Saman dari DBKL




Kejadian berlaku pada waktu malam. SS berhenti parking moto berdekatan laluan lebuhraya. mood  menunggu seseorang. setelah lama menunggu, akhirnya orang tersebut tidak juga muncul. SS memutuskan untuk balik ke rumah saja. memandangkan keadaan sudah gelap.

sebaik hendak menghidupkan enjin moto. SS didatangi seorang penguatkuasa BDKL. tanpa sebarang pertanyaan, beliau terus memegang handle motosikal sambil tersenyum. dalam hati memanglah takut. sebab tak pernah kena saman lagi. 

beliau mengeluarkan surat saman. tapi SS terus menahan beliau. 

SS : awak ni siapa ya? boleh perkenalkan diri?

DBKL : saya penguatkuasa DBKL, nak saman adik. sebab adik parking di tempat yang salah.

SS : boleh awak tunjuk kad awak? bukan apa, sekarang ni penyamun pun boleh menyamar. saya takkan percaya cakap awak ni tanpa sebarang bukti. lagipun kenapa mesti datang kepada saya saja. tu ha banyak lagi moto yang parking dekat sini *sambil tunjuk ke arah moto yang lain*

DBKL : ok ini kad saya. lalu beliau menunjukkan kad beliau *sambil tersengih*

SS : saya tengah tunggu orang ni. tapi sampai sekarang belum muncul. encik pergi saman orang lain la. ramai lagi parking dekat sini, kenapa perlu saya yang kena. dah la saman parking RM300 mahal !

DBKL : saya terpaksa saman adik. maafkan saya ye? *sambil memandang kepada sekumpulan penguatkuasa di seberang jalan*

SS : *cehhh.. 


malam tadi kenalah saman dalam mimpi. sebab parking. sedih juga. minta dijauhkan dari semua ni. amin..

itulah cerita yang diadaptasi dari mimpi SS malam tadi. hohoho baru nak update, tetiba line internet down. sementara tunggu line pulih. SS tengok perlawanan bola sepak antara Selangor menentang Johor DT. 4 - 1. cayalah Mahali ! hihi


7 comments:

  1. nama kita sama la. dah la ejaan pun sama...=D

    hehehe. saya pun pernah hampir kena saman sebab bawa motor di laluan kereta, padahal motor ada laluan khas. kali pertama lalu kawasan tu, mana nak tahu. memang saya jawab habis-habisan la. akhirnya pak cik polis tu mengalah, tak jadi saman saya...(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn? pakcik polis tu pun agaknya tak sampai hati bila kita terangkan kejadian sebenar. kekadang kita tak perasan laluan tu bukan untuk motor. kalau ss, maunya menangis sebab kena saman. takut pun ada. dalam mimpi ni agaknya berani. haha

      Delete
    2. nama penuh akak apa? ss Noor Shuhaida Mat Saad :)

      Delete
  2. wah.. macam betul je.. tapi harapnya tidak berlaku la.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 tak berlaku. berdebar dah jantung limpa kalau nampak polis dari jauh. inikan dia tahan untuk saman. hehe mau pengsan :)

      Delete
  3. hahaha..seriously lawak kowt.. nasib baik mimpi..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, nasib mimpi sis. kalau betul. mau menangis ss :(

      Delete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you