Skip to main content

Resipi : Makaroni gelaksakan

Assalamualaikum

Setelah mengupload gambar yang menjadi bahan ketawa en.tunang. hari ini syieda nak berkongsi resipi orang bujang di dapur. kahkah. berkongsi la sangat ni. kawan-kawan jangan gelakkan syieda ye? *moodbelajarmemasak* haha..
 
 
memang kuahnya syieda buat terlebih cair. sebab utamanya, syieda memang kurang pekat-pekat ni. contohnya kuah laksa utara, syieda makan yang bahagian atas kuah saja. isi ikan tu kasi orang lain makan. :) hoho

Bahan-bahan :
  • Makaroni
  • Sos Prego
  • Daging kisar (daging lembu @ daging burger)
  • Brokoli
  • Cendawan tin (Ayam Brand)
  • Minyak
  • Garam
  • Bawang

Cara-cara memasak :
  1. Rebuskan makaroni didalam periuk bersama beberapa titis minyak masak untuk mengelakkan makaroni melekat semasa dihidangkan nanti.
  2. Panaskan minyak didalam kuali dengan api yang sederhana. Goreng bersama bawang hingga kekuningan.
  3. Masukkan daging kisar. Biar sehingga air daging kering.
  4. Masukkan pula sos Prego. Masak dalam masa 15-20 minit. Biar daging betul-betul masak.
  5. Masukkan cendawan yang telah dihiris nipis. Biar seketika. Kemudian masukkan brokoli.
  6. Tambahkan serbuk perasa sikit. Siap !

dan jadilah makanan ini. tak tahu nak namakan apa. makan, sedap la jugak ! haha sebab ni lah syieda di gelaksakan oleh en.tunang. selamat mencuba ya kawan-kawan . :)

*pelik betui dengan wifi rumah ni, recycle bill 14haribulan hari tu. hari ni dah over usage. padahal online pun jarang . hantu berfacebook kot. hoho malam-malam gini sebut nama "dia". larikkkkk...





yang benar

Comments

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…