Skip to main content

Fasa pertama kami

Assalamualaikum & Salam berhujung minggu.

Hari ini selesai sudah edisi cubaan untuk berblogging semula. Hampir 4bulan tidak memasuki ruangan ini. Sudah kekok rasanya. Entri terakhir pun yang bertajuk Hai! sudah lama terkubur diam membisu. eh! 


Almaklumlah fasa pertama perkenalan di alam perkahwinan. Berkenalan dengan kekasih hati yang sah. Mengenali diri masing-masing dengan lebih dekat. Segala keperluan masing-masing sudah berubah. Dulu beli apa-apa, sorang-sorang saja. Sekarang ni, nak beli barang, asyik nak en.suami ikut saja. hehehe mengada la pulak

Sekarang sudah genap 3bulan mendirikan rumahtangga bersama en.suami. Kami masih di tahap menyesuaikan diri dengan segalanya. 

Dulu balik kerja, makan nasi bungkus kalau rajin sangat baru masak. Tapi sekarang, lebih suka masak untuk en.suami jamah lepas hampir seharian tidak berjumpa. ececece.. tambahan waktu makan tengah hari masing-masing makan di luar (kedai). Banyak sangat abam aji dalam makanan. ss masak makan malam. Kami berdua masing-masing kerja jauh, sorang bekerja di Balakong, sorang lagi bekerja di Petaling Street. 

Hari ini, ss akan cuba (tak berani janji) untuk update blog sekerap mungkin. Hari sabtu en.suami bekerja. ss mengadap laptop sajalah! heee

#sekarang sudah pandai masak beb. hahaha

credit : en. google

Comments

  1. shuhaida.. Tahniah.. baru kawen manis tau.. Tapi bella dah kawen dua tahun pun terasa kemanisannya lagi.. ahaks.. Shu jom join GA akak ni. Banyak hadiah tapi takda orang nak plak. JOm.. join.

    http://isabellaidura.blogspot.com/2013/12/havoc-giveway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak. ok nti saya joint. (+.-)

      Delete
  2. Dah 3 bulan dah.. Alhamdulillah.. Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.. :)

    ReplyDelete
  3. waaaaahh......dah kahwin...sama lagi! :D

    saya masuk 200 hari rini. semoga perkahwinan kita dilimpahi mawaddah dan rahmat oleh-Nya.
    ameen

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn.. thanks puan shuhaida.. sama lak nama kita. hahaha

      Delete

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you

Popular posts from this blog

Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.Borang 2A : bakal pengantin lelakiBorang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuanselesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)
Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
Borang boleh di isi secara terus online di SINI. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.Pastikan anda sudah tahu :Tarikh Nikah (dal…

Ujian Saringan HIV

Ujian Saringan HIV

Sejak terminate P1 wimax ni, ss sudah susah update blog. tambahan pula semakin hari semakin banyak benda kena diberi perhatian serius.
Hari Isnin (10 Jun 2013) yang lepas, selesai buat Ujian Saringan HIV. pada hari tersebut, ss cuma amik cuti separuh hari. ss dan en.tunang pergi ke Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA. di Sg. Chua, Kajang. pada hari tu, tidak ramai orang. jadi sebarang appointment tidak di perlukan.
Sebaik sampai jam 1.30 petang, kaunter masih di tutup. Setelah kaunter di buka pada jam 2 petang.
Dapatkan Borang ujian di kaunter. Borang tersebut disertakan bersama buku kecil warna : biru (lelaki), dan pink (wanita). Dua warna sahaja

abortion

Assalamualaikum 
“Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari sebagai air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu (iaitu 40 hari), kemuadian ia menjadi segumpal daging seperti yang demikian itu juga (iaitu 40 hari), kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya”.
Ia juga dikuatkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “kemudian air mani tu kami jadikan ia segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkuskan dengan daging, kemudian, kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain, maka, maha suci Allah, pencipta yang paling baik” (Al-Mukminun:14). - sumber

apa itu abortion? abortion (penguguran) : iaitu penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus/janin dari uterus ibu. dan menyebabkan kematian. keguguran juga boleh berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. keguguran secara tidak sengaj…