasi briyani tu :p

diharapkan kertas cedangan itu sekali tuannya tak lupa la..... :( srottt srottt


bab-bab makan ni susah nak tolak. jadi dengan senang hati setuju saja. :) 

even makan nasi putih + telur goreng kicap pun sodapp! makan bukan main selera lagi. badan dah naik. baju raya dah beli. raya tak muat habislah dahku...!! 

bolehkan? kalau syieda bercerita terlambat sehari. hukhuk.. sadis betul. masa yang ada tidak cukup. tambah-tambah di akhir berpuasa ni. itu nak buat, ini nak buat. ok selamat berpuasa semua ;)





yang benar

Pak Usu dan Darwisyah

Assalamualaikum

kejadian ini sudah lepas, iaitu selepas syieda baik dari demam panas. :) kebanyakkan gambar baru di upload disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan. hari ini tidur lambat lagi. esok sudah kerja. aduhhh.. mungkin syieda tidak akan bangun sahur kot. :p

semasa di rumah en. muncit, setiap hujung minggu, mereka sekeluarga akan berkumpul makan bersama. kebetulan hari tu, syieda menyemak.  haha.. duduk di penjuru alam. disebabkan badan yang masih lemah. tidak larat nak bergurau dengan anak buah muncit yang sorang tu. hihihi

hari tu, muncit yang melayan kerenah anak buahnya sendiri. hahaha dah macam mak-mak pulak muncit hari tu. dukung ke sana sini, main-main dengan anak buah dia. selalu syieda yang melayan kerenah anak buah dia yang sorang tu. hihi si abang dah besar, asik main Tab maknye saja. 

Darwisyah dengan pak usu dia (en.muncit) bersimpuh bukan main lagi. haha  tengah berbincang hal negara nampak. si kecil tu fokus je tengok pak usu die bercakap. pakai pampes je. hehe

dah tahu orang nak amik gambar dia, dia buat rambut sendiri sampai gitu jadinya.. banyak akal dia sorang. hihihi


seronok ada Darwisyah ni, diam-diam dia, ada projek yang dikerjakan. masa syieda nak balik, kotak di belakang dia tu, dijadikan kereta jual sayur. nyanyi gamat 1 rumah. chayor..!! chayor..!! (pelat) hehe ada anak macam ni, sorang pun dah tak sunyi rumah. :) aik.. lambat lagi syieda...! :)


lagi entri sengkuang calit akan datang...




yang benar

demam panas

Assalamualaikum

hari Khamis yang lepas syieda diserang demam panas yang agak melampau di opis. sebaik terjaga dari tidur yakni terlelap. hewhew terasa kaki, tangan tersangat sejuk, ditambah kepala tersangat sakit. manakala badan dan muka tersangat panas. bertahan sehingga waktu kerja habis

tepat jam 4.30 petang, terus syieda balik. maksudnya 4.25 petang semua peralatan atas meja sudah siap dikemas. PC sudah dishutdown . akak sebelah pandang saja. syieda pula menonong keluar opis. kekeke..

dari opis terus syieda ke klinik berdekatan rumah. otw balik, alhamdulillah kesesakan belum bermula. jadi boleh syieda bawa moto semaksima yang mampu agar tidak rebah di tengah jalan. :(

sebaik sampai di klinik, doktor memeriksa syieda dua kali. doktor laki pula tu, segan i tau?? hehehe tapi doktor tu pasti musykil tentang kepanasan dalam badan syieda waktu tu. :( aduhhhhh

doktor : adik belajar di kolej mana? esok ada kelas tak? sebab doktor nak bagi surat cuti ni.
syieda : erkk doktor, saya dah keja dah (muka pasrah)
doktor : saya ingat kamu student tadi. keja di mana?
syieda : saya kerja di CM. (saya dah sentap nak beramah dengan doktor, hahaha)
doktor : swasta ke? ok saya bagi kamu cuti esok. sebab demam kamu teruk sangat. ada batuk2, bersin2, sakit tekak tak?
syieda : terasa tekak perit sikit je doktor, tak pasti kalau2 esok tekak ni nak sakit. hehehe
doktor : haha pandai kamu ye? yela saya bagi kamu ubat sakit tekak sekali dengan ubat yang lain.
syieda : terima kasih ye?
doktor : sama2..:) 



balik tu terus tidur, beli makan tidak semua pun tidak. mujur en. tunang tu sanggup datang hantar makanan setengah jam sebelum berbuka. dah la terpaksa naik tingkat 5. lepas hantar makanan dia turun semula, untuk balik berbuka dirumahnya. 

semalam pun sama, hantar makanan, balik berbuka di rumahnya. cuma petang tadi syieda dan makin baik, dipaksanya berbuka rumah dia. sebabnya mak dia buat nasi Arab! yummy2.. tapi syieda nak makan tomyam!! :(( uwaaaa... gambar tak da

tomyam..tomyam.. sampai sekarang masih belum dapat lelapkan mata sebab teringin tomyam. :( ini bukan mengidam, ingin bahana tekak nak makan tomyam hahaha 




yang benar

celebrate bersama en tunang

Assalamualaikum

kahkah tittle macam nak kena jentik hidung lapanplohlapan kali saja. :) semalam bercakap muncit segala bagai. hari ni en tunang pula. hari kena la panggil en tunang sebab dapat berdating dengan dia even di kedai mamak. dari awal lagi dia nak ajak makan Pizza. namun syieda tolak. syieda nak makan nasi :)

akhirnya kami berjumpa di kedai mamak untuk berbuka bersama. :p juadah berbuka pada hari ni adalah :

ini nasi saya! muncit jangan ambil tau?

itu muncit punye, nak tukar dengan ayam saya, katanya ayam dia kecil

buah kurma dan tembikai di beri :) tq

motif utama : nak tunjuk kunci saja. hihihi

lepas berbuka, kami sekali lagi terjah masuk the Mines. kali ni muncit hendak mencari baju dia. sudahnya balik macam tu saja. heeee.. :p




yang benar

celebrate bersama kawan muncit

Assalamualaikum

sate kajang : itulah destinasi kami berbuka puasa beramai-ramai sempena menyambut hari kelahiran syieda. kunonnya perancangan syieda dan muncit saja berbuka. namun last-last ramai yang datang. kekeke.. semalam cancle. hari ni serbu! :p 

abang yang bekerja di restoran Sate Kajang Haji Samuri tu tersangat ramah. kerusi tidak cukup dia tolong carikan. walaupun hakikat sebenar setiap meja sudah penuh dengan pelanggan yang datang berbuka. :) 

walaupun hari ni tiada kek, alhamdulillah tersangat kenyang. syieda habiskan 13 cucuk sate. muncit 15 cucuk sate. :) memandangkan ramai yang datang, sudah tidak terkira berapa cucuk kami order. mula-mula muncit order 40 cucuk. then syieda datang order 40 cucuk lagi. dan mereka yang baru datang, entah berapa mereka order. :)

memang muncit makan sorang la sate tu sebab sepinggan di hadapan dia. 

gambar yang muncit ambilkan. muncit ni tangan vibreto. hehe

disebabkan silap order air, saya terpaksa minum teh ais. ohhhhoooo

dalam plastik merah tu kuih charkue dan roti john. syieda mula cicah kuih charkue dengan kuah sate, last-last semua folo. sedap! serius :) roti john muncit sorang habiskan (peberet dia)

kami terpaksa duduk berasingan meja. sapa suruh tidak rancang betul-betul. kalau tidak muncit sudah menempah meja awal-awal. hihi mana yang sempat je la. makan secara berasingan. tapi ketawa, masih boleh bersahut :p

lepas balik dari makan sate. muncit bawa syieda ke the Mines. shopping!! ok duit sendiri :) hahaha.. saja berjalan mencari baju raya. last-last syieda beli beg 1. murah saja. heee..

macam biasa, lepas habis shopping, muncit akan temankan syieda balik ke rumah :) tq dear 


*kawan muncit dah macam kawan syieda. kami mula kenal antara satu sama lain semasa muncit eksident dulu. hingga sekarang. kalau ada apa-apa function dengan kawan-kawan dia, dia akan bawa syieda sekali. dan semestinya mereka mengalu-alukan kedatangan syieda. alhamdulillah.. :)

yang benar

celebrate bersama keluarga muncit

Assalamualaikum

dari sambungan entri hendak keluar :) pada mulanya perancangan berjalan lancar, tapi last-last minit dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. jadi muncit keluar bersama Akim untuk mencari kek. kesian muncit. ke sana ke sini. dalam hati dapat berbuka bersama dia sendirian pun dah ok. tak payah kek-kek semua ni. badan makin naik! :(

terharu sangat sebab abang-abang muncit menyanyikan lagu untuk syieda. termasuk mak muncit. :) anak buah dia yang pelat-pelat tu pun nak nyanyi. besheday.. besheday.. hehehe :) terharu..! kalau arwah abah muncit ada, pasti meriah. :( Al-Fatihah..

acara potong kek segala bagai. yang paling kelakar tu, kak ipar muncit siap suruh kami buat acara suap menyuap. kahkah.. malu aih.. :) kami belum tawin lagi, tak boleh suap-suap. tapi suap anak buah pelat tu boleh :) hihihi comel la! lepas makan semua, kami berehat macam ikan paus terdampar. setiap orang kekenyangan :p hehehe 

gambar belum dapat lagi dari mamat tu. :( next!

Noor Shuhaida (Syieda)



yang benar

23 tahun sudah :)

Assalamualaikum

hari ni sudah genap umur syieda 23 tahun. heee.. tapi perangai macam budak-budak lagi. :p silap sikit asyik menangis saja. lepas ni kenalah bertukar semuanya. awak tu dah bakal jadi isteri orang dah syieda. (walaupun lambat lagi) ngeh2..


petang tadi en. muncit pergi interview untuk kerja baru. dia sudah tinggalkan kerjaya bisnes dia. (ayat taknak pengsan) muda lagi. moga-moga rezeki untuk dia ada disitu. insyaAllah.. :) 

malam ni, en.muncit ada ajak berbuka bersama-sama. sudah lama tidak berdating makan bersama dia. :) mata shining.. haha macam ada muslihat saja en.muncit ni. :p 

emmmm ok syieda sudah hendak bersiap siaga untuk keluar. jom kekawan semua. selamat berbuka semua. dan terima kasih kepada yang sudi wish besday syieda. terima kasih semua. :) sayang kalian semua !



*nak panggil en.muncit tu, en.Tunang macam pelik pula. dah lama panggil muncit. haha shhhhhh.. jangan bagitahu dia tau? nanti dia skodeng blog ni. hihihi


yang benar

peristiwa 04 Ogos

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

04 Ogos 1989 - KELAHIRAN tuan belog

04 Ogos 1990 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-1 tuan belog

04 Ogos 1991 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-2 tuan belog

04 Ogos 1992 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-3 tuan belog

04 Ogos 1993 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-4 tuan belog

04 Ogos 1994 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-5 tuan belog

04 Ogos 1995 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-6 tuan belog

04 Ogos 1996 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-7 tuan belog

04 Ogos 1997 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-8 tuan belog

04 Ogos 1998 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-9 tuan belog

04 Ogos 1999 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-10 tuan belog

04 Ogos 2000 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-11 tuan belog

04 Ogos 2001 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-12 tuan belog

04 Ogos 2002 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-13 tuan belog

04 Ogos 2003 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-14 tuan belog

04 Ogos 2004 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-15 tuan belog

04 Ogos 2005 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-16 tuan belog

04 Ogos 2006 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-17 tuan belog

04 Ogos 2007 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-18 tuan belog

04 Ogos 2008 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-19 tuan belog

04 Ogos 2009 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-20 tuan belog

04 Ogos 2010 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-21 tuan belog

04 Ogos 2011 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-22 tuan belog

04 Ogos 2012 - SAMBUTAN KELAHIRAN KE-23 tuan belog


SELAMAT HARI LAHIR SYIEDA!!

pejam celik pejam celik dah 
hampir 6 tahun meninggalkan alam persekolahan.. 
hampir 6 tahun hidup sebagai perantau..
hampir 3 tahun meninggalkan alam kampus.. 
hampir 3 tahun bekerja..
hampir 3 tahun bergelumang dengan blog..
hampir 7 tahun lagi pangkal umur akan bertukar..

rasanya syieda sudah perlu berpikiran matang.. bukan lagi keanak-anakan.. hakhakhak.. menangis bile dimarah, melenting bila di tanya.. kuikui... semoga semuenya akan mula berubah satu demi satu. insyaAllah...




dah baca kene la bagi hadiah... hahahaha
xberubah la syieda ni!! hihihi






yang benar

Segmen Lokman : Saya Blogger Dari UITM Segamat

Assalamualaikum

klik banner sapa-sapa nak joint tau? :) best!





syieda dah 2 tahun pencen belajar. hikhik.. tapi nak joint juga memandang ada student uitm. hihihi :p sekarang sudah bekerja la.. harap2 penyertaan tak kena reject. :p


dateline
19 Ogos 2012



yang benar

salah topup :(

Assalamualaikum

mood berblogging makin lama makin parah. sudah puas syieda gagahkan diri online. tapi akhirnya tiada sebarang entri di post untuk hari-hari yang berlalu. :( serius sudah semakin hilang. mungkin mood balik kampung + rindu mak mambuak-buak dalam diri ni, sehingga tiada cerita hendak disampaikan. padahal, pelbagai aktiviti telah dilakukan. :(


teringat pada suatu kisah baru-baru ni berlaku. ini kes tersilap topup la. kuikui :) niat di dalam hati hendak call mak. topup la sampai RM30. kunonnya hendak bergosip segala bagai. sejam sudah berlalu, namun topupnya masih belum masuk. sudahnya syieda ke kedai topup semula. rupanya tuan kedai tersilap masukkan no fon.

nak taknak terpaksa syieda call no tadi untuk dapatkan kembali RM30 syieda tu. :( mula-mula anak pakcik tu yang jawab panggilan syieda. syieda diberitahu ayahnya sudah bergayut sebab dah dapat topup free RM30. uwaaaa... tak boleh salahkan ayahnya juga. akhirnya, pakcik itu berjanji akan membayar semula amount yang telah beliau guna keesokkan harinya. yang selebihnya, akan anaknya share semula kepada syieda. alhamdulillah, terima kasih pakcik. :(


setelah selesai melakukan transaksi duit topup yang tersalah tu, tetiba syieda dapat call dari no yang tidak dikenali. setelah bersoal jawab semuanya, akhirnya pemanggil itu membuat pengakuan

sapa ye?

saya, anak pakcik yang tersalah masuk topup tu.

ohhh.. terima kasih kepada ayah awak ye? kalau ada apa-apa lagi boleh saya bantu?

ayah cakap esok die akan bayar semula. awak jangan la risau ye? saya ni dari sekolah agama tau?

erkkk (motif??) its ok. :) terima kasih bebanyak. 

hrmmm boleh kita berkenalan?

(taktik lapuk) boleh aje, tapi umur awak berapa ye? :p

umur dah 16 tahun dah :) awak? boleh kita berkawan. kan?

umur saya dah 23 dah dik. umur adik saya pun dah 17 tahun dah. :) heeee

opssss maaf ye kak. hehehehe ok salam..

tooott tooott toooott

erkkk.. terima kasih dik. rasanya tidak perlu susah-susah adik buat semua ni. lebih baik tumpukan perhatian dalam pelajaran. :) hihihi pasni jangan buat macam tu lagi ye dik? study dulu dik, nanti dah masuk U baru pikir nak teman macam mana. insyaAllah..





yang benar