Tandas Sumbat


Tandas Sumbat.

kejadian ni bermula hampir sebulan yang lepas. di mana, setiap kali mandi, air akan bertakung dan mengambil masa yang agak lama untuk surut. namun masih boleh mandi. jadi housemate amik keputusan wait and see. ok fine.

namun, 2 minggu yang lepas. air bertakung terus. ini mengambil masa hampir sehari untuk betul-betul surut. ss pun mengambil langkah wait and see. den bukan tuan rumah. terpaksa ikut cakap tuan rumah la kan? :( hampir seminggu mandi terkejar-kejar, takut air bertakung teruk. sangat tidak selesa. sehari hanya mampu mandi 2 kali SAHAJA! sebab tu demam. :'(

3 hari lepas ss tak mampu nak "wait and see" dah. air sudah busuk. gambar di atas adalah hasil kerja tuan rumah. setelah tidak berjaya, ditinggalkan begini. hangin saja. 

ss beli acid untuk baiki paip sumbat ni pada mulanya. redah jem untuk ke The Mines. tuang acid kedalam saluran paip tersebut, namun tidak berjaya. pada fikiran ss, mungkin tersangkut sebab pasir. akhirnya ss putus asa, terpaksa call pakcik tukang paip yang hensem tu. 

jam 9.30 malam semuanya selesai. RM150 dihabiskan. tengok pada apa yang tukang paip tu kerjakan hanyalah pergi ke rumah bawah, buka "perangkap sampah". bersihkan dan ketatkan semula. kalau den tau. den buat sendiri pun takpe, dari habiskan RM150. hohoho 

apa yang menyebabkan paip tersumbat, adalah segumbal besar rambut beserta pencukur janggut, dan cincin ss yang terjatuh tempoh hari. huwaaaa! alhamdulillah.. cincin tu dah 2 kali mak ganti, sebab ss hilangkan. cincin tu pemberian nenek ss. haha teruk cucu yang sorang ni.

#internet on off, esok ss cerita kemalangan jalan raya yang berlaku petang td. insyaAllah..

4 comments:

  1. rambut memang selalu buat tersumbat kan . ada hikmahnya tuu, tengok, dah jumpa cincin tuu kan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. gembira sangat-sangat. heehe

      Delete
  2. bilik air kat rumah dina pon pernah tersumbat sebab rambut dina banyak gugur . habes bertakung . hoho =)

    ReplyDelete
  3. errrkkk....ada janggut ke SS...kikiki (gurau2 je...)

    ReplyDelete

You can say anything but please don't hurt me. Thank you