Alisya on the blog!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih boleh login lagi blog tercinta ni. Rasanya terlalu rindu nak blogwalking kambali. Masih di beri kesempatan untuk ini.

Bila sudah jadi ibu-ibu ni, asyik nak cerita pasal anak sajalah. Almaklumlah kenangan di dalam labor room masih menggamit memory. Rasa macam baru semalam saja budak kecik ni dilahirkan. Sudah 1.6 tahun sudah rupanya.

Kepada makcik makcik semua, salam perkenalan dari adik Alisya.



Selamat malam

alhamdulillah

Alhamdulillah..
Setelah hampir dua tahun kami suami isteri menunggu, akhirnya penantian kami berakhir dengan penuh kesyukuran.

Tanggal 17.02.2015 jam 8:19 malam, lahirlah seorang puteri yang sangat kami nantikan. Debaran di dewan bersalin masih terasa bersama en.suami. Alhamdulillah setelah hampir 20minit bertungkus lumus, akhirnya bayi seberat 4.04 kg selamat dilahirkan.

Puteri kami diberi nama Alisya. Dia seorang yang sangat kuat. Dari dalam perut dh kuat. Hihi kuat meragam. Ibu sayang kamu Alisya.

Dua minggu berpantang di rumah mak. Rasanya macam 2tahun. Sebab kemarau beserta angin panas berwap di dalam rumah. Bagai bersauna hari-hari. >.<

Alhamdulillah terima kasih ya Allah.

Rindu kalian

Rindu pada kampung halaman takda kesudahan. Kalau dapat balik kampung waktu macam ni pasti tentu sekali, akulah orang yang paling gembira melompat bagai nak terbang. En suami?pandang pelik.

Rindu mak ayah! Rindu bau pokok padi! Rindu masakan mak! semuanya rindulah!

Pejam celik pejam celik sudah hampir 9bulan penantian kami suami isteri bakal menjengah ke penghujungnya. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah..

Selamat menempuh fasa baru dalam kehidupan kami berdua. Seronok gembira teruja berdebar semua bersilih ganti. Semoga semuanya dipermudahkan hendakNya.

Setahun yang lalu

Assalamualaikum..

Agak bersawang blog ni setelah hampir setahun meninggalkan dunia blogging ni. Mana tidaknya, sejak putus hubungan dengan en.P1 ni, kekerapan untuk update blog adalah terhad. Ditambah dengan baru mendirikan rumah tangga (setahun yang lepas) , sibuk ke hulu ke hilir dengan en.suami sampai lupa blog. Ececehh..

Sekarang pun ke hulu ke hilir dengan en.suami, tapi saja nak gedik-gedik melibatkan diri ke dunia blogging semula.

Rajin atau malas update blog, itu cerita lain. Yang penting blog sudah di cuci lepas setahun terbengkalai. -.-

penangan isu semasa

Assalamualaikum & Selamat Tengah Hari Khamis

Hai! Hari ini lunch di dalam pejabat saja. Malas nak menapak turun ke bawah. Bawa bekal nasi goreng, sebab tu alasan malas mula keluar dari mulut ni.

Alang-alang lunch dalam pejabat, sambil berblogwalking untuk mengetahui isu semasa

Baca hanya untuk seketika saja. Lepas tu terus update blog sendiri. itu saja nak gitau. hehe

#virus detected lepas masuk ke salah 1 blog ni. terus hilang mood untuk online.