RISAU ANAK TAK JAMAH NASI?

gambar ni, 2 tahun lepas di mana budak kecil ni masih belum boleh meniarap lagi. hanya tau angkat kaki buat senaman. makan pun nestum lagi. cepatnya masa berlalu. sekarang bukan setakat meniarap, siap memanjat berlari kemain laju.


para ibu dan ayah jangan terlalu risau kalau anak-anak tak makan nasi tapi makan benda-benda lain seperti kuih, biskut, mahupun buah. terutama anak yang aktif dan sudah pandai bercakap. usah terlalu bimbang sampai sakit kepala macam satu bebanan yang berat.

sebab apa shu cakap macam tu? ada sebabnya. 

sebenarnya anak-anak ni dah kenyang bila makan kuih, buah mahupun makanan sampingan lain. kapasiti perut diorang kecil dari kita. jadinya kita sebagai ibu dan ayah kena berkomunikasi dengan anak. dapatkan maklum balas dari anak.

janganlah di sumbat nasi dalam mulut anak sekiranya anak tanak makan nasi. kesian budak kecil tu, nak makan pun kena siksa. 

pendapat shu sendiri, bila anak tu dah boleh bercakap, mereka mampu untuk meminta apa yang mereka nak. contohnya, Sophea akan minta nasi bila dia lapar. adakalanya dia minta bihun sup. haa see.. kita sebagai ibu dan ayah sepatutnya menggalakkan komunikasi dengan anak-anak.

macam kita yang dah tua ni, ada kalanya nak juga merasa sesuatu yang lain. samalah anak-anak, boring ibu asyik masak sup ayam saja. nak juga makan mee goreng kicap ka, laksa ka. :)

selama 6 bulan menjaga Sophea sepenuh masa, baru shu paham dan lebih memahami perangai anak serta pemakanan dia. syukur alhamdulillah Allah s.w.t berikan kesempatan untuk shu membesarkan dan belajar tentang anak.

kepada ibu sepenuh masa serta pengasuh , shu sangat-sangat tabik spring buat kalian. penatnya hanya Allah s.w.t yang tahu. 


KEMENANGAN JDT DI PIALA MALAYSIA

TAHNIAH JDT atas kemenangan Piala Malaysia malam tadi.

Shu orang Kedah, tapi, masih nak ucapkan tahniah buat team JDT dan penyokong JDT.

yang seronoknya sambil tengok bola, makan kuaci. hehehe

Kelebihan Beristighfar

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"...dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosanya selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui balasan bagi mereka ialah keampunan daripada Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal."
(Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Kadang-kadang kita tak terlepas daripada melakukan kesilapan-kesilapan dan dosa. Allah s.w.t bersifat Maha Pengampun, tapi kita janganlah seronok sampai leka dengan kesilapan dan dosa tu sendiri. SEGERAlah beristighfar dan bertaubat.

Banyak kelebihan beristighfar kalau kita amalkan, antaranya:
  1. Menghidupkan jiwa yang resah gelisah di atas perbuatan maksiat dan dosa yang dilakukan.
  2. Mendekatkan diri dan mengingati kepada Allah s.w.t.
  3. Meningkatkan keimanan dan ketaqwaan diri kepada Allah s.w.t.
  4. Membanteras tipu daya syaitan.
  5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah s.w.t dalam kehidupan.
  6. Allah s.w.t akan memberinya jalan keluar dalam setiap masalah yang dihadapinya.
  7. Ditukarkan kedukaan dengan kesenangan.
  8. Dipermudahkan mendapat rezeki dari Allah s.w.t.

Banyakkan beristighfar agar hati kita bersih dan tiada sikap negatif yang selalu mencari salah dan silap orang lain. Adalah lebih baik kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah s.w.t terlebih dahulu.

Bak kata pepatah. 1 jari menunding kepada orang lain, 4 lagi menunding kepada kita. Carilah aura positif yang diri kelihatan lebih muda. kehkeh..

Natuwrel - Tanda-tanda Produk Kosmetik Berbahaya

Assalamualaikum& Salam Sejahtera.


tidak diakui produk kecantikan sekarang makin mendapat sambutan hangat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. boleh dikatakan hampir 70 peratus kenalan shu sendiri menjual produk kecantikan. termasuklah shu. 

tapi jangan kita alpa dalam ingin mengejar kecantikan, kita terlupa bahaya yang bakal datang. dan kepada penjual sendiri, jangan kerana kejar duit, kita sanggup biarkan pengguna menggunakan produk yang berbahaya. no no no

hari ni shu nak kongsikan beberapa tanda-tanda produk kosmetik tu berbahaya. jadi sebagai pengguna, kita kenalah selalu berwaspada dan alert mengenainya.

Tanda-tanda Produk kosmetik Berbahaya
Jika selepas menggunakan sesuatu produk terdapat tanda tanda berikut kemungkinan besar ia menggunakan bahan beracun. Awas ya!

  • boleh berubah putih dalam tempoh singkat (semakin tinggi kadar merkuri lebih cepat kulit jadi putih)
  • bila disapu pada kulit terasa panas dan gatal
  • pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kulit dan kemerahan bila terkena matahari
  • bila berhenti memakai produk ini akan timbul jerawat kecil atau bintik hitam pada wajah
  • hasil pemakaian produk kosmetik berbahaya ini mungkin membuatkan pori pori mengecil dan halus tapi ia sebenarnya disebabkan lapisan kulit wajah paling luar menipis kesan daripada merkuri
Sekiranya terdapat kesan ini sebaiknya hentikan penggunaan, jangan tunggu senarai dari KKM, bimbang segalanya sudah terlewat.

untuk mencuba produk natuwrel. boleh whatsapp 0177397596

Ara AF2016 - Warkah Untukku


Song : Warkah Untukku
Artist : Ara

Cintamu hancurkan zahirku
Rela dicampak ke penjaramu
Dari diperlakukan begini

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau kan berubah
Mendampingiku selalu

Kasihku tolong lihatkanlah
Tunjuk dia jalan kepadamu
Yang tersesat tiada bertuju

Berikan hatimu padanya
Kau akan rasa cinta sebenar
Dalam kau mencari aku

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau kan berubah

Mendampingiku selalu

Sungguhnya kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

Sungguhnya kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

Sungguh kau yang kumahu
Berdoa semoga kau akan berubah
Mendampingiku selalu

sekian
kredit :  liriklagumasyur

No Feedback, No Reply, Sorry for inconvenience caused

selamat berbuka puasa!

dalam entri lepas berkenaan Isi Borang Nikah Lelaki Selangor Online, shu dapat banyak soalan dan ada antaranya shu tak dan nak jawab. maaf beribu kali maaf sebab shu jarang online. bila ada masa dan kesempatan check, kebanyakkan dah berlalu.

entri bertarikh 5 Julai 2013, sudah 4 tahun berlalu. kemungkinan banyak yang sudah lain. shu tak dapat jawab dengan tepat. kalau sama, alhamdulillah.

sekian.

Nasi beriyani untuk awak

Alhamdulillah

selesai masak untuk juadah berbuka petang ni, masakan ala kampung dari shu untuk seisi keluarga. 3 ketul manusia saja dalam rumah. jadi menunya tak terlalu berat

Nasi beriyani, Gulai ikan sawah, karipap, dan air teh O panas.

cukup untuk kami bertiga. kalau sorang tak makan makanan laut, shu buat extra masakan lain. agar tak da yang sentap. kehkeh.

Jangan membazir di bulan Ramadhan
sentiasa berjimat cermat.

Alisya 2.4 tahun

Alhamdulillah..

sambil bercuti di rumah, sambil jaga anak. seronok dapat tengok anak membesar depan mata sendiri. pelabagai keletah dia dapat kita tengok.

anak sudah 2 tahun 4 bulan. dia punya bercakap tak larat shu melayan. sebabnya setiap masa bercakap dan setiap masa bertanya itu ini. paling seronok bila dia nak cakap sesuatu, tapi tau pasti nak cakap apa. last last blur macam tu saja. hehe

dapat tengok didi & friends, thomas, upin & ipin, super wings semua tu. settle la tak kacau ibu dia dah. yang seronok nya setiap masa nak tengok cerita kanak kanak tu.

perempuan kalau bercakap tau je lah, kepohnya semacam saja. siap body language. alhamdulillah sorang pun rasa macam dah 3 orang. bahaha

blogger semua. hope shu sempat bw malam ni.

Natuwrel : Set Skincare, Bodycare & Haircare

Assamualaikum..

berkali-kali cuba masuk blog tapi masih kehabisan idea. last-last closed sambung main dengan anak. akhirnya blog terbiar berbulan-bulan sampai bertahun-tahun. sejak ada anak ni tak sempat langsung nak jengah blog. 

tadi bw, kebanyakkan last update pun 3 bulan lepas. sangat merindui kalian semua. tinggalkan link blog korang, nanti shu akan bw.

shu nak ajak korang yang berminat untuk mencuba set skincare, bodycare & haircare dari team Natuwrel. produk ini berasaskan bahan semulajadi sangat mesra solat. dan yang penting kelulusan KKM.


set skincare
Tomato Clear Skin (TCS) - mencuci
Corrector Cream Oil (CCO) - krim merawat
Miracle Rice (MR) - krim sunblock

set bodycare
Scar Solution Body Bar (SSBB) - mencuci
Calendula Skin Juice (CSJ) - serum

set haircare
Papaya Perfect Hair (PPH) - 2in1 syampoo dan conditional


boleh whatsapp untuk details
017-739 7596

Selamat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum..

Dah lama Shu tak update blog ni. Rindunya blog ni. Nak selalu update tak menyempat. Balik rumah tengok anak hilang semua. 

Alhamdulillah anak Shu, Alisya sudah hampir 2 tahun umur dia. Sudah pandai bercakap. Syukur alhamdulillah..

Blogwalking masih dalam keadaan kabur. InsyaAllah Shu akan cuba bw sesekali. Untuk kawan-kawan boleh tinggalkan jejak. Shu akan follow bw balik.

Selamt tahun baru dari kami sekeluarga walaupun dah terlambat. :-)