demam doyan crepe

Assalamualaikum

sudah lama benar syieda tidak mengupdate blog. ini berikutan kelajuan kelembapan internet di rumah makin menjadi-jadi. kesabaran yang ada pun makin lama makin menipis. :( sebelum apa-apa terjadi, adalah ada baiknya syieda terus tidak online. :)

setelah hampir berminggu-minggu meng'google' durian crepe. semalam dapat juga merasa durian crepe! tergoda. memang terus syieda masuk dalam perut dua ketul. nak makan banyak, orang ramai. nampak sangat syieda ni tamak. terpaksa makan dengan sopan. hehe


apabila perut dapat dimanjai dengan durian crepe. hati terasa senang sangat! :p hikhik 

insyaAllah, mulai Ahad ini syieda akan berada di kampung selama 2minggu. yeay!! balik kampung! agak-agaknya dapat lah buat durian crepe sendiri. hihihi

dan berkemungkinan syieda akan jarang online :(. kepada yang sudi melawat blog ini. tinggalkan jejak langkah kalian. syieda akan cuba membalas semua. :)


pic kredit to : kak Intan

yang benar