Kenali diri ini

Kenali diri ini

Rupanya masih ramai yang tidak mengenali diri ini. ramai yang tersalah anggap. menganggap diri ini terlalu negative. eh! saya pun ada sikap sayang menyayang tau? even takutkan kucing, saya still bagi kucing makan (walaupun jarak saya dan kucing hampir sedepa)

sedih apabila semua orang menganggap diri ini terlalu emotional. sehinggakan, ada yang memberi amaran agar saya tidak merosakkan sesuatu majlis. apakah saya ini perosak majlis ke? so sad..

saya ni bukanlah seorang pendendam, sebabnya memory saya tidak mampu menyimpan sesuatu perkara terlalu lama di dalam hati, mahupun fikiran. jadi, usahlah ingatkan sesuatu peristiwa yang menyakitkan hati saya. in sha Allah, saya akan lupakan perkara itu.

kalau saya diamkan diri, tidak menyebut sesuatu perkara itu, bermakna saya sudah lupa. jadi janganlah mengungkit/membangkitkan isu sensitif itu lagi. hormatilah 'short term memory' saya ni. takyah nak ingatkan saya. biarlah saya lupakan hal itu.

jadi kepada yang tidak mengenali diri ini, usahlah membuat perkiraan terhadap orang lain dengan sendirinya. tanya orang lain, kenali diri ini dulu, barulah membuat sesuatu perkiraan. adalah sesuatu yang menyakitkan hati apabila menuduh orang tanpa usul periksa.


#orang dah lupakan hal tu, lagi mau ungkit. sekarang luka lama kembali berdarah. huhh sedih.



No comments:

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you