Undangan Majlis Perkahwinan Shuhaida & Azizul

ENTRI INI MELEKAT HINGGA TAMAT TEMPOH SAHLAKU

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera,

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, Ayat 21)

Kami, NOOR SHUHAIDA BINTI MAT SAAD dan AZIZUL HAFIZ BIN A.LATIB, dengan rendah diri dan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Illahi serta penuh takzim ingin menjemput saudara-saudari, sahabat handai serta seluruh kenalan ke MAJLIS PERKAHWINAN kami seperti berikut :-

Majlis Akad & Walimah - Sebelah perempuan :
Tarikh : 17 Ogos 2013 / 10 Syawal 1434
Hari : Sabtu
Waktu : 12 Tengah hari - 6 Petang
Tempat : Kampung Pida 2, Pulau Chondong, Mukim Jeram, 06000 Jitra, Kedah.

Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu rakan-rakan serta keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta dilimpahi rahmat dan diberkati Allah s.w.t.

#Kepada sahabat handai yang memerlukan kad jemputan diharap dapat PM alamat/email kepada kami. Kepada yang telah memberi alamat.. In sha Allah, tunggu ketibaannya..


Wassalam,
Shuhaida & Azizul

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

tinggal lagi 4hari untuk kita meninggalkan Ramadhan. sedih nya. setahun sekali baru dapat bertemu Ramadhan. inilah Ramadhan terakhir ss jalani sebagai seorang bujang. raya tahun ni, haruslah meraikan semeriah mungkin. almaklumlah, lepas ni sudah menjadi milik orang. segala aktiviti kena dapat kelulusan dari badan berkanun dulu. sekarang ni, under MAS ok lagi. kehkeh.

di sini ss ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. kalau ada salah dan silap, harap tidak disimpan dalam hati. ss akan mula bercuti mulai 6- 19 Ogos 2013. cuti raya + cuti kahwin! :) 

*jemputlah datang ke majlis ss di Kampung Pulau Chondong, Jitra Kedah. berdekatan Muzium Padi, Gunung Keriang. sila inform ss kepada yang akan ke majlis ss di :

bb pin : 2341B12B
email : syiedaieda@yahoo.com
twitter : @shu_aida
wechat : shu_aida

FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF


KLIK BANNER UNTUK JOIN

SYARAT-SYARAT
1. Wajib ada facebook dan blog.
2. Buat entri bertajuk "FIRST GIVEAWAY BY A&D kRAF".
3. Follow blog dan like fanpage.
(FANPAGE ) A&D kRAF

4. Klik iklan sponsor - *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING. TOLONG JUJUR*
5. Publish! Dan tinggalkan link entri diruang komen.Tempat lain tidak akan diterima..
6. Tarikh tamat 2 OGOS 2013. Umum pemenang 3 OGOS 2013.

# PEMILIHAN PEMENANG BERDASARKAN RANDOM.ORG #