Penyakit sombong


entri panjang lebar + copy paste .


Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
  1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
  2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
  3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
  4. Memandang hina pada golongan bawahan.
  5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
  6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
  7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
  8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
  9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
  10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
  11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
  12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
  13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
  14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
  15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
  16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
  17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
  18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
  19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
  20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
  21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
  22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
  23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
  24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
  25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
  26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.


Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
  1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil.
  2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
  3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
  4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
  5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
  6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
  7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.


Kesan daripada sifat sombong :
  1. Orang benci kepadanya.
  2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
  3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha sedaya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.

Usaha-usaha membendung penyakit sombong adalah seperti :
  1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
  2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
  3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
  4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
  5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
  6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.


20 comments:

  1. Saya orang sombong itu.... Nak cube perbaiki.... Thanks atas infonye ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sis. mari kita perbaiki bersama2 :)

      Delete
  2. sombong tak lama mana gtu.. buruk rupa

    ReplyDelete
  3. banyaknya dilistkan . ada saja disekeliling :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. cuma kita saja tak sedar. hukhuk ss pun baru perasan. :(

      Delete
  4. orang yang sombong nie tak orang tak suka. hmm mohon diri dijauhkan dri sifat diatas

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. hindari diri kita dari penyakit ni

      Delete
  5. orang sombong tak kemananyakan..setakat manalah kita nak sombong..sombong penyakit hati..boleh menjadi virus menutup segala kebaikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, xkan kemana. lagi orang menjauhkan diri . adala

      Delete
  6. Kalau saya sombong mohon tegur. Eh, ada ke orang nak tegur kita kalau kita sombong? Huhuhu. T______T By the way, Tauca tu dah tukar jadi taucu. Terima kasih kerana beritahu. Saya dah tua agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..kita saling mengingati. hehehe ss pun xtau sangat taucu tu. tp en.tunang selalu sebut.

      Delete
  7. Wat pe la sombong2 kan... bukan bleh bw matipun sume yg ada dpn mata... akak pun masih memperbaiki diri juga. Thanks share info ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..sama2 kita perbaiki diri. insyaAllah..

      Delete
  8. Semua orang ada sifat sombong kerana sombong itu perlu....tetapi mestilah kena pada tempatnya dan kita perlu pandai mengawal sifat itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. tapi yang banyaknya sombong melebih2. huhu sabar je

      Delete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you