Skip to main content

Patung Kencana di Terminal Shahab Perdana!

Assalamualaikum


Pengalaman 2 minggu di kampung sangat banyak. Tapi sayang, kebanyakkannya tidak sempat snap untuk di upload dalam blog. Hanya sesetengah aktiviti sahaja yang sempat dijadikan kenangan. :) Gambar sedikit demi sedikit akan di upload ke dalam blog. hihi kalau semua, panjang berjela pula entry nya. 

Seawal jam 10 pagi (16/12/2012) awal ke? syieda bertolak menaiki bus dari Terminal Puduraya menuju ke kampung halaman. Perjalanan yang memakan masa hampir 6jam, akhirnya selamat sampai ke destinasi. Disebabkan niat balik kampung untuk surprise kan mak ayah, akhirnya memakan diri sendiri

Terpaksa menjadi patung kencana di Terminal bas Shahab Perdana lebih 3jam. Ini berikutan bateri hp ayah habis, adik keluar jejalan sambil hp silent, abang pula bekerja. padan muka nak buat surprise sangat. Inilah akibatnya.

Sebaik menjejakkan kaki di rumah, terus snap gambar di atas. Rindu kampung halaman. Gambar pertama patut ada adalah kawasan keliling rumah. :)

Persoalan pertama : Bilalah abang teman nak kawin? mak ada pembantu untuk membersihkan apa yang patut. hohoho anak perempuan yang sorang pergi merantau. anak lelaki sulong dan bongsu menjaga rumah. hikhik terbalik kuang! :)


Benda pertama yang syieda santap di kampung adalah buah rambutan. 4 biji tercicir atas pokok. ini adalah kulit rambutan ye? Isinya sudah di hadam di dalam perut montel syieda. bhahaha ;) 

bersambung...

yang benar

Comments

  1. sonok la die dapat balik kg..kite tunggu 13/1 nie baru dapat balik kg...xsabar ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best nya dapat balik kampung. nak ikut nenot! :)

      Delete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…