Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu



Klik banner untuk sertai

Syarat2 wajib
  1. Menetap di Malaysia
  2. Buat entry tajuk di atas 'Giveaway Rekaan Sendiri By Eymasu'
  3. Copy banner simple kat atas dan backlinkkan ke entry ini.
  4. Letakkan Link Entry di Kotak Comment tempat lain saya tak nak
  5. Klik Iklan gambar di bawah wajib..clear cache and cookies dulu tak reti lihat di SINI (saya pinjam dari Aireen..hehe..^_^) *jujur dan tunggu loading sampai habis ok


Follow Blog

Like Page
lihat page penganjur :)

Hadiah
Top referrel
  • 1 set bantal couple rekaan sendiri
  • 10 biji brooch rekaan sendiri

Random
  • keychain nama 2 pemenang -Alyaa
  • Shiseido Black Mask 2 pemenang-Cik Hawa
  • review blog untuk 3 pemenang-Arrien
  • 3 brooch 3 pemenang-Najihah
  • Brooch 2 pemenang -Nur Izzatie
  • Edit blog 2 pemenang-Nur Izzatie
  • kad raya seorang-Nur Izzatie
  • 3 header 3 pemenang-Nasya
  • 2 edit blog 2 pemenang-Nasya
  • 2 brooch 2 pemenang-Syeeda
  • 15 bloglist 15 pemenang-Areena
  • 3 org pemenang buku nota kecik -areena

special hadiah 
*50 orang peserta awal dapat free brooch rekaan sendiri 1 biji

Tamat 
31 Ogos 2013

Kenali diri ini

Kenali diri ini

Rupanya masih ramai yang tidak mengenali diri ini. ramai yang tersalah anggap. menganggap diri ini terlalu negative. eh! saya pun ada sikap sayang menyayang tau? even takutkan kucing, saya still bagi kucing makan (walaupun jarak saya dan kucing hampir sedepa)

sedih apabila semua orang menganggap diri ini terlalu emotional. sehinggakan, ada yang memberi amaran agar saya tidak merosakkan sesuatu majlis. apakah saya ini perosak majlis ke? so sad..

saya ni bukanlah seorang pendendam, sebabnya memory saya tidak mampu menyimpan sesuatu perkara terlalu lama di dalam hati, mahupun fikiran. jadi, usahlah ingatkan sesuatu peristiwa yang menyakitkan hati saya. in sha Allah, saya akan lupakan perkara itu.

kalau saya diamkan diri, tidak menyebut sesuatu perkara itu, bermakna saya sudah lupa. jadi janganlah mengungkit/membangkitkan isu sensitif itu lagi. hormatilah 'short term memory' saya ni. takyah nak ingatkan saya. biarlah saya lupakan hal itu.

jadi kepada yang tidak mengenali diri ini, usahlah membuat perkiraan terhadap orang lain dengan sendirinya. tanya orang lain, kenali diri ini dulu, barulah membuat sesuatu perkiraan. adalah sesuatu yang menyakitkan hati apabila menuduh orang tanpa usul periksa.


#orang dah lupakan hal tu, lagi mau ungkit. sekarang luka lama kembali berdarah. huhh sedih.



Simple Segmen Saya Nak Kad Raya


Syarat:
  1. Semestinya followers blog Bila Jari Mula Menaip.
  2. Buat satu short entri bertajuk "Simple Segmen Saya Nak Kad Raya", letakkan banner di atas dan linkkan ke entri ini.
  3. Klik SINI SINI SINI SINI SINI SINI -Jujur itu penting-
  4. Tinggalkan URL link entri di ruang komen entri ini.

Hadiah :
  • 15 kad raya akan diberikan pada mereka yang bertuah mengikut random. 
  • 5 daripadanya akan mendapat satu penanda buku daripada EkaTikah Craft dan akan tersenarai dalam bloglist Blog Bila Jari Mula Menaip.
Tamat :
28 July 2013
10 malam

Berdebar-debar

Berdebar-debar

tinggal 20 hari lagi sebelum di ijab kabul. di dalam hati, hanya Allah yang tahu macam mana perasaan ss. berdebar, takut, sedih, gembira semua ada. sesiapa yang sudah berumah tangga mesti tau macam mana perasaan ss pada waktu ni. susah betul nak terangkan.

tidur tak lena, mandi tak basah, makan lalu. hahaha harap-harap janganlah berat badan naik lepas raya ni. kalau tidak, pengsan nak diet dalam masa seminggu lepas raya. >.< 

blog ni update tentang hal kahwin sajalah buat masa sekarang. masa cepat berlalu pergi. sedar tak sedar sudah hampir sebulan ss tidak sibukkan diri dengan blog. lepas ni entah macam mana keadaan blog ni. hohoho

nak update blog di office, waktu-waktu tertentu saja dapat update blog. curi-curi pulak tu. bila ada peluang, idea sudah ke laut pacific. last-last tak ber'update'.

#jemput datang ke majlis ss 10 Syawal nanti ye? :) 

Tips kekal segar di bulan Ramadhan

Tips kekal segar di bulan Ramadhan

Sudah hampir seminggu umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadhan, hari ni baru ada kesempatan untuk berkongsi dengan kalian. >.< dan ada di antara tips ini, telah ss praktikkan.

Tips kekal segar di bulan Ramadhan :
  • Aktiviti
    • Penuhkan hari kalian dengan aktiviti-aktiviti luar. Jangan duduk rumah sepanjang hari, 2,3x ke dapur, memang perut akan rasa lapar. Selesai sediakan juadah berbuka, eloklah keluar bersiar-siar sementara menunggu waktu berbuka.
    • Senaman ringan, seperti mengemas rumah, berjalan kaki, bersiar-siar di taman sesuai untuk dipraktikkan di bulan Ramadhan ni. Kalau awak berjogging, lari bagai nak rak, jatuh tergolek susah pula. sebab perut tengah kosong. :) buatlah aktiviti yang sepatutnya.
  • Menu sahur
    • Biasakan bersahur dengan nasi. ini mengelakkan perut masuk angin. nanti asyik pasang boom dalam office tu. hehehehe
    • Banyakkan makan sayur-sayuran, elakkan makanan bergoreng. Makanan bergoreng boleh buatkan kita cepat rasa haus.
  • Tidur
    • Elakkan tidur pada waktu petang. ini akan *memandulkan* perkembangan otak. Nanti badan asyik jadi lemau, lesu, dan letih.
  • Minum air masak
    • Perbanyakkan minum air masak. 3 liter air masak sehari. ini untuk gantikan air yang telah keluar dari badan kita. 
    • ss suka minum lepas bersahur. bekalan air masak sudah tersedia di hujung kepala. sementara nak lelapkan mata sebelum masuk waktu subuh, habis sebotol air ss kerjakan. botol air yang 1 liter tau? bukan yang 500ml. hehe

kalau ada tips lain, bolehlah kita berkongsi :)

Tak boleh follow back!


SS ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan, SS tidak dapat follow back sesiapa yang sudah follow ss. entah di mana silapnya. sedih la juga. sign in google, tapi stuck di situ berkurun lama.

Inilah bahana terminate internet. nak online terpaksa guna hak syarikat. biasa lah, macam-macam diorang block. hehehe.. nak joint any contest pun susah, sebab FB pun kena block. adat meminjam, biasalah. >.<

jangan lupa tinggalkan link blog kalian di Exchange Link. :)

Ramadhan al-mubarak


Ramadhan al-mubarak

Tengah google kek untuk majlis akan menjelang tidak lama lagi. ss ternampak cupcakes red velvet ni. Kualiti gambar ni ataupun cupcakes tu sendiri yang membuatkan ss tertarik? warna merahnya menarik hati. *bulan posa ni macam-macam dugaan tengok makanan* hehe
 
Di sini ss nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. semoga Ramadhan kali ni lebih bermakna dari sebelum ni.

GA Ramadhan Raya by Emas Putih


Senarai Hadiah <--Jom lihat hadiah untuk GA ini.
Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)


Hadiah
Top Referral - RM50
85 Hadiah untuk dimenangi


Syarat Wajib
Follow blog sponser, like fanpage, follow twitter,Follow G+ yang bawah (a) (b) (c) (d) (e)


(a)Follow Blog


(b)Like Fanpage
              


(c)Follow Twitter
  

Share Page
Masuk page ni, dan share page kat wall facebook anda :)

(d)Follow G+



(e)Bloglist
dalam blog anda untuk mengetahui info cepat tentang GA ini. Sebab selalunya banyak yang terlepas pandang hadiah dan lambat tuntut hadiah


Isi Borang Nikah Lelaki Selangor (online)

Selesai Ujian HIV tempoh hari. Seterusnya, kami mengisi borang kebenaran nikah. SS masih ingat sikit-sikit masa kursus pra perkahwinan tempoh hari. Penceramah ada terangkan procedur-procedur untuk isi borang nikah ni.

Dalam kursus pra perkahwinan tempoh hari, penceramah ada menyatakan, sekiranya ;
  • kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang sama. borang kebenaran nikah boleh di isi bersama.
  • kedua-dua bakal pengantin lelaki dan perempuan berasal dari kariah yang berlainan, borang kebenaran nikah hendaklah di isi oleh bakal pengantin lelaki terlebih dahulu.
  • Borang 2A : bakal pengantin lelaki
  • Borang 2C dan 2D serta borang wali : bakal pengantin perempuan
  • selesai isi borang. bagi kepada pihak pengantin perempuan (luar Selangor)

Procedur Isi Borang Kebenaran Nikah (Lelaki Selangor) :
  1. Borang boleh di isi secara terus online di SINI.
  2. Daftar masuk dengan menggunakan no IC anda.
  3. Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor.
  4. Pastikan anda sudah tahu :
    • Tarikh Nikah (dalam kalender Islam)
    • Tempat Nikah
    • Nama 2 orang saksi (saksi isi borang, kawan pun boleh)
    • Nama bakal bini hang. >.< tak ingat memang nak kena sekeh
  5. Selesai isi borang secara online. Borang boleh di print. Save dalam PDF dulu pun boleh. :)
  6. Bawa bersama borang yang telah di print tadi kepada Juru Nikah tempat tinggal anda. Potostat IC anda, IC saksi, Keputusan ujian saringan HIV, dan Sijil Kursus Kawen. Jangan lupa Borang Surat Bujang (dapatkan dari tempat kerja anda, make sure ada nama syarikat di kepala surat tersebut)
  7. Sudah dapat tandatangan Juru Nikah di tempat anda? OK siap 1 perkara. Tapi, jangan tarik nafas lega panjang sangat. Belum settle lagi. >.<
  8. Borang yang telah di tandatangan haruslah di serahkan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Selangor (untuk Selangor). Borang tadi akan di sahkan. Ini jam, tarik nafas separa lega. Sebabnya sebelah perempuan belum siap lagi.


cari pautan borang 2A. fill in the blank. isi * saja.


ini penting! hang lupa, kena sekeh


dah siap semuanya. klik butang cetak. dan print. atau pun save.


#Note :
- borang yang telah di hantar ke Pejabat Agama Islam , mengambil masa sehari untuk siap.
- jangan lupa bawa RM10 untuk bakal pengantin yang bernikah di luar Selangor. kalau kahwin di dalam Selangor, SS tak pasti berapa ringgit kena.