Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
  • kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.
  • kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.
  • Borang 2A : bakal pengantin lelaki
  • Borang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuan
  • selesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)

Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
  1. Borang boleh di isi secara terus online di SINI.
  2. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.
  3. Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.
  4. Pastikan anda sudah tahu :
    • Tarikh Nikah (dalam kalender Islam)
    • Tempat Nikah
    • Nama 2 orang saksi (saksi isi borang, kawan pun boleh)
    • Nama bakal bini hang. >.< tak ingat memang nak kena sekeh
  5. Selesai isi borang secara online. Borang boleh di print. Save dalam PDF dulu pun boleh. :)
  6. Bawa bersama borang yang telah di print tadi kepada Juru Nikah tempat tinggal anda. Potostat IC anda, IC saksi, Keputusan ujian saringan HIV, dan Sijil Kursus Kawen. Jangan lupa Borang Surat Bujang (dapatkan dari tempat kerja anda, make sure ada nama syarikat di kepala surat tersebut)
  7. Sudah dapat tandatangan Juru Nikah di tempat anda? OK siap 1 perkara. Tapi, jangan tarik nafas lega panjang sangat. Belum settle lagi. >.<
  8. Borang yang telah di tandatangan haruslah di serahkan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Selangor (untuk Selangor). Borang tadi akan di sahkan. Ini jam, tarik nafas separa lega. Sebabnya sebelah perempuan belum siap lagi.


cari pautan borang 2A. fill in the blank. isi * saja.


ini penting! hang lupa, kena sekeh


dah siap semuanya. klik butang cetak. dan print. atau pun save.


#Note :
- borang yang telah di hantar ke Pejabat Agama Islam , mengambil masa sehari untuk siap.
- jangan lupa bawa RM10 untuk bakal pengantin yang bernikah di luar Selangor. kalau kahwin di dalam Selangor, SS tak pasti berapa ringgit kena.

4 comments:

  1. Maknanya laki kena ada 2org saksi n perempuan kena ada 2org saksi gk ke?jd 4 saksi borg nikah?tlg bg pnjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. untuk isi borang saja. kawan-kawan pun boleh jadi saksi ni. tapi untuk saksi perkahwinan (kawasan SS) tok imam yang akan cari saksi dia. nanti masa akad nikah, tok imam akan bawa 2orang saksi dari pihak tok imam..

      Delete
  2. Nak tnya, Kalu Keputusan HIV pakai borang Jais, mmg klinik bg camtu je ke borang? tanpa letak dalam sampul yang di seal?

    ReplyDelete

u can say anything but please don't hurt me. thank you