Air masak untuk kesihatan


entri copy paste juga ;)

apabila berada di office, terpaksalah minum lebih banyak air masak. tahu air masak tu yang mana? air masak tu, yang kita masak/jerang di dalam cerek di rumah tu. bukan air tapis ye? dalam kuantiti 2liter sehari. haa..

ss nak kongsikan sedikit kelebihan and kebaikannya air masak ni :
  1. Menguruskan badan : Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
  2. Meningkatkan kesuburan : Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
  3. Melancarkan sistem pencernaan : Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
  4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser : Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
  5. Perawatan kecantikan : Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
  6. Tubuh lebih segar dan sihat : Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
  7. Menyihatkan jantung : Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
  8. Ubat kepada penyakit strok : Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
 
 
* setiap hari mampu minum 1liter saja. macam mano??

18 comments:

  1. banyak khasiatnya air masak ni kan? ^_^...thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc kak.. ss pun baru tau khasiat dalam air masak :) hee

      Delete
  2. alamakkk jarang minum air masak!huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kena minum ni kak. baik untuk kesihatan. hehehe

      Delete
  3. yang penting bagus tok orang yang diet, kerana boley buat jdi kenyang:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ss tengah berdiet ni. nak turunkan 5kilo..hehe

      Delete
  4. Air masak baik utk kesihatan.. N air lah yg memperbanyakkan darah dlm bdn.. =)

    ReplyDelete
  5. saya suka minum air, hari ni berjaya habiskan satu botol besar..ngehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terasa macam kembung je perut. hehehe

      Delete
  6. Sangat setuju! Saya suka minum air masak sebab nak cantikkan kulit biar tak kusam. Hehehe. :) Tapi kena tahan suam sikitlah sebab panas, kena minum perlahan-lahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. bagus2..amalkan selalu, bertambah awek muda :p

      Delete
  7. 1 liter pon okla..ni 500 ml pun agak2 nak telan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha... :) kannnn.. paksa2 habiskan 2liter. mau kembong ;p

      Delete
  8. akak bookmark n3 ni bagus ni. panduan kesihatan ^___^

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you