RISAU ANAK TAK JAMAH NASI?

gambar ni, 2 tahun lepas di mana budak kecil ni masih belum boleh meniarap lagi. hanya tau angkat kaki buat senaman. makan pun nestum lagi. cepatnya masa berlalu. sekarang bukan setakat meniarap, siap memanjat berlari kemain laju.


para ibu dan ayah jangan terlalu risau kalau anak-anak tak makan nasi tapi makan benda-benda lain seperti kuih, biskut, mahupun buah. terutama anak yang aktif dan sudah pandai bercakap. usah terlalu bimbang sampai sakit kepala macam satu bebanan yang berat.

sebab apa shu cakap macam tu? ada sebabnya. 

sebenarnya anak-anak ni dah kenyang bila makan kuih, buah mahupun makanan sampingan lain. kapasiti perut diorang kecil dari kita. jadinya kita sebagai ibu dan ayah kena berkomunikasi dengan anak. dapatkan maklum balas dari anak.

janganlah di sumbat nasi dalam mulut anak sekiranya anak tanak makan nasi. kesian budak kecil tu, nak makan pun kena siksa. 

pendapat shu sendiri, bila anak tu dah boleh bercakap, mereka mampu untuk meminta apa yang mereka nak. contohnya, Sophea akan minta nasi bila dia lapar. adakalanya dia minta bihun sup. haa see.. kita sebagai ibu dan ayah sepatutnya menggalakkan komunikasi dengan anak-anak.

macam kita yang dah tua ni, ada kalanya nak juga merasa sesuatu yang lain. samalah anak-anak, boring ibu asyik masak sup ayam saja. nak juga makan mee goreng kicap ka, laksa ka. :)

selama 6 bulan menjaga Sophea sepenuh masa, baru shu paham dan lebih memahami perangai anak serta pemakanan dia. syukur alhamdulillah Allah s.w.t berikan kesempatan untuk shu membesarkan dan belajar tentang anak.

kepada ibu sepenuh masa serta pengasuh , shu sangat-sangat tabik spring buat kalian. penatnya hanya Allah s.w.t yang tahu. 


No comments:

Post a Comment

You can say anything but please don't hurt me. Thank you