mencari cap en.tunang

Assalamualaikum

lama blog tidak berupdate. rindunya!

setelah seminggu tidak ketemu. akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi shopping shopping la sangat . penat kaki ni membuntuti sang teruna mencari cap. banyak songeh betul! mengalahkan perempuan. macam mana gayanya bila mencari barang persiapan untuk perkahwinan nanti? mau putus urat kaki mencari barang dengan en.tunang ni. :) haha


sampai saja, ada konsert. en.tunang snap, syieda yang rendah ni pun nak snap juga. terkinja-kinja nak snap gambar. en.tunang tengok senyum ja. haishhh.. :(


puas sudah ke semua tempat. langsung satu pun tidak menarik di mata dia. akhir sekali kedua-dua nya lapar. perut sudah masuk angin. en.tunang singgah dikedai coklat. terlupa tengok singboard kedai tu. :p habis semua coklat, gula-gula disambar syieda. di kaunter pembayaran. hanya Daim, biskut, kek, dan gula-gula pening saja syieda letak. haha

Daim dan gula-gula pening :p

siap update status bbm. teruk betul.


sebelum balik, kami ke Kampung Baru, isi perut yang kosong dengan nasi. gemok la saya macam ni! sampai dirumah. continue novel. :) baru beli novel Jumaat tempoh hari!

kedua-duanya sudah siap baca. suka Bisikan Kata Hati. :p



pada mulanya entri ni syieda nak publish malam tadi. disebabkan letih yang teramat sangat setelah keluar dating dengan en.tunang. terus di bawa hingga hari ini. :)




yang benar

wordless wednesday

Assalamualaikum




bosan di tempat kerja :(


yang benar

Aji Noh Motor

Assalamualaikum

malam sabtu yang lepas, syieda dan en.tunang pergi tengok wayang. dah gedik sangat lama tak tengok wayang dengan en.tunang. paksa orang tua tu pergi juga. memula agak beragin sebab dia dipaksa. sudah masuk Jusco, kena air-cond gamaknya, terus cool.hakhak


niat dalam hati nak tengok cerita Aji Noh Motor. tukar fikiran last-last minit cerita Bait. macam seronok! sekali di kaunter, semua tinggal kerusi depan. cancel Bait! terpaksa tengok cerita Aji Noh Motor. syieda tak puas hati. en.tunang 2x ganda tidak puas hatinya.

keseluruhan cerita Aji Noh Motor takde lawak sangat. :( terbang RM50. kami berdua makan popcorn + air lagi best. :p 

cuma part kawan-kawan Aji berpakaian hantu melintas jalan. situ yang best pun. :) yang lain slow.. memang sesuai untuk tontonan kanak-kanak, dan seisi keluarga :) tengah tunggu cerita Budak Pailang. pasti best.

selesai tengok wayang hampir jam 12 malam. biasalah kalau jam 12 malam, syieda memang takut nak balik sesorang. takut antu :(( en.tunang tolong hantarkan syieda. then dia balik sesorang. haha padan muka. antu sila kejap en.tunang. :p

gambar tiketnya sebagai bukti pembayaran masuk panggung, akan syeida upload malam nanti ye? kekeke.. :p ok sambung buat kerja..




yang benar

Kau Yang Terindah

Assalamualaikum

malam-malam macam ni terasa nak melayan drama pula. Drama Korea ofcos la syieda kurang minat. Drama Indonesia pula syieda kurang sikit. Drama Melayu pula banyak cerita cinta sedih-sedih. =( huhu 

fikir punya fikir, layan juga cerita  Kau Yang Terindah. layan juga cerita ni. pasangan abang tidak pernah sunyi dari dugaan yang menimpa. pasangan adik pula, berbagai-bagai karenah dalam rumah tangga. =)

Neelofa sebagai Alisya

Emma Maembong sebagai Munirah -cantik kan dia ni =)

Hafil Andiro sebagai Firman

Nazim Othman  sebagai Syamiel 


saja nak cerita semua ni. padahal kalian sudah lama tengok cerita ni. syieda saja yang tertinggal. =) hihi 

Syamiel ni mengingatkan syieda kepada seseorang. bila tonton cerita ni. syieda akan teringat seseorang itu. kenangan lama. sepatutnya kenangan itu patut diluputkan dalam pemikiran syieda ni. sebab dia bukan untuk syiedagatai hang syieda oi! =)

jom layan.. entri pun tunggang langgang. =p selamat malam



yang benar

hampir-hampir terlibat dalam kemalangan

Assalamualaikum

dalam perjalanan ke tempat kerja syieda hampir-hampir terlibat dalam kemalangan. emmm hampir-hampir atau sudah terlibat ya? terfikir sejenak.. 

ini semua gara-gara kejar masa + potong barisan. pakcik dihadapan bawa slow. memang terus sondol belakang moto pakcik tu. alhamdulillah semuanya selamat. 

moto syieda bercalar depan. moto pakcik tu bercalar juga rasanya. sebab dia taknak berhenti marah syieda pun. :( hrmmm.. kalau patah apa-apa terpaksa la bayar. ambo yang bersalah. 

sampai opis terus belek moto. termenung atas moto sekejap. haigoo..

Ya Allah..bersyukur masih diberi peluang untuk lebih berhati-hati lepas ni. biarlah lambat. asalkan selamat. 

**kepada yang menunggang moto pergi dan balik kerja. bawa moto dengan berhati-hati ya? jangan terlalu perlahan, jangan terlalu laju macam saya. sroottt2...



yang benar

Jom tingkatkan followers sampai lebam

Assalamualaikum




disebabkan malam ni makan lambat. syieda nak joint dulu segmen ni. (apa kene mengena?) hihihi sesapa nak joint. klik laju-laju banner di atas. :)


follower terkini syieda :



tag
semua kengkawan yang ternampak banner ni :)

dateline
belum pasti :p



yang benar

tolong saya!

Assalamualaikum




syieda sorang ke yang jadi macam ni? tolongggg sapa yang pandai. nak yang lama. tak suka yang baru ni. tolongggg...



yang benar

kutub ais makin menebal

Assalamualaikum

disebabkan esok cuti. malam ni syieda akan memulakan aktiviti membaca novel sehingga habis. hihihi sebuah novel saja. teringin sangat nak membaca novel. kalau buku sejarah, surrender! :( dalam bermalas-malasan mengupdate blog. 

tajuk entri tiada kene mengena dengan kutub utara, mahupun kutub selatan. :)

esok pagi mau cuci itu peti ais kasi buang itu ais di kutub yang makin hari makin menebal. pengguna ramai, pencuci sorang. haha.. tak kesah pun, janji jangan jual peti ais ambo sudah la. meraung syieda depan en.muncit nanti. :p ngade! 



dan.. haruslah letak gambar (bukan gambar sebenar) untuk membuatkan impak lebih lagi. padahal peti ais sebenar pintu 1 je. hahaha.. 


alhamdulillah, tadi pergi menziarah arwah abah en.muncit dipusara. entri berkenaan : arwah telah selamat dikebumikan pada keesokkan harinya. kerana serangan jantung. tetiba rindu usikan arwah kepada en.muncit. en.muncit pasti lagi terasa. Al-Fatihah..



yang benar

kanak-kanak sekarang sudah up to date

Assalamualaikum

teringat zaman kanak-kanak dulu. lumba basikal, panjat pokok, main aci sembunyi dalam pokok padi, lompat getah, lubang tikus, batu seremban, main masak-masak, baling slipar, bola beracun, badminton, polis pencuri dan banyak lagi, dah menjadi permainan kanak-kanak pada zaman itu.

mana-mana yang sezaman dengan syieda, pasti dan mesti bersetuju, inilah permainan kami. seronok sangat. kekadang yang abang-abang, pakcik-pakcik pun nak turut serta. meriah dulu. hehe

tapi kanak-kanak zaman sekarang sudah up to date. permainan mereka Playstation, shopping, lumba moto (merempit), lepak sampai lewat malam, handphone mahal-mahal. sangat berbeza dengan kita masa dulu.

takde touching sebab masa dulu semua ini tidak mudah diperoleh. zaman dah maju, takkan kita masih mahu di takok lama. kan? tak salah untuk majukan diri sendiri. :)


cuma apa yang dikesali tentang kanak-kanak sekarang. adalah tutur bahasa mereka. tersangat up to date! bahasa-bahasa yang kita sendiri tidak pernah sebut, disebut mereka dengan lancar, dan tanpa segan silu. :(

pantang ditegur, kita pula di balas dengan kata-kata kesat. bercakap dengan kawan pun mencarut barut segala bagai. s***, b***, F*** sudah menjadi kebiasaan mereka dalam tutur kata setiap hari. wajib sehari akan keluar 1 perkataan ini dari mulut mereka. syieda akui sendiri. sebab syieda selalu dengar dari orang yang sama. (fakta:tidak semua yang macam tu)

kalau nak bergurau pun biarlah bertempat, awak dah pakai baju kurung tapi bercakap dengan kawan dalam kain pun disebutnya. :(( sedih betul! itu belum bergaduh lagi. dalam fb, myspace, twitter, bbm, viber belum kire lagi. kan? kan? :p

dua hari ni asik publish entri tidak puas hati saja syieda ni. hehe bukan apa. dah lama terpendam tidak sempat berblogging. :) hehe..

*nanti petang mahu ziarah arwah dengan en.tunang. Al-Fatihah..



yang benar

open house Neeya

(draf yang dah berkarat, baru upload pic)

Assalamualaikum

tinggal berapa hari saja lagi untuk meninggalkan bulan Syawal ni. banyak jemputan rumah terbuka. terutama pada hari minggu, Sabtu dan Ahad. minggu lepas syieda pun menerima jemputan rumah terbuka Neeya. Neeya ni kawan baik semasa di UiTM, sampai sekarang. BFF la! :)

majlisnya bermula 12 tengah hari sabtu yang lepas. namun disebabkan kesibukan en.tunang bekerja. terpaksa syieda pergi pada sebelah malamnya. janji Melayu, lepas maghrib. tapi datang jemput lepas isya'. terima kasih sebab datang jemput juga. :p

di bawah adalah gambar-gambar semasa di rumah Neeya, ok bye! :)

arnab Neeya, diberi nama chelly. datang dari Segamat ni.

macam tau-tau saja orang amik gambar dia. siap baring gitu. hihi

inilah hasil kerja kakcik Neeya ni. jadi photographer die masa kitorang tengah makan. :) terima kasih Neeya

tengah gelak-gelak pun Neeya amik. layan je.. hehehe

peace!

en.tunang tu makan lontong + nudget + cili 3 sudu = air syieda pun dia habiskan :( Neeya cakap, cili buatan maknya memang menyengat 

tambah dua kali. sebab sedap! haha

tu air ambo! en.tunang senyum pedas, syieda senyum pasrah air kene kebas.. kekeke

ok. rasanya pic yang sama, cuma posisi saja berubah sikit. hahaha. terima kasih Neeya, kalau harap kami berdua. memang takda semua gambar ni. :)

lepas makan, kami amik angin diluar rumah. sementara memberi laluan kepada kawan-kawan akak Neeya pula menjamah hidangan. :) terima kasih Neeya.


yang benar

berbaloikah itu semua?

Assalamualaikum

berbaloikah kita menjatuhkan maruah seseorang hanya untuk kepentingan diri sendiri? tambah-tambah lagi rakan sekerja yang bertungkus lumus bekerja demi mencari sesuap nasi untuk anak dan bini dia di rumah. berbaloikah?

untuk kenaikan pangkat, kita sanggup menjatuhkan kawan baik kita sendiri dengan menyebarkan khabar angin yang entah betul atau tidak. sanggup menutup pintu rezeki kawan, jiran, saudara mahupun orang yang lebih berjaya dari kita. hanya kerana mahu mengejar kesengan yang bukan milik kita.

tidak kurang juga yang sanggup menggunakan khidmat jin untuk menjatuhkan seseorang. Nauzubillah.. taubat lah!

tetiba entri emo pula syieda hari ini. serius saja. weee..

*kejadian ini tidak terjadi kepada syieda, harap maklum ya? insyaAllah.. 

jangan kerana pangkat dan kesenangan, kita menindas golongan lain. biarlah kita bersaing dengan cara baik dan berhemah. kalau lelaki tu, gentle! :) kalau perempuan bawa mulut dah biasa dengar. tatapiii kalau kaum Adam yang bawa mulut. lu pikir la sendiri. :p


tega nya kita melakukan hal seperti itu. adakah kerana duniawi kita sudah lupa halal haram? dosa pahala? tepuk dada tanya iman. adakah kita tergolong dalam golongan itu?

ini adalah entri bersahaja. maaf kalau ada yang terasa. :) 

yang benar

selamat berblogging

Assalamualaikum 

selamat malam semua. Selamat Hari Raya. Selamat Hari Kemerdekaan. lama sangat syieda tidak update blog ni. maaf diatas kesunyian syieda. harap-harap kalian pun rindukan syieda. sejak balik berhari raya, mood blogging kelaut China Selatan dah. 

dan ucapan terima kasih buat abg Hanif. dengan menyertai segmen beliau, ada juga dikalangan para blogger yang membuat kunjungan ke blog syieda ni. walaupun entri tidak berupdate. sroott2..

tujuan sebenar syieda mengupdate blog ini adalah untuk memulakan semula aktiviti blogging yang telah lama terkubur. kunjungan balas masih dilakukan. diharapkan masing-masing bersabar ye? :p macam femes kau jah!



yang pastinya, itu bukan tangan syieda :) 


yang benar